BAB 19

435 26 2
                                    

MALAM ini merupakan tahlil terakhir untuk arwah Puan Aileena. Syukur alhamdullilah, kini Humra sudah mula menerima kenyataan yang mamanya sudah meninggal dunia. Meratapi itu tiada lagi, mengingati kenangan manis yang dia dan mamanya ciptakan setiap masa dia ingatkan. Tiada lagi gelak tawa mama dia dengari selepas ini. Tiada lagi usapan kasih dari mama untuk dia lagi selepas ini. Dia rindukan mamanya, rindu yang tiada penghujung.

Jubah berwarna hitam milik arwah mama yang dia ambil di bilik mama petang tadi dia hidu lama. Bauan dari mama pada jubah milik mama dia hidu dengan kolam mata bergenang.

"Mama, Humra rindu mama. Rindu yang Humra tanggung ni sakit ma. Humra tahu mama tak suka Humra macam ni kan. Humra minta maaf, mama. Humra janji yang Humra akan kuat demi mama dan demi Humra sendiri," ucap Humra perlahan. Hanya dia seorang saja di dalam bilik ini.

Humra usap air mata yang jatuh diatas pipinya. Jubah milik mama dia akan pakai untuk majlis tahlil sebentar nanti. Jubah diletak di atas katil. Dia mahu membersihkan diri terlebih dahulu sebelum menyusun makana di luar rumah untuk semua tetamu yang hadir nanti.

Hampir sejam Humra membersihkan diri. Jubah milik mama sudah cantik tersarung tubuhnya. Wajah yang sembab dia pandang sebentar. Dia bersolek sekadar menutup wajah yang sembab. Dia tidak mahu disoal Elhan nanti. Tudung sarung yang sedia ada di capai di ampaian. Rasanya tidak perlu dia berlebihan dalam bersiap. Cukuplah sekadar menutup aurat saja.

Selesai bersiap, dia terus turun ke bawah mahu membantu yang lain. Kelibat Elhan yang sibuk membentang sejadah untuk digunakan sebentar nanti dipandang senyuman nipis tanpa disedari oleh lelaki itu. Dia bersyukur, dari awal sampai malam ini, lelaki itu tidak pernah mengeluh dalam membantunya mengurus pemergian mama.

"Amboi, mata tu. Tahulah suami kau tu tengah tunjuk baik. Tak payahlah kau senyum sampai ketelinga," usik Ezrin yang baru saja melintasi Humra.

Tidak semena-mena Ezrin dijeling Humra tajam. Sibuk je mamat ni.

"Sibuk jelah kau ni, aku nak usha suami sendiri pun nak ganggu." Humra jeling Ezrin lagi lalu berlalu pergi ke arah dapur. Mahu membantu yang lain.

Ezrin hanya ketawa apabila dijeling kakak iparnya.

Ruangan dapur Humra hampiri mahu membantu yang lain menyediakan juadah untuk di jamu tetamu yang hadir nanti.

Puan Hilda yang sibuk menyimpan lauk pauk ke dalam bekas makanan buffet terhenti saat melihat menantunya masuk ke dapur.

"Kenapa Humra tak rehat je dalam bilik? Humra okey tak ni, sayang?" soalnya kalut. Segera di menghampiri menantunya lalu lengan menantunya dipeluk lembut.

Wajah tuanya sedikit bimbang akan menantunya.

Humra hanya tersenyum. Tangan tua ibu mentuanya yang memeluk lengannya disentuh lembut.

"Humra okey ma, mama jangan risau ya. Humra nak mama tolong apa ni?" Humra pandang wajah ibu mentuanya dengan senyuman nipis terukir dibibirnya.

"Tak payahlah, Humra rehat je. Biar mama dengan Kak Jiha yang sediakan semua ni."

Najiha yang sentiasa ada dari pemergian arwah mama sampai hari ini di pandang senyuman penuh ikhlas. Wanita itu terlalu banyak membantu dirinya selama ini. Jasa wanita itu terlalu banyak untuk dirinya dan mama.

"Betul apa yang mama mentua Humra kata tu, Humra rehat je. Biar Kak Jiha yang tolong Aunty Hilda siapkan semua ni. Humra tak sihat lagi kan?" Najihah pula melarang.

Dia mahu Humra berehat secukupnya. Dia tahu Humra penat fizikal dan emosi. Lagipun, Humra baru saja sembuh dari demam beberapa hari ini. Mungkin demam rindu akan mamanya.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now