Keluar sahaja bilik aku mula menapak ke bawah.Anak tangga aku turuni dengan berhati-hati.Risau pula kalau tiba-tiba terjatuh.Tak pasal-pasal jadi topik utama pagi ni.Haih- sampai sahaja dibawah aku langsung menapak ke ruang tamu.Ada benda yang aku cari tika ini dan bilamana mata ini jatuh pada 'benda' yang aku cari tadi lantas bibirku merekah senyum.Jumpa pun!
Benda yang aku cari tu....adalah suamiku hiks
Jumpa sahaja dia aku langsung berjalan menghampiri dia.Dia nampak segak pagi ini walaupun hanya mengenakan t-shirt hitam dan seluar trek biasa.Bersamanya terdapat topi di atas kepalanya.
Nuqman tampak seperti sudah berura-ura ingin menapak keluar.Mesti dia nak pergi jogging tu.Ini pun aku tahu sebab awal-awal lagi Rico sudah beritahuku.Ah nak pelik apa, Rico memang dari dulu lagi selalu support aku dan Nuqman-
Pintu utama dibuka.Dia mula menapak keluar dari situ.Duduk kaku dihadapan tangga rumah.Nuqman betulkan urat dulu.Perlahan-lahan aku mendekatinya dan-
"Morning tuan!" terjah aku bersama senyuman sang suria!
Nuqman pandang aku.Dia tampak terkejut.Aku simpan senyum.Nuqman naik mengurut dada sendiri. Terkejut sangat tu.
"Narra? Saya ingatkan siapalah tadi....terkejut saya,"
"Itulah tuan berangan lagi!" usik aku.
Nuqman dah masamkan muka.Itulah kau lora nak kenakan suami sendiri lagi kan dia dah masam mencuka!
Diam.Jeda sebentar....
"Awak buat apa dekat sini?" soal Nuqman tanpa memandang ke arahku.Matanya hanya berada di langit.Aku muncungkan bibir.Usik sikit je pun-
"Takde buat apa pun.Saja," jawabku ringkas
"Tuan nak pergi jogging ke?"
Soalku pula setelah beberapa minit berdiam.Nuqman hanya menganggukkan kepalanya berulang kali.Aku simpan senyum.'Hadiah' yang aku bawakan untuk dia aku pegang erat.Inilah masanya hihihi-
Nuqman diam lagi.Aku langsung meletakkan hadiah yang aku ingin berikan itu disebelah Nuqman.Hadiah itu adalah kasut.Kasut putih itu aku letakkan betul-betul di sebelah kaki Nuqman.Nuqman bulatkan mata.Pandang aku.Buat muka terkejut lagi.Aku cuma mampu menayang gigi putihku.Senyum sehingga menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi.
"Nah....hadiah dari saya,"
"Hah?" Nuqman tak tahu mahu beri respons apa padaku.Rasa nak gelak pun ada.
"Semalam saya ada pergi mall.... tiba-tiba teringat dekat tuan.Jadi,saya belilah,"
"Pakailah tuan...." sambungku lagi.Melihatakan aku yang beria-ia menyuruhnya untuk pakai,dia langsung mengalah-
"Saya pakai ni," ujarnya dan aku hanya menganggukkan kepalaku berulang kali
Kasut sebelah kanan diambil lalu disarungkan ke kakinya.Bila nampak kasut itu padan dengan dia aku simpan senyum.Nuqman pandang kasut itu dan aku silih berganti.Tanpa syak wasangka padaku dia sambung memakai kasut itu pada kaki kiri pula
"Cantik.Sesuai dengan saya.Pandai awak pilih," Nuqman puji aku
"Terima kasih tuan," ujarku sambil tertawa kecil. Aku patut ucapkan terima kasih pada Rico.Dia yang belikan kasut ini dan berikan padaku.Haih-
Semalam sewaktu ingin hidangkan makanan untuk suamiku, tiba-tiba sahaja ketua maid, Helena beritahu semua maid yang ditugaskan untuk sediakan makanan untuk hari itu termasuklah aku sendiri bahawa Nuqman akan pulang lewat malam jadi tidak perlu sediakan makanan-

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍
Romance𝐍𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍 𝐙𝐄𝐘𝐃𝐀𝐍 || 𝐀𝐋𝐎𝐑𝐀 𝐓𝐑𝐈𝐒𝐇𝐀 "𝓼𝓮𝓽𝓲𝓪 𝓪𝓽𝓪𝓾 𝓶𝓪𝓽𝓲 ?" 𝐍𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍 𝐙𝐄𝐘𝐃𝐀𝐍 || Jejaka berdarah kacukan Melayu- Perancis. Hidupnya penuh dengan duka dan sakit. Dia mahu lari daripada kesakitan itu tapi tetap juga...