07| NUQALORA

103 50 19
                                    

Siling diatas aku pandang lama.Aku bangun daripada pembaringanku. Jam yang melekat di dinding aku kerling.Sudah pukul 2 pagi tapi mata aku tetap tak boleh tidur

Aku mengeluh kasar.Apa yang perlu aku buat ? Dari tadi lagi duk tenung siling kat atas.Macam mana kalau esok aku takde energi ? Sudahla esok Merupakan hari pertamaku bekerja di sini.Kenalah bagi tanggapan yang baik pada orang yang melihat lagi lagi pada suamiku haih-

Tiba-tiba tekakku rasa kering.Dahaga!Aku bangun dari dudukku.Selipar tidur berkepala arnab aku sarung ke kaki.Perlahan lahan aku berjalan keluar dari bilikku ingin menuju ke dapur

Dalam perjalanan aku ke dapur sempat lagi aku pandang pandang perabot yang berada sekeliling. Sudah 10 minit aku berjalan tapi tetap tidak sampai ke tempat yang ingin dituju.Mana taknya,rumah ini terlalu besar,aku baru je datang ke sini pagi tadi masakan aku tahu dapurnya di mana ?

Walaupun rico dah bagitahu serba sedikit tentang bilik bilik yang berada di rumah ini,tapi tetap tak lekat dalam kepalaku.Banyak kot aku kena hafal.Sudahla ada banyak bilik,banyak tandas- tangga pun haih-

Sedang asyik aku berfikir tiba-tiba aku terasa seperti aku baru sahaja terlanggar dinding.Keras! Dahiku aku gosok lembut.Pandang pula 'benda' yang aku baru langgar tu.Aku terkedu

"What are you doing here girl?"

Nuqman! Dia buat apa dekat sini! Mukanya tampak biasa.Baru bangun tidur ke ni ? Tapi tak nampak macam orang bangun tidur pun-

"Er saya cuma nak minum air tapi tak jumpa dapur.Tuan pula?"

Dia diam.Pandang aku tanpa perasaan

"Saya...lapar," ujarnya mendatar

Dan ayatnya buatkan aku rasa tergamam.Lapar? Pukul 2 pagi ? Okayh-

"Lapar ? Tuan tak makan lagi ke? Diorang tak hidangkan makanan ke ?" Soalku bertubi-tubi.Risau

Macam mana kalau dia sakit nanti ? Entah kenapa tiba-tiba otakku teringat kembali peristiwa petang tadi- pandang Nuqman.lama. okayh,aku rasa aku macam salah soalan je

Katanya Rico sejak Nuqman sedar dari tidur yang panjang dia memang sudah lama tak makan.Maksud aku bukan dia tak makan langsung....
mungkin makan hanya untuk mengalas perut.Macam yang aku nampak petang tadi,dia baling semua makanan tu- maknanya bukan orang tak hidangkan makanan,tapi dia yang lempar....

"No.Diorang dah hidangkan cuma saya takde selera dan sekarang saya rasa lapar pula,"

"Er kalau macam tu...saya masakkan untuk tuan,okayh?"

Dia diam.lagi.Aku kaku.Aku tak tahu apa yang perlu aku buat sekarang ni- tiba-tiba rasa menyesal pula tanya dia macam tu...kalau masakan orang lain pun dia lempar,inikan pula masakan aku? Mesti kena baling punya...lagi lagi kalau kena baling dekat muka.
Pergh! Fikir pun dah seram!

Nauzubillahiminzalik!

Lamunan aku mati apabila terasa seperti ada tangan yang memegang dahiku.Aku pandang Nuqman.Tangannya dilekapkan pada dahiku

"Awak okayh? Diam je,"

"Er sorry...saya okayh je,awak ada cakap apa-apa ke?"

"I Said oke- I was going to eat your meal,"

Dia...setuju?

Bibirku merekah senyum.Dan kami mula menapak ke arah dapur.Dalam perjalanan ke dapur,kami hanya diam
Diam yang selesa.Sampai sahaja di situ,kerusi ditarik.Nuqman duduk. Aku pula bergegas masuk ke dalam dapur.Laci dibuka.Kosong! Buka pula peti.Cuma ada sayur,telur dan sedikit kubis

𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐍𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍Where stories live. Discover now