Suasana di mall riuh kerana dipenuhi orang ramai...
Anak-anak kecil berlarian disana-sini,orang tua membeli belah,para remaja berjalan dengan kawan-kawan.
Jiyeon yang duduk di bangku tersenyum apabila melihat seorang anak kecil tertawa.
Dia bahagia....
"Uii buat apa tu dik?"Jieun yang tiba-tiba menyentuh bahunya membuatkan dia tersentak.
Jiyeon menurut dadanya perlahan akibat terkejut.
"Ish kau ni kak! terkejut aku."
"Hehhee, sorry.Ada orang datang tengok tak kau punya lukisan ni?"Kata jiyeon memamnjangkam kepalanya untuk melihat keadaan sekeliling.
"Tadi ada sorang lelaki tu datang tengok pastu dia blah centu je"Jiyeon mencebik.
Jieun yang melihat perkara itu tersenyum dan menepuk bahu adiknya tanda menenangkan.
Hari ini termasuk dua hari Jiyeon berada di mall tersebut untuk mempromosikan lukisannya. Melalui projek yang dijalankan di universitinya, para pensyarah telah bersetuju untuk memilih lukisannya untuk dipromosikan di pelbagai tempat termasuklah di mall ini. Bakat melukisnya memang hebat bahkan Jieun kakaknya sendiri pun tertanya dari mana datang bakat adiknya itu.
"Bising betul harini kan?"soal Jieun."Eh kau mana tau Hehehh"dia mengaru kepalanya sedikit.
Ya. Jiyeon tak boleh mendengar mahupun bercakap jadi dia hanya mengunakan bahasa isyrat untuk berkomunikasi dengan kakaknya.
Kerana itu juga hanya Jieun sahaja yang boleh menjadi dunianya.Ibu bapa mereka sudah tiada sejak Jiyeon masih lagi berusia 8 tahun akibat kemalangan jalan raya dan sejak itu Jieun kakaknya yang baru berusia 12 tahun harus menjaga adiknya seorang diri.
Setelah meningkat dewasa Jieun bahkan harus berhenti sekolah untuk menyara mereka dan bekerja keras sehingga hari ini. Disebabkan pengalaman bekerjanya juga kini Jieun dapat menjawat jawatan sebagai head manager di sebuah syarikat fesyen yang besar.
"Umm hai, boleh nak tengok lukisan yang belakang tu tak?"seorang lelaki secara tiba-tiba muncul dihadapan Jiyeon saat ini.
Jiyeon memasang muka keliru kerana dia tidak faham kata-kata lelaki itu. Tiba-tiba lelaki tersebut tertawa kecil.
"Eh,sayang! kenapa datang tak bagitahu"jerit Jieun keriangan.
"Saja datang nak jumpa yeon-i." Lelaki itu memandang Jiyeon yang jelas keliru dengan perkara yang baru berlaku.
"Dik, ni lah boyfriend akak Jihoon. Ala yang kakak cerita haritu. Dia ni pun pandai bahasa isyarat juga so tak payah risau" Jieun mula memeluk erat lengan Jihoon.
Jiyeon hanya memberi isyarat yang menunjukkan dia faham. Memang Jieun pernah bagi tahu tentang Jihoon,namun ini adalah kali pertama dia melihat teman lelaki kakaknya.
Jihoon saat ini terlihat sangat tertarik dengan salah satu lukisan pop art yang berada dibelakang Jiyeon. Tanpa membuang masa dia terus membeli lukisan tersebut kerana telah jatuh cinta dengan lukisan itu.
Setelah melalui hari yang panjang Jiyeon hanya berjaya menjual 3 buah lukisan. Ini membuatkan dia berasa agak kecewa dengan diri sendiri kerana sebahagian pelanggan pergi dari kedainya kerana dia tidak boleh berkomunikasi dengan mereka. Tambahan pula, ini merupakan kali pertama Jiyeon bekerja dalan hidupnya.
Sedang elok dia duduk di atas katilnya tiba-tiba Jieun datang melompat dan memeluknya.
"Jiyeon-a jom lah pergi jalan-jalan minggu depan! akak boring lah asyik kerja je takde masa langsung untuk family pastu kita bawak lah geng -geng Treasure tu sekali kita kan dah lama tak lepak sama-sama....hmmm jomlah"katanya dan merengek seperti anak kecil.
Jiyeon hanya mengangguk malas. Sejujurnya dia sebolehnya nak elakkan diri daripada berjumpa mereka. Bukan apa tapi apabila dia berada dengan kumpulan itu Jiyeon berasa agak terpinggir kerana hanya dia yang tidak boleh berbual seperti orang lain.
"Ala lagipun Jihoon ada sekali dengan kita nanti mesti seronok dia tu kelakar tau"kata Jieun dengan riang.
Jiyeon pun baru tahu bahawa Jihoon merupakan salah satu member Treasure selepas kakaknya beri tahu petang tadi.
Treasure merupakan nama kumpulan lelaki yang terdiri dari 10 orang dan mereka merupakan rakan karib Jieun dari masa kecil jadi, setelah beberapa tahun Jiyeon pun menjadi sebahagian dari kumpulan mereka. Dia sendiri tahu bagaimana mesranya kakaknya itu dengan orang ramai mungkin itulah punca Jiyeon berasa lebih kesunyian.
Namun ada seorang ahli Treasure yang sentiasa bersama Jiyeon dan itu membuatkannya seolah berada dalam kawanan itu juga.
"Haa! nanti kita book resort lah boleh duduk sama-sama nanti mesti seronok!"Jieun teruja sendiri memikirkan hal itu.
~~~~~~~~~~~
chapter satu ni boring sikit harap korang faham lah ek heheh
YOU ARE READING
SILENT (TREASURE FF) [malay]
FanfictionDia bisu.... Dia tak mungkin dengar... Tapi layakkah dia dilayan sebegini rupa "Lee jiyeon,berapa kali kakak nak cakap! Hati-hati bila buat kerja tu.Haish budak ni!" Jieun. "Ala.. kakak jangan lah risau ek saya okay je"Jiyeon. Gadis ini bahas...