Fairy Sumin - Bertemu Jinsik

16 4 2
                                    

" Hai, saya Jinsik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Hai, saya Jinsik.
Ham Jinsik.

Awak nak berkawan dengan saya ? "

Soalnya kepada sebatang pokok di tanah lapang.

Itu apa yang orang lain nampak.

Namun sebenarnya di balik rimbunan dedaun tersebut, ada sebuah ranting yang diduki oleh seekor pari-pari.

" Saya Jinsik.
Tuan kepada Nerong.

Nama kucing saya dulu.

Sejak dia meninggal, saya mula berasa sunyi di rumah.

Ibu dan ayah pula sibuk bekerja, jadi saya tiada sesiapa.

Saya pun tak dibenarkan keluar dari kawasan rumah sesuka hati.

Ada pengawal dan pekerja rumah yang mengawasi.

Hidup saya penuh dengan kelas piano, home-schooling, kelas Taekwondo dan banyak lagilah.

Seronok memang seronok tapi ada masa saya kesunyian.

Awak berkawan dengan saya, jom ? ", soalnya setelah panjang dia membebel.

Sumin tersentak.

Sesunyi itukah kehidupan insan di hadapannya ini ?

Jinsik, dia kenal orang ini.

Sejak hari pertama dia menumpang inap di pohon besar belakang rumah orang kaya ini dia sudah berniat untuk berinteraksi dengan Jinsik.

Namun tak disangka olehnya bahawa Jinsiklah yang akan menyapanya terlebih dahulu.

Sumin terbang perlahan keluar dari rimbunan daun.

" Awak, jantankan ? ", soal Jinsik.

" Macam mana awak tahu ? "

" Sebab rambut awak pendek ?
Comellah flower crown atas kepala awak tu, hihi.

Hai ! "

" Helo. Saya Sumin.
Saya mengembara entah ke mana pun saya tak pasti, haha. "

Jinsik tersenyum.

" Awak dah makan ?
Awak makan apa ?

Di rumah saya ada banyak buah-buahan.
Awak suka tembikai, anggur, strawberi ?"

" Suka ! Nak, boleh ? "

" Boleh, lagipun tak termakan saya seorang. "

" Tapi .. sehari saya boleh makan paling banyak pun dua biji strawberi sahaja.

Saya kan kecil. "

" Oh, iyalah !

Kalau macam tu takpe, saya potong halus-halus supaya awak boleh rasa semua buah.

Jom ! "

.

.

Manis. Semua buah-buahan itu terasa sungguh menyelerakan.

Tetapi masih tiada tandingannya dengan kemanisan persahabatan mereka berdua.

Tiga bulan berlalu, sepanjang itulah mereka meluangkan masa bersama.

Ketika di bawah jagaan Minjae dahulu, Sumin banyak meluangkan masa bersendirian di rumah kerana Minjae sibuk bekerja.

Namun di sini, dia berkesempatan untuk belajar bersama, membaca buku, berkongsi kisah serta menyaksikan sendiri aksi latihan Taekwondo Jinsik. Hebat !

Jinsik sangat baik.

Seorang yang mempunyai rupa paras yang kacak, suara yang merdu,

  penampilan yang anggun seta perilaku mulia yang sangat meruntun hati setiap manusia.

Sumin rasa seolah-olah dia telah jatuh cinta.

Parah.

.

.

.

.

Siang pun tiba, jiwa pari-pari Sumin terlonjak kecil untuk meninggalkan Jinsik.

Ya, dia sayangkan Jinsik.
Sahabat yang sangat baik dengannya.

Dia sukakan Jinsik.

Namun dia tahu, pari-pari sepertinya tidak patut menyukai sesiapa.

Tugasnya adalah membantu manusia serta mendorong mereka melakukan kebaikan. Membantu mereka untuk kembali kepada landasan yang benar.

Petang itu, dia menyatakan hasrat kepada Jinsik bahawa dia akan pergi.

Ada tugasan serta tanggungjawab yang dia rasai sedang memerlukannya.

Seolah-olah menyerunya untuk pergi dari kampung ini menuju ke kampung sebelah.

Sumin berjanji, bagi membalas jasa baik Jinsik, dia akan menunaikan satu permintaannya.

Jinsik tersenyum redup.

Sumin yang di atas telapak tangannya diletakkan di sisi pipinya.

Dilaga perlahan rambut Sumin di sisi pipinya.

" I will miss you my lil' fairy,
Sumin.

Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan pada kau.

Sudi teman aku, beri aku semangat.

Kau juga ajar aku bagaimana caranya untuk berkawan dengan anak pembantu rumah sini serta lebih rapat dengan pekerja-pekerja di rumah ini.

Awalnya aku rasa terkurung.

Tapi kau selalu ingatkan aku bahawa ibubapa aku sangat sayangkan aku.

Mereka cuma tak mahu aku tersakiti dan terlalu hanyut di dunia luar nanti. Sebab itulah mereka sediakan semua kemudahan serta keperluan aku serba lengkap di dalam rumah ni. "

Jinsik menggerakkan telapak tangannya, sederet dengan posisi mata nan bersinarnya.

Posisi itu membolehkan Sumin turut menyaksikan senyuman indah nan berseri milik Jinsik.

"Obviously once you leave, everything will feel so gloomy. The house ain't gonna give me the same vibe anymore.

My room won't lit up as much as before.

I won't have any glittering pixie dusts on my shoulders anymore, the rails of your shimmers won't be here too.

But as long as I know you're safe travelling  alone while carrying out your responsibilities out there, I'll be fine.

Love you, Sumin. "

.

.

.

.

Pada akhirnya, Jinsik tidak menyatakan apa pun hasratnya kepada Sumin.

Jika sekali pari-pari itu telah berjanji untuk menunaikan hasrat seseorang itu, janjinya pada orang itu akan wujud dan termeterai sehingga hajat itu tertunai.

Sumin tahu, itu ialah salah satu cara Jinsik untuk menemui Sumin semula suatu hari nanti.

Semoga saja takdir mempertemukan mereka berdua kelak.

.

Sumin the Fairy; Jinsik part -end-

[✓] Sketsa Mini xikers (bab pendek)Where stories live. Discover now