Mommy.. Where are you? 4

6 1 0
                                    

Aku menghampiri pusara arwah mommy. Rindu yang tak akan pernah terubat.

Aku jalan dan jalan lagi. Hari ini Isnin. Esok mula SPM. Aku sudah bersedia. Tetapi sebelum ujian, aku akan berjumpa dengan mommy terlebih dahulu.

Hari ini cuaca agak redup sedikit sebab sudah petang pun sudah menjelma.

Aku membawa air bunga juga. Sebak terasa di dada. Mana boleh aku menangis depan kubur arwah.

Aku membentang tikar di tepi pusara mommy. Terus aku duduk dengan selesa.

"Assalamuailaikum mommy. Lissa datang ni-" Tahan Ariana. Tahan. Tahan walaupun perit. Kau tak nak arwah kena seksa kan?

"Mommy, Lissa datang ni sebab Lissa rindu sangat- sangat mommy." Terus aku luah.

"Mommy tak rindu Lissa ke? Dah lama mommy tinggalkan Lissa. Lissa merana tahu tak miy? Lissa tak tahu apa salah Lissa. Dia orang buat Liss macam sampah!" Luah aku. Walaupun mommy tak boleh jawab, tetapi mommy tetap dengar. Kan?

"Mommy-.. Liss misses mommy so much." Terkeluar air mata yang aku tahan. Aku tak boleh menangis!

"Mommy... Esok Lissa dah SPM... Cepatkan? Mommy doakan Lissa boleh jawab dengan tenang dan betul tau? Lissa akan sentiasa ingat mommy."

"Tapi Liss sedih... Mommy tak ada... Mommy tak boleh tengok Liss berjaya... Mommy tak boleh tengok Liss masuk U nanti. Mommy tak boleh tengok Liss happy..." Luah aku lagi. Sedih.

"Mommy... Allah tu kan... Sayang sangat dekat mommy... Sebabtu mommy pergi dulu kan? Mommy pun memang dah sakit. Mommy... Liss kan selalu doa supaya mommy tenang dekat sana... Gembira dekat sana... Mommy jangan risau... Liss okay dekat sini... Walaupun perit, Liss tetap tahan." Aku lap air mata yang hampir terjatuh.

Aku mengusap batu nissan mommy. Tup- tup... 5 tahun sudah... Haha. Aku tak nangis. Aku kuat.

Aku mendekatkan kepala ke arah batu nissan itu lalu aku cium dan lekatkan dahi di situ.

Ya Allah.. Permudahkanlah urusan mommy dekat sana. Haramkanlah mommy menjejakkan kaki di api neraka Mu Ya Allah. Sesungguhnya api di dunia ini sudah cukup panas untuk di sentuh. Apa lagi api neraka Mu itu.

Mommy kuat ye. Liss kat sini sentiasa doakan mommy. Liss sayang mommy dunia akhirat.

"Selagi Liss tak kahwin, maksudnya syurga Liss masih di bawah tapak kaki mommy. Tapi mommy dah tak ada. Macam mana?" Aku cabut rumput- rumput yang sudah panjang di atas pusara mommy.

Aku mengangkat jag yang penuh terisi dengan air bunga. Wangi. Terus aku tuang di atas pusara.

Selepas saja tuang aku menadah tangan untuk berdoa. Semoga doa seorang anak teranaiya ini di makbulkan.

Habis saja berdoa, terus aku keluarkan buku Yassin untuk dibaca.

Habis saja baca, aku terus simpan semula buku Yassin.

"Mommy... Liss dah nak balik ni. Jangan rindu Liss tau? Haha. Mommy rindu Liss ke?" Terus aku cium sekali lagi batu nissan yang terletak elok. Lama.

Aku bangun dari tikar dan memakai kasut sebelum aku gulung semula tikar.

Semasa aku menggulungkan tikar, aku dapat rasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan aku dari jauh.

Bila aku pusing dan melihat kiri dan kanan, tiada sesiapa. Hati mula rasa tidak sedap.

Sudah lah aku seorang saja di kubur ni. Mana yang lain? Punyalah banyak pusara di sini tapi satu orang pun tiada untuk menziarah.

Dup dap dup dap. Jantung berdebar kencang. Aku pusing sekali lagi. Tiada orang.

The Poisonous Snake by Shasta Daisy Where stories live. Discover now