08 || NUQALORA

117 57 9
                                    


Kosong.Otak aku rasa kosong.Jam yang tergantung di dinding aku pandang lama.Dah pukul 4;30 pagi.
Maknanya sudah sejam lebih aku termenung.Masih di tempat sama. Tanpa melakukan apa-apa.Rasa macam separuh daripada roh aku masih berada di dapur.

Hanya jasadku sahaja di sini.
Peristiwa tadi acap kali bermain di fikiranku.Tentang Nuqman,suamiku
Memikirkan tentang itu buatkan aku rasa sedih,sebak-

Pasti....dia kecewa dengan aku kan ?

Kepala menekur pandang bawah.Pandang cincin yang tersarung di jari manisku.Perlahan-lahan tangan naik menggosok lembut cincin itu.Ini...cincin perkahwinan kami

Walaupun khabar angin yang Nuqman dengar tentang aku itu salah tapi aku tetap rasa sedih- seolah-olah aku sudah kecewakan dia.Dia pasti terluka- melihatkan orang-orang terdekatnya pergi meninggalkan dia...tanpa sebab munasabah

Aku rasa sedih,sakit dan sebak- aku langsung tak boleh buat apa-apa pun untuk gembirakan dia.Memikirkan tentang ini membuatkan aku rasa...
Aku nekad untuk buat dia jatuh hati lagi padaku- tapi persoalannya sekarang, bolehkah aku ?

Dengan ini,kami...mungkin boleh hidup seperti dulu.Tambah tambah lagi dengan kehadiran si kecil,Aaisar... Aku rasa hidup kami mungkin akan lebih bahagia- mungkin,bahagia lagi dari dulu....Lepas dia dah jatuh hati padaku,kemudian barulah aku akan fikirkan cara untuk beritahu dia tentang semua yang berlaku....

Untuk buat dia jatuh hati lagi,perlu ke aku jadi perempuan yang manis ? Ataupun being a flirty girl ? Ataupun lasak dan tomboy- hm. Laju kepala menggeleng.Tak! Tak boleh! Aku kena fikir cara lain.

Aku kena buat dia rasa selesa dengan aku,baru boleh masuk jarum.Lagipun, Rico sudah banyak memudahkan urusanku dengan menjadikan aku maid personal suamiku...ini membuatkan aku lebih banyak peluang untuk melekat dengan Nuqman.Tak gitu ?

Hm susah betul nak fikir cara untuk buat dia jatuh hati lagi padaku- mungkin.... Aku patut jadi normal je. Ye,aku patut! Tapi mungkin dia akan lebih rasa selesa kalau aku tunjuk sisi caring dan prihatin

.

Waktu sarapan sudah berlalu beberapa minit yang lalu.Suamiku kelihatannya lebih baik daripada semalam.Asbabnya ? Hari ini , dia hanya makan sahaja makanan yang dihidangkan maid padanya.Tidak seperti semalam- makanan dilemparkan begitu sahaja.Mungkin dia lapar sangat kot hari ni- tah.Aku tak tahu

Dan kini,aku hanya berdua sahaja dengan suamiku.Di bilik kerjanya
Sebagai maid personal merangkap isterinya makanya aku berada di sini.Bersama suamiku.Menemani dia sehingga dia selesai tugasnya di sini.

Penyapu yang berada ditanganku,
Sesekali aku gerakkan.Buat- buat macam sedang menyapu walhal tak pun.Mataku hanya melekat pada Nuqman.Pandang dia lama-lama tapi dia langsung tidak perasaan akan
renunganku itu.Bagus bukan ?Bolehlah aku usha dia lama sikit

Mataku ini memang tak boleh berenggang langsung daripada suamiku.Asyik nak pandang dia je dari tadi! Nuqman yang berada di atas sofa itu dikerling lama.Macam nak tembus kepala dia aku pandang

Memerhati setiap lekuk dia.Pergerakan dia.kaki disilang dua,sesekali kakinya bergerak-gerak. Nampak santai!Kaki yang disilang tu buatkan dia nampak macam gaya boss tapi dia memang boss pun.

Baca kertas kerja je kot- perlu ke dia seserius itu? Aku lihat perlahan-lahan tangannya naik memegang gelas yang berada disebelah.Dia nak minum air ? Bibirnya didekatkan pada gelas.Dia teguk rakus.Tak sampai beberapa minit dia minum, tiba-tiba dia tersedak.

Dia mula batuk dengan kuat sampai merah muka dibuatnya.Tangan naik menepuk dada sendiri berulang kali. Aku yang melihat turut terkejut.
Terbuntang mataku tika ini.

Lantas aku berlari ke arah Nuqman,belakang badan dia aku tepuk lembut cuba untuk hilangkan rasa sakit yang bertandang. Macam mana boleh tersedak ni ?

Sedang asyik aku menepuk belakangnya tiba-tiba Nuqman berpaling ke arahku.Tika itu,barulah aku perasan yang dia dah okayh dari tersedak.Gulp! Liur ditelan kesat. Aku tayang senyum pada Nuqman
Pura-pura macam tiada apa-apa yang berlaku

"What are doing miss Narra?"

Nuqman bersuara setelah beberapa minit berdiam.Garau suaranya berbunyi.Menghantar getaran pada hatiku.Aku kelip kelip pandang Nuqman.Cuba buat-buat comel mengharapkan dia tak bertanya lagi

Melihatkan dia hanya diam begitu,
menunggu jawapan dariku buatkan aku rasa tak senang duduk.Sekarang aku nak jawab apa ni haa ?

"Saya cuma...nak hilangkan rasa sakit?"

"I'm okay girl- daripada awak fikirkan tentang saya,lebih baik awak fikirkan tentang diri sendiri dulu,"

"Huh? Maksud tuan?" Blur aku bertanya.Tak faham.Dia nak cakap apa sebenarnya ni ?

Dia senyum sesaat.Aku terkedu.Tanganku yang masih melekap dibelakang badannya dia tarik.Pegang tanganku.Lembut

"Tangan ni...kalau Rico nampak macam mana ?"

Ayatnya berjaya buatkan sepasang mata dan kening aku ni berkerut dalam kepelikan-

"Macam mana apa?"

Dia Diam.Mukanya jelas sekali menyuruhku untuk berhenti daripada berbuat demikian.Dia nak suruh aku berhenti daripada tunjuk sisi caring aku ni ke apa haa ?

Dan ini membuatkan aku tiba-tiba teringat akan hal semalam.Dia sedih jadi aku peluk dia.Dia cakap aku kepunyaan Rico!

"Saya bukan kepunyaan Rico! Kami tiada apa-apa!" marahku

"Then? Awak tetap tak boleh nak tutup kenyataan yang dia cintakan awak,"

......

"He loves you- you shouldn't treat him like this," sedih suaranya berbunyi.

Liur ditelan kesat.Aku tahu yang dia tak tahu apa-apa tentang aku tapi-
Mendengarkan itu....ugh tetap buatkan hatiku rasa sesuatu-

Nuqman mula bangun dari duduknya.Aku tercengang.Dia mula menapak pergi dari sini.Bunyi pintu bilik dikuak dan-

Bam-

Pintu ditutup.Dia dah pergi.Dan sekarang.... tinggal la aku berseorangan di sini. Aku mengeluh kasar.Dia....tak suka aku caring ke ? atau....dia tak suka perempuan sejenis begini? Ah mesti dia fikir aku mainkan Rico kan ?! Kenapalah jauh sangat fikiran dia melayang!

Aku akan bagitau Rico nanti tentang hal ini-

tbc....

apahal cringe sangat ni 😭😭😭😌

𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang