THE POISONOUS SNAKE 6

9 0 0
                                    

Alhamdulillah, ujian kertas Bahasa Melayu kertas satu dan dua pun telah selesai. Masa untuk rehat pula.

Selepas rehat akan diadakan kertas Biologi pula. Nasib baik kertas satu dengan dua tadi agak senang.

Semasa di dewan tadi, aku dapat dengar minah-minah mat saleh ala ala speaking tetapi sebenarnya anak melayu menangis. Mungkin sebab tak dapat jawab kut. Haha.

"Melody!" Ada jeritan yang memanggilku. Aku pusing ke belakang untuk melihat siapa yang memanggil. Tetapi dari suara pun mesti sudah tahu siapa.

"Eh mamat!" Gurau aku. Saja- sajalah aku memanggilnya dengan panggilan itu.

"Apani mamat? Apa- apalah, aku nak tanya senang tak kertas dua tadi?" Tanya Eyfer. Eyfer ni sebenarnya pandai saja bab- bab bahasa Melayu ni cuma itulah pura- pura tak reti.

"Alah, senang aje. Aku suka masa buat karangan tu. Senang cok!" Balas aku. Bahasa Melayu ni memang subjek kegemaranku.

"Hah? Kau kata senang? Kepala botak kau? Susah kau tahu tak? Aku siap dengar ada minah nangis tak dengar bab mendengar tu. Susah nyahh." Sudah pasti bukan aku sahaja yang dengar kalau Eyfer pun dengar.

Hrmm, sesungguhnya bagi aku, bab tu tidak lah susah mana. Untuk menjawab soalan tu, kita kena dengar betul-betul jer.

"Bolehlah. In Sha Allah kita boleh capai." Aku berdoa semoga aku dan Eyfer dapat capai 9A.

"Kau senang lah. Kau tahu tak betapa susahnya nak dengar? Minah tu nangis macam orang tak betul." Jawab Eyfer. Haha. Ada- ada saja mamat ni.

Tapi minah tu nangis memang kuat. Tapi semua orang terpaksa diam. Tidak boleh nak tegur nanti dituduh mahu meniru.

"Aku kalau boleh tadi nak bagi kaki kat minah tu, tapi tak apalah. Aku nak makan dulu. Kau pergi lah makan nanti susah nak jawab kertas bio." Nasihat aku. Mamat ni kalau makan tak ingat dunia. Bila sudah kenyang mulalah nanti tertidur biar padan muka tak dapat jawab. Haha, gurau jer.

"Tapi jangan makan banyak sangat. Nanti kenyang sangat susah nak jawab juga sebab perut penuh. Nanti mengantuk." Nasihat aku lagi. Aku nak kami capai target kami, belajar sama- sama. Berjaya sama- sama. Kahwin? Hrmm nanti ajalah ye.

"Baik cikgu Melissa. Saya faham. Tapi kan... Tak sangka kau kesah tentang aku. Aku tahu kau sayang kawan baik kau ni." Tetiba saja dia cakap macamtu. Nak saja aku lempang mamat ni. Nasib hensem. Aku menjelingkan mata ke atas.

"Eh kau dah kenapa mamat? Nyanyok ke? Gelilah dengar. Dah dah lah tu. Aku nak makan, bai." Aku cuba mengelak. Kalau layan lagi, rasanya esok aku dah kena pergi ke hospital sakit mental.

Tapi memang aku kesah tentang Eyfer pun. Dia kawan baik aku sehidup semati kut. Juga cinta pertama aku. Sampai sekarang. Ataupun... Sampai bila-bila?

Mommy ada cakap, kalau nak bercinta, bercinta masa kat uni sebab untuk bercinta semasa sekolah menengah ni masih muda dan masih mentah.

Guru besar aku ada cakap juga masa aku sekolah rendah dulu yang, kalau kita tak suka sesiapa maksudnya kita tak normal. So aku normallah kan? Haha.

"Ala, tunggulah aku Mel!" Jerit Eyfer di belakangku. Kakiku pantas berjalan ke arah kantin. Nak makan! Lapar!

Balik sekolah~

Bising betul! Tahu lah Biologi tadi susah. Tapi tak perlu lah lebih- lebih sangat. Benda tak akan susah kalau kita usaha.

Melainkan kalau kita dah usaha tapi tetap susah. Nak buat macam mana, dah kita yang study last minute tanggunglah sendiri.

Aku menunggu Eyfer di luar pagar sekolah. Katanya nak jumpa cikgu sebab ujian tadi.

The Poisonous Snake by Shasta Daisy Where stories live. Discover now