Balik sahaja dari taman aku terus bersihkan badan.Usai berbuat demikian kami hanya menghabiskan masa kami berdua seperti biasa.Sama
Seperti yang selalu dilakukan oleh pasangan pengantin yang baru berkhawin-Menonton tv bersama,berbual dan banyak lagi-
Masuk bulan ini sudah 4 bulan kami berkahwin.Ini pun masih dikategorikan pengantin baru kan? Hiks!
Masuk waktu solat,kami mula solat berjemaah dan seperti biasa selesai solat aku akan bersalaman dengan Nuqman dan dia akan mencium dahiku- bila bersama dia,terasa seperti diri ini memang benar benar disayangi- bersyukur betul aku dapat dia sebagai suami.
Dan sekarang,malam mula menjelma.
Suasana bertukar menjadi gelap gelita
Usai solat isyak,awal sahaja aku berada di sini.Di balkoni.Sedang menikmati pemandangan malam.
Seorang diri. Nuqman awal awal lagi sudah menghilang usai solat Isyak. ke mana dia pergi aku pun tak tahu-Mungkin sedang melakukan tugasnya
Mungkin.Lagipun lelaki yang berkerjaya seperti dia memang sibuk sikit orangnya.Jadi- tiada yang salah pun kalau dia tiada disini.Aku fahamMengingatkan tentang itu,entah kenapa tiba-tiba otakku teringat kembali akan kenangan pahit dulu- sewaktu Nuqman pertama kalinya membawa aku pergi berjumpa dengan ahli keluarganya.Waktu tu dia nak kenalkan aku pada ayahnya-
Dan yea,ayah dia tak suka aku.Aku faham kalau aku memang tak termasuk dalam list calon menantu pilihan ayahnya.Lihat sahaja keluarganya yang kaya raya- nak dibandingkan dengan aku? Memang jauh ayam dengan ikan- haih
Yang aku tahu,sejak dari haritu memang haram aku jejakkan kaki ke sana.Yea,memang keluarga dia kaya tapi tak semestinya orang kaya ni bahagia.Buktinya sudah cukup.Lihat sahajalah suamiku, langsung tidak bahagia-
Yang aku tahu tentang kehidupannya ialah,dia datang dari keluarga yang kaya raya.Punya seorang bapa yang suka mengatur hidup dan datuk yang sakit- ibunya pula ? Sudah lama tiada.
Tidak tahu pula aku sebab sebab kematiannya.Yang aku tahu ibu bapa suamiku, bukanlah pasangan yang bahagia.Sebab dia? Atuk kepada suamiku sendiri yang memaksa ayah Nuqman untuk berkhawin dengan ibunya-Mahu bertanya lebih tentang tu aku tak berani.Takut aku tergoreskan hati dia
"Sayang," aku dengar suara Nuqman memanggilku.Suaranya mematikan lamunanku.Entah kenapa aku hanya berdiam.Mendengarkan tiada respon daripadaku.Dia memanggil lagi namaku.Lagi dan lagi-
"Alora sayang.Where are you?"
Bibirku mula merekah senyum
sengaja tidak mahu menjawab.
Semakin lama semakin dekat suara Nuqman menghampiriku.Derapan kakinya mula bergema dicuping telingakuPintu bilik dikuak.Tak sampai beberapa saat aku dah rasa macam belakang badanku dipeluk.Tangannya naik melingkari pinggangku
Dia dah jumpa aku hiks-
"Sayang,banyak kali abang panggil sayang tadi- Lora tak dengar ke?"
suaranya kedengaran tidak puas hati.
Aku simpan senyum.Tahu dia merajuk.Ah bukan selalu aku buat macam tu-Aku diam lagi.Entah kenapa tiba-tiba otakku datang idea mengarut! Aku tak habis lagi nak mengusik Nuqman- ala bukan selalu pun kan ? Kan?
"Alora sayang- kenapa diam? Abang tengah bercakap dengan awak ni," Nuqman bersuara lagi
Aku kekal diam.Melihatkan responku hanya diam,Nuqman mula tak puas hati Tangannya naik memegang kedua-dua bahuku- Dipusingnya aku menghadap dia.Aku pandang dia
Aku cuba tahan diriku daripada gelak- tak boleh! Tak boleh gelak! Kalau aku gelak nanti kantoi la rancangan jahatku nanti-
Aku pandang Nuqman.Lama.Dahiku aku buat buat berkerut.Pandang Nuqman macam tak pernah kenal dia

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍
Romance𝐍𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍 𝐙𝐄𝐘𝐃𝐀𝐍 || 𝐀𝐋𝐎𝐑𝐀 𝐓𝐑𝐈𝐒𝐇𝐀 "𝓼𝓮𝓽𝓲𝓪 𝓪𝓽𝓪𝓾 𝓶𝓪𝓽𝓲 ?" 𝐍𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍 𝐙𝐄𝐘𝐃𝐀𝐍 || Jejaka berdarah kacukan Melayu- Perancis. Hidupnya penuh dengan duka dan sakit. Dia mahu lari daripada kesakitan itu tapi tetap juga...