THE POISONOUS SNAKE 5

5 1 0
                                    

Ngantuknya. Hooooooo. Menguap. Aku berasa terlalu letih untuk meneruskan pelajaran.

                Cukup kut ni. Sudah pukul 4 pagi. Berdebar. Jantungku berdegup kencang. Sejuk di telapak kaki.

                 Buku ditutup. Aku bangun dari kerusi dan berjalan malas menghampiri katil empukku.

                 Aku duduk di tepi katil lalu masukkan kedua kakiku ke dalam selimut yang tebal.

                 Aku menepuk bantal yang akan aku letakkan kepala. Tiba-tiba, ada notifikasi yang masuk.

                 Ting! Siapa pula yang mesej pagi-pagi macam ni? Ouh, aku lupa. Bukan aku sahaja yang sedang mengulang kaji pelajaran.

                 Aku mencapai Iphone yang terbaring elok di atas wardrobe. Dengan mata yang mamai aku on kan telefon.

                 Dapatku lihat ada yang menghantar mesej melalui aplikasi  WhatsApp.
  
                 Selepas aku membuka kata kunci yang terpapar pada skrin telefon, terus aku tekan notifikasi sebentar tadi.

                 Siapa ni? Nombor orang yang tidak aku kenali. Muka aku berkerut.

                 'Hope you did well for your SPM tomorrow. Wishing you all the best princess.' Tak tahu nak blushing ke apa ni.
    
                 'Ouh you read it! Therefore, do not force yourself too much. You're a smart princess.' Sambil menghantar emoji bentuk hati. Senyuman terfikir di bibir.

                  Siapa lah yang sangkup mesej aku waktu serbegini? 'Awak siapa? Kenapa mesej saya waktu macam ni?' balas aku.

                  'Well, I'm your future princess. One day you will know me.' Hah? What in the world is this? Aku tertanya- tanya.

                    Aku tidak balas selepas itu sebab mata sudah terlalu letih untuk terbuka. Aku tidak ingat macam mana, terus aku tertidur.

             ⁽⁠⁽⁠ଘ⁠(⁠ ⁠ˊ⁠ᵕ⁠ˋ⁠ ⁠)⁠ଓ⁠⁾⁠⁾\⁠(⁠๑⁠╹⁠◡⁠╹⁠๑⁠)⁠ノ⁠♬⁽⁠⁽⁠ଘ⁠(⁠ ⁠ˊ⁠ᵕ⁠ˋ⁠ ⁠)⁠ଓ⁠⁾⁠⁾

Cause mama I'm in love with a criminal. And this type of love isn't rational it's physical.

              "Erghh." Aku mengeliat. Terus aku raba- raba katil empukku. Mana telefon ni?

               Bila aku dapat rasakan telefon aku berada di bawah badanku, terus aku ambil dan menutup alarm yang bising.

              5:20 a.m. Aku menggosok kedua- dua mataku.

             Ting! Aku tekan notifikasi yang mengusik halwa telinga.

              'Wake up princess! Miss you! See you at school.' Aku rasa kalau kau orang tengok muka aku sekarang ni mesti tergelak.

               Aku langsung tidak terusik dengan ayatnya itu. Geli adalah.

              'Tak payah nak princess bagailah. Geli!' balas aku. Malas untuk tertanya-tanya siapakah dia ni.

               Ting! Apa lagi ni? "Awhh, it's okay. One find day, you will love me much to call you that name." Kepala. Botak. Dia. Apa jantan ni? Aku rasa boleh kena sambar petir baca.

               Telinga aku cukup kuat untuk dengar ada seorang yang menjerit dari bawah sebaik saja aku menjejakkan kaki di lantai setelah turun dari katil.

                Dan panggilan itu terdengar seperti...

               "Yana! Kau pekak ke?" Datin Faridah! Tidak! Adakah dia perasan tentang perkara yang sudah berlaku beberapa hari lepas?

                Apa aku perlu buat sekarang ni? Turun atau pura-pura tidak dengar? Tapi matilah kalau berpura-pura.

                 Aku mengambil keputusan untuk turun dengan hati terbuka.

                 Sebaik saja aku membuka dedaun pintu, terus ada jembalang putih melepak berdiri di hadapan yang dapat buatkanku terjerit kecil.

                 "Eh, gila! Astaughfirullahalazim," apa aku cakap ni? Terus aku tutup mulut menggunakan kedua-dua belah tanganku.

                   "Kau kata aku apa? Gila? Kau tu yang buat aku gila kau tahu tak? Mana pergi jag kaca yang aku beli dekat Langkawi tahun lepas? Kau ingat aku tak nampak haritu kau keluar bawa jag kegemaran aku tu?"

                     Waduh, waduh, waduh. Jembalang tanah ni dah naik gila! Macam mana aku boleh lupa harga jag tu? Hampir mencecah tiga digit.

                  
                     "Ermm, mama, Yana minta maaf sangat-sangat sebab...." Sampai tergagap aku kau tahu? Nak balas apa ni? Terus lupa apa karangan yang aku reka dalam imaginasi.

                       "Apa? Kau bagitahu sekarang juga! Mana jag aku? Harini ada tetamu kau tahu tak? Jag tu aku perlukan!" Tengkingnya.

                        Dia ada sajakan jag yang lain. Kenapa perlu yang besar dan mahal tu? Nak menunjuk paling kaya ke? Harta bapak aku jelah!

                       "Maaf mama. Tapi, mama kan ada jag yang lain? Jag yang mama beli dekat Langkawi tahun lepas dah pe...cah..." Dengan itu saya memaklumkan bahawa perperangan diraja bermula.

                       "Apa?! Pecah?! Kau jangan main gila ngan aku Yana! Aku ni ada sabar lagi tau? Kau tahu tak jag tu limited edition? Aku orang terakhir tahu tak? Mana nak dapat jag tu lagi?"

                       "Jag tu dah pecah masa Yana balik dari pusara arwah masatu! Ada orang nak culik Yana!" Dengar macam dongeng yang pasti tapi kenyataan.

                      "Hah? Siapa yang nak culik kau hah? Tak payah nak buat cerita imaginasi dongeng kau tu! Sekarang ni, aku nak jag aku balik!"

                      "Tapi jag tu dah pecah! Macam mana Yana nak pulangkan." Kau lah ni Yana cari nahas!

                   "Aghhhhhhhhhhh!" Datin Faridah jerit kuat. Dengan itu kedua-dua belah tangannya mendarat di atas rambutku.

                  "Dah kenapa ni?" Tiba-tiba papa berdiri tegak di hadapan kami.

                  "You tanya I kenapa? You tahu tak, anak kesayangan you ni pecahkan jag mahal I yang kita beli dekat Langkawi dulu?"

                  "Lah disebabkan jag saja ke? You baik lepaskan dia. You dah janjikan dengan Maria?" Terus rambutku dilepaskan.

                   Janji? Janji apa? "Dah Yana pergi naik mandi. Jangan kesah sangat tentang tu. Harini Yana SPM kan jadi kena tenangkan diri." Papa nasihatkan aku.

                  Aku angguk dan terus menekan butang lif. Aku sempat pusing kebelakang melihat ibu tiriku memandang tajam ke arah ku. Terus aku pusing ke depan semula dan pulang ke kamar ku untuk menyiapkan diri.

            

The Poisonous Snake by Shasta Daisy Where stories live. Discover now