THE POISONOUS SNAKE 1

9 1 0
                                    

Edited~~~~

Selepas pulang daripada makmal Sains.

Aku menjejakkan kaki di kelas. Bagaikan riuh rendah yang tidak pernah akan terkawal. Minggu depan adalah hari yang dinanti atau dibenci semua pelajar. SPM. Ye SPM.

           Sesungguhnya aku berserah semua kepada Allah. Bukan untuk riak tetapi aku memang top student. Haha. Aku memang ulat buku. Tak kesahlah dari segi buku apa. Novel ke, buku teks ke semua aku katamkan dalam masa 2 jam saja. Novel tak lah. Tapi buku teks ye.

            Jangan cakap aku tak baca Al-Quran pulak. Aku dah katam lapan kali dah. Bagi aku itu sedikit sebab aku dah masuk 17 tahun. Katam baru lapan kali. Hrmm entahlah. Apa pun aku benci sekolah. Bukan sebab bosan atau aku malas. Tapi sebab tertentu.....

             "Eh eh nerdy nerd girl dah sampai. Welcome to class hahahahahah." Adam bersuara. Ye ini yang aku tak suka tentang sekolah. Aku dibuli. Tiap-tiap hari. Aku penat untuk bertahan. Tapi aku tetap tahan. Aku tetap akan dengar kata- kata ibu aku.

             "Kau nak apa hah?" Aku bersuara. Dia orang memang tak akan pernah serik kalau cikgu marah pon. Orang kata aku terlalu baik. Bagi aku, aku biasa jer. Buat baik apa salahnya? Tapi untuk tahap ini sudah terlalu perit untuk dihadam. Aku kena bersuara!

              "Heh perempuan. Kitorang semua ada plan. Masa SPM nanti, kita orang nak kau bagi jawapan. Faham?" Adam bersuara lagi. Ewah senang cakap. Aku berusaha sehabis baik tahu tak? Dia orang buat apa? Main gadget je kah?

              " Kenapa pulak aku kena dengar cakap kau hah? Aku usaha sendiri. Usaha aku kejayaan aku. Tak sesenang itu aku bagi jawapan percuma. Even kau bayar banyak mana pun aku tidak akan bagi lah!" Aku nyaut balik. Aku bukan Mel yang lama lagi. Aku akan tunjuk nanti siapa aku yang sebenar.

              Tiba-tiba aku rasa ada sepasang tangan yang menarik tundung aku dari belakang.
      
              "Arghhhh!" Aku menjerit. "Sakitlah. Lepaslah. Kau tarik lah macam mana pun aku tak akan dan tak pernah akan bagi! Aku usaha sendiri bertungkus lumus!" Aku tegakkan keadilan.

              "Berani kau kan cakap macamtu dekat aku? Berani kau ye sekarang. Aku akan ajar kau." Oh lupa yang tarik tudung aku dan sedang bersuara ini Fatin. Dia sama umur dengan aku. Perangai macam setan tanduk sepuluh. Sama macam mak dia.

               "Kau nak buat apa hah? Kau nak aku sebarkan aib kau ke?" Aku pula bersuara. Padan muka. Siapa suruh main dengan aku. Pandai cari nahas.

                Aku dapat lihat air muka Fatin. Terkelu dan merah. Tahan marah.
              "Kau kan memang kan? Tak guna punya sundal. Aku akan balas balik apa yang kau buat nanti. Kau tunggu. Kau tak akan boleh terlepas." Terus dia lepaskan tudung aku dengan kasar. Apa pun tetap jadikan rancangan aku?

               "Sayang, aib apa yang dia cakap?" Areeb bersuara. Areeb Naif. Kekasih Fatin sejak tingkatan 2. Ewwww gelikan? Tingkatan 2 dah bercinta. Bodoh je semua tu.

               "Ermm sayang. There's nothing. Dia saja jer cakap macam tu." Fatin menegakkan keadaan.

              "You jangan tipu I. You ada hide something ke? Tell me!" Hah kau. Kena tengking terus. Bahagia aku tengok macam ni. Haha.

              "Tak ada apa- apa sayang. I promise okay? There's nothing to worry about. I akan sentiasa sayang you." Apa ni? Sinetron ke? Pagi- pagi drama keling.

               Tiba- tiba ada dua orang yang berdiri di pintu kelas. Susuk tegak. Hensem. Dengan kembarnya. Eymer dan Eyfer. Mereka kembar tak seiras. Kalau tutup mata pun tak salah pilih. Tapi aku lagi suka Eyfer. Dia sebenarnya kawan baik aku. Dalam sekolah ini dia sorang saja kawan yang aku percaya dan tak pernah kianat aku. Sesungguhnya aku sayangkan dia. As a friend ye. Tapi mungkin ada sedikit perasaan yang bercambah? Hrm yelah. Aku suka dia. Tapi takkan dia nak suka perempuan macam aku ni kan?

The Poisonous Snake by Shasta Daisy Where stories live. Discover now