The Poisonous Snake 3

6 1 0
                                    

"Eerghh, penatnya harini. Aku nak balik lah. Nak tidur." Ngadu Eyfer. Aku senyum tipis. Untung lah dari kecil bahagia. Aku tak cemburu pun. Aku bangga dengan keluarga dia. Sangat baik. Tapi tidak dengan Eymer. Si pembuli.

             "Kau balik dengan siapa hari ini?" Tanya aku. Ye lah. Maklumlah hari-hari tukar orang. Aku tahu Pak Samad dengan Pak Wahees je.

              "Entahlah. Pak Areiz demam semalam. Mungkin Pak Samad kut. Atau Pak Ali?" Tengok. Ramaikan? Ada lebih dari 6 orang . Bibik pun ada 5. Maklumlah rumah besar kan. Tapi kalau nak dibandingkan, keluarga aku lebih kaya daripada keluarga Eyfer. Bukan berlagak, tapi bagitahu jer. Daddy kaya pun disebabkan mommy.

                "Hah tu. Ouh harini yang ambil aku balik Pak Idris. Kay lah aku pergi dulu. Bye Melisku." Hah? Pak Idris? Ada ke? Tengoklah, berapa banyak anak buah bapak dia. Kalah aku.

                  "Erm, yelah. Bye Eyf." Dia terus masuk ke dalam kereta BMW X6 nya itu. Terus dia lambaikan tangan buat kali terakhir sebelum pergi memecut. Haih dah tua pun bawa kereta macam ada 9 nyawa.

                   Dalam beberapa minit, aku terfikir seketika. Kejap! Eymer? Eymer tak balik ke? Sejak bila dia balik jalan kaki? Ish kenapa aku perlu kesah? Lantak dia lah naik apa pun. Asalkan balik. Pandai lah dia hidup.

                Tiba-tiba ada suara yang menyapa halwa telinga. Macam suara... Geng....

                  "Hai, princess Mel. Tak balik? Tunggu kami ke?" Bila aku pusing ke tepi, aku dapat melihat 5 orang yang berdiri tegak di tepi aku.

                   Amani,Fatin,Eymer,Maneesa dan Areeb. Erm... Okay? Aku sudah tahu apa nasib aku rasanya. Sebelum aku bersuara tiba-tiba aku merasa tudung ku cicengkam dan tanganku ditarik begitu kuat.

                   "Argh!" Aku menjerit. Takut. Apa mereka nak buat dekat aku? Ya Allah tolong selamat kan aku!

                   "Kan dah cakap. Kau jangan mess with the wrong person. Kau cabar kita orang. Sekarang, kita orang cabar kau pula ye si Cantik." Eymer bersuara. Jantung aku macam nak tercabut.

                   Aku ditarik untuk mengikut dia orang. Mulut aku ditekap kuat.
                  "Kau jangan bising. Kalau tak kita orang potong lidah kau!" Maneesa memberi amaran. Aku dah menangis dah semestinya.

 
                  Aku tak tahu macam mana atau bagaimana kami sudah berada di bilik stor sekolah. Ya Allah selamat kan lah aku!

                  "Korang nak apa? Kecil-kecil jadi penjenayah. Nak masuk lokap ke?" Aku tak tahu nak cakap apa! Yang aku tahu aku sudah dipegang oleh dua orang perempuan yang aku tidak nampak mukanya kerana mereka halang aku dari menoleh. Mungkin Amani dengan Maneesa?

                Tapi aku rasa selamat sedikit sebab Eymer dan Areeb tidak menyentuh aku. Aku dapat melihat Eymer mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Kejap? Eh?

                Rokok! Aku nampak dia keluarkan kotak rokok! Dan juga pemetik api. Nak buat apa ni? Bakar aku dalam stor ni? Bagi rentung? Hah?

               "Kau nak buat apa hah? Jangan kau sentuh aku! Kalau tak aku-" tidak sempat aku habiskan kata, Eymer menyampuk.

              "Kau nak buat apa? Mengadu? Cuba lah! Manees, bak tangan dia." Aku tak perasan yang Eymer sedang memegang sebatang rokok yang sudah berasap. Itu menandakan yang rokok itu sudah di bakar.

               Tangan aku dihurlurkan oleh Maneesa. Atau lebih senang untuk bagi tahu, dipaksa. 

                Maneesa memegang ketat pergelangan tangan aku. Aku dah macam cacing kepanasan. Cuba untuk meloloskan diri.

                "Kau nak pergi mana?" Eymer menarik pergelangan tangan aku yang terlapik dengan baju kurung ku yang berlengan panjang. Tetapi tetap berdosa.

                 Tanpa membuang masa, aku dapat melihat sebatang rokok itu akan mendarat juga atas tangan ku.

                "Arghh!!" Jerit aku dengan kuat. Dapatku rasakan betapa pedih dan sakitnya tapak tangan aku itu.

                 "Sakit?" Soal Eymer sambil menayangkan senyuman sinis. "Meh aku tambah lagi kesakitan itu ye." Dengan itu, dia menjolokkan lagi sebatang rokok itu pada telapak tangan kananku. Makin mendalam.

                  Nak nangis? Semestinya. Tapi aku tetap tahan. Sebab... Nabi kita lagi sakit semasa menyebarkan Islam. Aku tidak mahu menunjuk yang aku lemah.

                 Aku tidak tahu apa yang aku ingat sampai aku tidak perasan yang Eymer sudah membuang rokok tadi.

                 Tiba-tiba, Maneesa menarik tangan aku lalu dia memicit tempat yang melecur tadi menggunakan ibu jari tangan kanannya.

                "Argh!" Jerit aku kali kedua. Sudah berdarah dan melecur pedih. Tetap tahan walaupun jantung sudah berdegup laju.

               "Aku nak kau sakit lagi." Tiba-tiba aku ternampak yang Amani mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya.

              P-pisau boleh laras? Nak bunuh aku ke? Biarkan aku mati dekat sini?

             Maneesa mengambil pisau boleh laras itu dari tangan Amani. Dan menaikkan pisau itu. Lalu menunjuknya padaku.

            "Kau nampak ni?" Senyum sinis dihadiahi.

              "Tolong jangan apa- apakan aku. Tolong lah." Rayu aku. Tak nak mati!

             "Boleh.... Hihi." Terus pisau itu diangkat dan telapak tanganku ditindih oleh benda tajam.

              Air mata yang ditahan tertumpah juga. Ya Allah sakitnya. Kuatkan lab aku ya Allah.

             "Hahahaha." Dia orang gelak sakan. Pisau itu diseret di telapak tangaku. Sudah terlalu sakit untuk ditahan.

             "Kesian kau ni. Pandai lepastu cantik pulaktu. Tapi sedih, hidup merana jadi orang gaji. Hahaha." Eymer gelakkan aku. Terus yang lain ikut juga gelak.

            
              Dicucuk, disakiti,dibenci,dihini. Sakit. Sakit. Sakit. Sakit sangat.



         

The Poisonous Snake by Shasta Daisy Where stories live. Discover now