Seduction | 26

5.9K 366 37
                                    

HARI INI, tepat hujung minggu setelah hari Daniel mengajak dia untuk ke majlis hari jadi anak kepada Tengku Haiqarl. Amanda bersiap ringkas dengan hanya mengenakan wide trousers berwarna hitam dikenakan dengan off-shoulder top berwarna putih. Sendal Opyum 85 disarungkan ke kaki begitu juga beg tangan dari jenama yang sama.

Sakit di lengannya dek cakaran Emylia Rose masih tersisa. Buruk sudah lengannya, tak pasal-pasal dia kena pakai baju lengan panjang untuk tutup luka buruk itu.

Selesai bahagian pakaian, wajahnya sudah disolek minimalis bersama gincu berwarna nude ditelek begitu juga dengan rambutnya yang dibiar lepas. Sempurna.

Amanda keluar dari bilik.

Ting! Tong!

Mengetahui siapa yang ada disebalik pintu kondonya, Amanda tersenyum. Dia terus berjalan laju kearah pintu dan menariknya buka.

"Hello... hello beautiful" ujar Daniel yang sedang menyandarkan sisi tubuhnya di dinding persis lelaki fiksyen.

"Hello my handsome!" Amanda terus mencium pipi lelaki itu sambil sebelah tangan menarik pintu rumahnya tutup.

"Rindunyan dia ni... kenapa cantik sangat ni? Kalau kawan-kawan I mengurat you nanti macam mana?"

"Jadi you kena ada dua puluh empat jam dengan I supaya kawan-kawan you tak mengurat I,"

"Sure, I takkan biarkan sesiapa pun dekat dengan you walaupun seminit,"

Amanda gelengkan kepala sambil tersenyum.

"Hadiah I ada dalam kereta you kan?" Soal Amanda sambil beriringan dengan Daniel ke arah lif.

"Ada... wait... wait"

Amanda berpusing menghadap Daniel bila lengannya ditarik lelaki itu. Kening dijungkitkan.

"Kenapa? Make up I tak okay ke hari ni?"

"Kenapa cantik sangat ni?"

Amanda tertawa. Lengan Daniel ditampar lembut. "Please stop it..." mata dijegilkan.

Daniel tertawa dan mengusap belakang Amanda.

Perjalanan dari kondo ke lokasi birthday party itu diadakan hanya memakan masa dua puluh minit. Suasana berseri dengan bualan mesra dua pasangan itu. Seperti biasa, Daniel setia menjadi pendengar segala cerita Amanda. Ada ketika, tawaan halus terlepas dari bibirnya.

Sambil memandu, tangan tak henti mengusap tangan Amanda. Dia suka begini bersama Amanda. Dia suka setiap waktu yang dia luangkan bersama Amanda.

Kenapalah Tuhan tak pertemukan mereka lebih awal...

Tiba sahaja di lokasi, mereka beriringan menuju ke pintu utama restoran mewah yang ditempah khas untuk majlis sambutan hari jadi Anaqi.

"Birthday boy!" Seru Daniel bila mereka yang baru sahaja masuk ke dalam pintu restoran yang sudah dihias serba putih dan biru itu ternampak Anaqi yang sedang berbicara serius dengan daddnya, Tengku Haiqarl. Adalah tu seribu satu pesan yang dititipkan kepada Anaqi, Tengku Haiqarl ini bab perangai anaknya memang jadi pemerhatian dia nombor satu walaupun perangai Anaqi sangat baik. Budak bijak lah katakan.

"Uncle Niel!" Senyuman melebar di wajah Anaqi. Terus dia membalas high five daddynya lalu berlari mendapatkan bapa lain darahnya yang sedang mendepakan tangan. Lelaki yang suka memanjakan dia seperti si Tatty.

Amanda terus tarik senyum. Wajah budak lingkungan empat ke lima tahun itu dipandang tidak lepas. Dia terpana.

Handsome gila budak kecil yang bernama Anaqi itu. Sangat kacak. Dengan potongan rambutnya yang kemas, senyumannya yang menawan dan kulitnya yang putih gebu. Smart. Amanda rasa nak cubit pipi dia.

Book 4 : SeductionTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang