Momma Junmin | Junminjae

35 6 0
                                    

• Minjae - duda anak seorang
- majikan di pejabat.

• Junmin
- Minjae's personal assistant

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.

" Selamat pagi, Encik Minjae. "

" Pagi juga.

Saya dah tengok jadual yang kamu share pada saya semalam .

Ada dua mesyuarat yang dijangka tamat jam 5 petang nanti. Saya hanya perlukan pemandu peribadi saya saja.

Sepanjang waktu itu, saya minta kamu jemput dan jagakan Minjoong. "

" Baik, encik. "

Park Junmin, itulah tugasnya.

Peranan sebagai seorang pembantu peribadi Encik Minjae. Tidak begitu sukar dan tidak mudah juga sebenarnya.

Namun sejak pemergian mendiang isteri Encik Minjae, dialah yang menjadi tulang kekar Minjae dalam mengawasi anak kecilnya yang baru berusia lima tahun itu.

" Momma !

Momma Junmin ! " , jeritnya girang.

Anak lelaki bertubuh sedikit montel dan comel itu berlari menuju kereta sambil diawasi oleh guru tadikanya.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, Minjoong segera menyapa dan memeluk sebelah lengan Junmin yang sedang berada di kerusi pemandu.

" Iya, hari ini momma tak banyak sangat kerja. Appa minta luangkan masa dengan kamu. Kamu nak ke mana ? Mari, momma bawakan. "

" Aiskrim ! "

Mendengar sepatah perkataan itu, Junmin tersenyum dan mengangguk kecil.

" Mari ! ", balas Junmin sambil memandu.

" Momma, tadikan ... ", anak itu mula berkongsi beberapa perkara yang berlaku di tadika kepada Junmin.

Momma.

Gelaran itu Minjoong sendiri yang beri dan reka. Katanya sesuai untuk Junmin.

Banyak kali juga Minjae memarahi dan menegurnya namun dia tetap berpendirian untuk memanggil Junmin sebegitu.

Katanya kerana ia mengingatkannya terhadap mendiang mamanya.

Junmin yang mempunyai senyuman indah nan redup, perilaku baik, sopan dan penyayang.

Dia sayangkan momma Junminnya ini.

.

.

Kali ini Minjae memang layak untuk dikutuk.

Mujur sahaja mesyuaratnya berjalan lancar walaupun wujud sedikit masalah berkenaan dokumen dan graf akhir yang perlu dibentangkan.

Boleh pula dia mengusir pergi si pembantu peribadi sedangkan kerjanya bersangkut paut kuat dengan keberadaan orang itu di sampingnya.

[✓] Sketsa Mini xikers (bab pendek)Where stories live. Discover now