03|NUQALORA

99 31 5
                                    

Aku pandang diri aku yang terpantul dalam cermin.Lama.Bibirku mula merekah senyum.Aku tampak cantik hari ni.Tak- hari hari aku cantik cuma hari ni terlebih cantik hiks

Usai bersiap aku terus melangkah turun ke bawah.Penuh berhati hati aku menuruni anak tangga.Takut terjatuh kang satu hal pula

Sampai sahaja dihadapan pintu rumah.Laju sahaja tangan aku naik memulas tombol pintu.Kaki mula melangkah keluar.Dari jauh lagi aku dah nampak kereta hitam milik suamiku.

Elok je dia sedang menyandar pada badan kereta sambil pandang aku.
Bila mata kami bertaut,dia senyum
Perlahan lahan kakinya diorak kearah aku.Sampai sahaja dihadapanku dia langsung mencium dahiku-

"you look so beautiful wife,"

  ujarnya ikhlas aku hanya membalasnya dengan senyuman.Aku cuma mengenakan gaun berwarna merah jambu dan menyarung selendang hitam ke kepala

"You too abang- nampak handsome sangat," ujarku pula dan Nuqman hanya tertawa kecil.Mengeyakan sahaja kata kataku tadi.Iya,Itu memang tak boleh dinafikan- dia memang kacak

Kami mula menapak ke arah kereta.
Nuqman membukakan pintu kereta untukku lalu aku masuk ke dalam perut kereta

Hari ini kami rancang untuk date.
Katanya Nuqman ingin meluangkan masa bersamaku memandangkan minggu hadapan dia harus bekerja.
Seminggu dia tiada- mungkin aku akan berseorangan haih-

Lagipula dia cakap yang dia nak selalu bersamaku supaya aku sentiasa mencintai dia.Peristiwa 2 hari lepas buat dia tak tidur malam buatkan aku tergelak- macam lah aku nak curang.

Beberapa minit memandu akhirnya kami sampai di destinasi kami.Keluar sahaja daripada perut kereta.Aku pandang bangunan yang megah dihadapanku.Lama

"Hey kenapa pandang macam tu?"

Nuqman tegur aku.Tangan aku diraih
Aku pandang dia pula.Kepala digeleng perlahan

"Takde apa,"

"Okayh then- kalau macam tu jom masuk," ujarnya pula.Aku hanya senyum

Kami mula melangkah masuk ke dalam restoran itu.Restoran ini terkenal dengan makanannya yang mewah dan sedap.Mereka menghidangkan makanan dari pelbagai negara.Cakap sahaja nak makan makanan dari negara mana maka mereka akan hidangkan-

Sampai sahaja dihadapan lif.punat ditekan.Lif terbuka.Kami mula menapak ke dalam.Aras paling tinggi ditekan.Iaitu aras 20.Lif yang kami naiki mula bergerak.Semakin lama semakin meninggi.Pemadangan dari luar kami boleh lihat.

Ting!

Tak sampai beberapa minit kami dah sampai.Lif terbuka.Kami mula melangkah keluar dari lif itu dan berjalan lagi sehinggalah kaki kami terhenti pada satu bilik.Bilik itu dibuka oleh 2 orang penjaga.Aku hanya senyum pada mereka

Kami mula duduk di meja yang berdekatan dengan cermin kaca yang boleh menampakkan pemandangan indah diluar.Aku pandang sekeliling.tiada orang.Hanya kami berdua sahaja dan juga beberapa orang pekerja yang akan melayan kami

Aku pandang Nuqman- Bagaikan tahu apa yang berada dalam fikiranku lantas cepat cepat dia buka mulut

"Abang dah tempah ruang ni untuk kita berdua je.Lora okayh?"

Aku mengangguk kepalaku berkali kali.Patutlah takde orang dan setelah itu datang 2 orang pekerja menghidangkan makanan dan minuman pada kami.
Melihatkan itu aku ucapkan terima kasih pada mereka.

Mereka mula menapak pergi daripada kami.

"Lora ingat lagi tak- kita pernah makan dekat itali hari tu?"

𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍Where stories live. Discover now