12 || NUQALORA

206 57 22
                                    

Malam mula menjelang.Langit yang cerah kian mengelap.Bintang bintang berterabur memenuhi langit.Sedang asyik aku memandang pemandangan malam yang cantik tiba-tiba orang sebelah mula bersuara menyebabkan aku tersedar dari lamunan aku.

Pandang dia yang duduk berhadapan denganku.Aku senyum kecil pada dia.

"Ye saya.kenapa?"

Nuqman diam.Aku sabar menanti ayat dia yang seterusnya- sementara menunggu Nuqman bersuara sempat lagi aku teringat kejadian beberapa saat tadi- Nuqman baru sahaja habis kerja di sini.Maknanya tak lama lagi kami akan pulang ke rumah

Rico awal-awal lagi sudah pulang.Maka,tinggallah aku berdua di sini.Makan malam bersama Nuqman di sebuah restoran.Kami duduk bersebelah dengan tingkap kaca yang membolehkan kami melihat pemandangan di luar-

"Narra...saya nak minta maaf pasal tadi-" Nuqman bersuara setelah beberapa saat berdiam.

"Awak boleh simpan nombor dia kalau awak nak.Lagipun, saya tiada hak untuk menghalang awak," sambungnya lagi

"Huh?"

Nuqman senyum segaris

"Lagipun...kita tiada apa-apa hubungan- kenapa awak dengar arahan saya? Awak sepatutnya mempertahankan diri awak,kalau awak nak,"

Nuqman bersuara lagi.Kalau telinga tak silap dengar,ada nada kesal dalam ayatnya.

"Permintaan saya tu nampak mengarut sangat- i'm sorry my bad- saya tak tahu kenapa saya bersikap begitu,selama ini saya tidak pernah pun bersikap begitu-"

Aku senyum manis.

"Siapa kata kita takde hubungan?" aku senyum senget.Sengaja nak mengusik dia hahaha

Dan ayatku berjaya buatkan sepasang mata Nuqman melekat di wajahku.Mukanya jelas sekali bingung.

"Awak boss saya- jadi,your command, my wish-" ujarku pula

"tapi itu hal peribadi awak....saya tak sepatutnya-"

Belum sempat Nuqman habiskan ayatnya aku dah potong

"Jangan risau- saya tak rasa nak mesej dia atau jumpa dia...lagipun,dia bukan tipe saya," ujarku.jujur.Memang aku takde hati pun pada Romeo.Aku baru sahaja bertemu dia beberapa jam yang lalu,mana mungkin aku akan jatuh hati pada dia secepat itu?

Kemudian lambat-lambat aku menyambut ayatku.Berdehem kecil dulu-

"ehem- tapi kalau awak...mungkin boleh jadi,"

Aku kenyitkan mata pada suamiku.Nuqman terkedu.Aku lihat telinganya mula memerah.Tangan naik menggosok telinga sendiri.Dia halakan pandangannya ke arah lain.

Aku senyum suka.


  Usai makan kami mula berjalan-jalan di sekitar bandar- menghirup angin malam

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.




Usai makan kami mula berjalan-jalan di sekitar bandar- menghirup angin malam.Malam kian gelap- mata mula melirik pandang jam yang melekat di tangan.Sudah pukul 10:00 malam.

Kakiku mula berhenti menapak setelah melihat dengan tiba-tiba sahaja Nuqman berhenti.Aku pandang Nuqman- dia senyum segaris.Kami sekarang berada di tengah-tengah jambatan.Pemandangan dibuang ke arah air yang bergelora di bawah itu.

"You know what..." Nuqman bersuara memecah kesunyian yang bertandang.Kepala ditala ke arah suamiku.

"Hm.know what?!"

"Ni...jambatan ni merupakan sebahagian daripada memori saya," luahnya sambil memandang ke arah langit yang hanya ditemani bintang bintang.

Cahaya bintang yang samar-samar.pudar.

"I used to came here...with my mom-,"

Aku kalih pandang suamiku.Pandang Nuqman tak percaya.Dia cakap...dia pernah ke sini? Bersama ibunya? Ayatnya menimbulkan kerutan di dahiku.

Apakah ingatan dia... sudah muncul? Walaupun hanya sedikit,aku gembira untuknya.

"mère-" dia senyum segaris.Mungkin sedang mengenangkan ibunya.

Nuqman kalih pandang aku setelah beberapa saat melihat tiada respons dariku.Dia pandang aku bersama kerutan di dahinya

"Kenapa pandang saya macam tu?" Nuqman gelak kecil.Aku langsung beriak biasa.Nampak sangat ke perubahan air muka aku ? Laju sahaja kepala menggeleng-

"Tak- cuma terfikir...bukan ke awak amnesia?" luahku- sebenarnya memang itu yang berlegar di fikiranku sedari tadi selepas dia membuka cerita mengenai ibunya- tapi...kalau benar ingatannya sudah pulih sedikit,aku turut gembira untuknya

Nuqman senyum segaris-

"ayah yang bagitau saya tentang itu- dan sikit-sikit ingatan tentang ibu datang," terangnya pula.Aku pun hanya menganggukkan kepala aku tanda faham

Aku fikir bapa mertuaku tidak akan bagitau apa-apa tentang isterinya pada suamiku- iyalah,bukannya aku tak tahu bahawa ayahnya sangat membenci ibunya... turns out, ayahnya cerita serba sedikit tentang ibu kandung suamiku.Aku simpan senyum.

Sekurang-kurangnya suamiku masih berpeluang untuk mengenali ibunya serba sedikit.Tarikh lahirnya, makanan kegemaran,tempat yang mereka selalu pergi- tiba-tiba aku rasa sedih....di mata Nuqman- aku mungkin hanyalah seorang isteri yang curang- jahat...melarikan diri...sanggup meninggalkan suami sendiri hanya untuk bersama lelaki lain...

Kalaulah aku berpeluang untuk memberitahunya perkara yang sebenar....

Tapi aku tahu aku tidak akan mungkin berpeluang untuk memberitahu dia perkara yang sebenar.Kalau berpeluang pun...mungkin lambat lagi benda tu akan terjadi.Entah sempat atau tidak- aku pun tak tahu.Aku hanya berpeluang untuk melihat dia dari jauh.Itu sudah memadai bagiku.Aku senyum tipis.Walaupun aku tidak berpeluang untuk berbuat demikian tapi aku masih berpeluang berada berdekatannya.

Untuk itu....aku bersyukur

Suasana malam kian gelap dan sejuk.Aku pandang Nuqman.Lama.Dan entah apa yang merasukiku,aku mula menapak mendekatinya

"Awak sejuk tak?"

"Huh- kenapa?" soal Nuqman pula.Bingung.

Aku senyum segaris....

"Kalau awak sejuk...." Aku menggosok tanganku laju-laju untuk mencari haba.Tangan naik memegang pipinya-

"Saya ada untuk panaskan awak-" diam.Nuqman pandang aku lama.Dia senyum tipis.Tangan kecil aku dia pegang lembut

"awak tak perlu pun buat macam ni...ayat awak sudah cukup untuk hangatkan saya,"

Diam

"Narra....kenapa awak baik sangat pada saya?" soalnya.suaranya bergetar menahan rasa

"Sebab....saya adalah pekerja awak.Jadi,menjaga awak sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang pekerja,"

Nuqman tertawa kecil.Senang

"Tapi...kalau saya sakit tiada langsung maid pun yang sanggup datang dekat," ujarnya pula

"Awak garang sangat kot-" jawabku pula.Jujur.Memang dia garang pun kan?Teringat pula kejadian tempoh hari dimana pinggang dan mangkuk selamat mencium lantai gara-gara makanan tu tak kena dengan selera dia- haih risau💀

"Mana ada...kalau saya garang,awak takkan berada di sini.Berbual dengan saya," nafinya pula.Aku mengeyakan sahaja

"Iyalah- saya salah,"

Diam.Kami mula menghayati pemandangan malam yang indah.Melihat bulan dan bintang.Ini...membuatkan aku terkenang akan kenangan lama.Dulu,sebelum suamiku hilang ingatan....kami sering melihat bulan bersama pada waktu malam

Aku tersenyum memikirkan tentang itu....

tbc...

Tah apa la yang aku tulis- aku pun tak faham HAHAHA 😭😭😭💀 apa ii pun terima kasih kerana sudi membaca 😾💗 k chau bye muahahaha

𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang