Prologue

8 0 0
                                    

Pagi yang indah telah menjelma. Perasaan takut yang datang pada Ariana membuak- buak. Dia tidak mahu ke sekolah kerana takut dibuli oleh adik tirinya yang sebaya dengannya.

     Tetapi apa yang patut dia lakukan? Hanya perlu berdoa kepada Allah supaya  jagakan dirinya yang malang itu.

     Akhirnya Ariana, tetap bangun dari katilnya untuk membersihkan diri. Sebelum dia ingin menggapai tuala yang digantung pada almari, tiba- tiba ada ketukan yang kuat pada dedaun pintu.

      "Oi! Bangun lah dah pukul berapa ni tengok hah. Sekarang dah pukul 5 pagi. Yang kau tak bangun lagi ni kenapa kejap lagi nak masak untuk breakfast tau tak hah. Kau pekak ke? Oi, Ariana!" Pekikkan ibu tiri Arianna Datin Faridha.

      "Kejap mama! Yana nak mandi. Kejap lagi Yana turun ye." Lembut suara Ariana membalas.

       "Cepat lah sekejap lagi Fatin nak bangun. Lepastu dia kebuluh macam mana hah. Bapak kau pun nak makan jugak!" Pekiknya lagi. Ariana sudah masak dengan perangai ibu tirinya itu. Tanpa berlengah dia terus masuk ke dalam bilik airnya dan membersihkan diri.

                  ......................................

Jumaat,
5:20 a.m,

Ariana menghembus nafas yang panjang sebelum membuka dedaun pintu. Terasa berat hati untuk turun kebawah dan memasak untuk sekeluarga. Tapi apa kendaya? Hanya perlu berserah kepada Allah.

     
       "Yana cepat lah! Apa lembap sangat kau ni? Budek ke hah!" Pekik Datin Faridha dari bawah. Tanpa berlengah Ariana segera turun ke bawah.

      
          "Ye mama, Yana tengah turun!" Laungnya. Selama 4 tahun Ariana duduk sebumbung bersama Datin Faridha dan anaknya Fatin. Selama 4 tahun juga Ariana menjadi kuli di rumah agam ini. Penat memang penat. Hanya Allah saja tahu betapa letih dan sakitnya hati seorang Ariana.

         Tidak sampai seminit Ariana turun daripada lif dari tingkat tiga. Kaki menjejaki lantai untuk keluar daripada lif. Terus Ariana berlari anak untuk pergi ke dapur.

     
         Ariana dapat melihat dari jauh yang Datin Faridha sedang menunggunya untuk memasak. 'Apa orang tua ni? Hari-hari aku je masak. Suruh lah anak teruna kau tu. Dah lah pemalas, bilik kotor pulak tu.' kutuk Arianna dalam hati.

    
         "Mama." Panggil Ariana pada ibu tirinya yang sedang duduk  sambil bersilang kaki di sofa. Terkejut Datin Faridha dibuatnya.

        
          "Engkau dah kenapa hah terkejut kan aku? Kalau aku mati kat sini macam mana hah? Sakit jantung? Oh lupa, kau suka lah kalau aku matikan?" Kata Datin Faridha kepada anak tirinya itu.

         "Eh mana ada mama, tak baik tuduh Yana macam tu. Yana tak ada niat nak terkejut kan mama. Yana mintak maaf ye?" Sopan Ariana membalas. Sudah penat dia untuk meminta maaf hari-hari disebabkan kesalahan kecil. Habistu dia? Siapa yang mahu meminta maaf padanya?

        "Tak payah nak mama sangatlah. Aku jijik dengar. Kau bukan anak aku pun. Kau tu je tak sedar diri mak kau dah mati!" Tergamak Datin Faridha berkata sepertu itu kepada anak tirinya.

         "Mama! Kalau mama nak hina saya jangan babitkan mak saya. Saya tahu mak saya dah tiada. Tapi tak perlu untuk cakap macam tu." Balas Ariana. Rasa mahu menangis. Tapi ditahannya sehabis baik.

         Datin Faridha bangun lalu menarik rambut panjang dan lurus milik Ariana.

         "Kau ni kalau tak menjawab tak boleh ke hah? Terima je hakikat memang orang tua tu dah tak ada! Aku ulang ye. Tak ada! Ishh pagi-pagi suka sakitkan hati aku kan? Dasar perempuan bodoh!" Tergamak Datin Faridha berkata- kata seperti itu. Memang tiada sedikit pun perasaan kasihan pada anak tirinya itu.

       "Mama sakit mama! Tolong lepaskan, please!" Terus Datin Faridha melepaskan rambutnya yang cantik itu.

        "Kalau kau nak rambut kau tu masih ada, kau jaga mulut kau. Jangan bacin sangat mulut." Bahas Datin Faridha. Sudah menangis-nangis Ariana dibuatnya.

          " Dah kau pergi masak sekarang! Nasi goreng daging kunyit. Kalau tak sedap siap kau aku kerjakan!" Datin Faridha memang tak pernah sukakannya dari dulu. Apa kekurangannya sampai semua orang bencikannya? Tidak mengapa tunggu saja.

          "Baik mama. Yana pergi masak sekarang juga." Dia terus lari ke dapur untuk memasak. Apa pagi-pagi makan macam lauk tengah hari?? Entah lah masak jelah.

Kalau typo sorry lah memang takkan edit dah ye and sye mmg sengaja buat bab awal pendek-pendek sbb tgh ii bab akan panjang ye anak ii

        

The Poisonous Snake by Shasta Daisy Where stories live. Discover now