"Sayang...buat apa tu?" Jihoon memeluk lembut bahu Jieun yang sedang khusyuk memotong tembikai.
"Hmm...tengah potong buah ni ha. Sayang, lately ni saya perasan Jiyeon macam takde semangat...hoonie rasa kenapa ek?"Jieun mengeluh.
Jihoon yang sedang mengunyah biskut di meja terhenti seketika selepas mendengar kata-kata Jieun.
Dia menarik nafas dalam sebelum menghembus kuat seakan-akan bakal ada api yang akan keluar dari hidungnya.
'Isyy! aku serabutlah pompuan ni. Apahal sibuk sangat nak tau pasal Jiyeon lantak dia lah.'
"Entahlah yang, mungkin dia tak berapa sihat kot lately ni jangan risau lah." Jihoon tersenyum hambar.
Senyuman itu pura-pura...
Jieun tahu.
SEMALAM...
"Hmm mana si Jiyeon ni letak hair dryer aku. Ish dahlah pinjam barang orang bukan reti nak pulang balik, haih budak ni."
Jieun membebel sambil menggeledah habis bilik Jiyeon sehinggakan semua barangnya berantakan di lantai.
'Eh apa ni?' dia berfikir sejenak.
Jieun menemui sebuah buku dengan dihiasi pelekat bergambar kucing dan beruang yang comel-comel. Dibahagian depan muka surat buku itu terpampang ayat 'This Diary Belongs to Lee Jiyeon'.
Jieun tertawa kecil.
Sangat keanak-anakan.
"Boleh ke aku bukak eh? mesti Jiyeon marah...Eh!kesah apa aku, sapa suruh dia curi hair dryer aku. Ha, padan muka!"
Muka surat pertama dibuka perlahan.
Jieun melihat ada sekeping gambar lama yang hampir kekuningan. Gambar lama mereka berdua semasa kecil.
Jieun tertawa melihat gambarnya yang sedang bergaduh merebut aiskrim adiknya.
Muka surat kedua dibuka perlahan menunjukkan sekeping gambar semasa percutian mereka semua. Jieun tersenyum lebar. Namun ada sesuatu yang membuatkannya keliru.
Gambar jihoon...
Dikoyakkan.
'Kenapa Yeon-i koyakkan gambar jihoon?' gumam Jieun sendiri.
Muka surat ketiga pula dibuka dan isi kandungannya merupakan cerita harian Jiyeon sejak awal dia memasuki universiti.
Begitulah juga dengan muka surat yang seterusnya,sampailah satu muka surat berjaya menarik perhatian Jieun.
Muka surat ke 12 mempunyai kesan kekuningan seperti ada air yang dititiskan di atas helaian itu.
19 August 2023
Harini Yeon-i dengan Yoshi dan Junghwan oppa pergi beli barang untuk sambutan hari jadi Yeon-i dan Sahi sebab birthday kitorang dekat-dekat juga. >..<
Kakak tak ikut sebab...dia kena teman jantan tu masak.
Sejujurnya, Yeon-i jijik sangat...
Jijik nak dekat dengan dia lepas apa yang dia dah buat dekat Yeon-i. Kalaulah Yeon-i kuat untuk lawan dia...Ataupun,Yeon-i cuba untuk jauhkan diri dari dia masa tu mesti semua ni takkan berlaku....
~~
Jieun keliru melihat cerita yang cuba disampaikan oleh Jiyeon.
Dia cuba mengingat kembali pada hari kejadian. Ya,memang dia dan Jihoon sama-sama memasak hidangan untuk hari jadi Jiyeon.
Adakah 'jantan' yang dimaksudkan itu adalah Jihoon?
Tapi apa yang Jihoon dah buat pada Jiyeon?
Helaian kertas diselak lagi,kini setiap bait perkataan yang ditulis Jiyeon membuatkan Jieun mengigil kemarahan berbaur dengan rasa kecewa.
22 August 2023
Kalau ikutkan,harini birthday Yeon-i dan kitaorang akan sambut sama-sama dengan Sahi lambat sikitlah sebab birthday dia masa 20/8 haritu...
Pagi tadi 'dia' datang masuk bilik Yeon-i dan cuba nak pukul Yeon-i lagi..
Yeon-i dah tak tahan...
SUMPAH!Sakitnya tiada siapa pun yang faham.
Kakak! tolong Yeon-i please...
Yeon-i dah tak tahan lagi dah..
Badan Yeon-i sakit sangat..Yeon-i sayang sangat kakak dan kalau boleh Yeon-i taknak hancurkan hubungan kakak dengan Jihoon..
Tapi,Yeon-i dah tak sanggup nak tahan semua seksa yang dia bagi..
Kalaulah ada sesiapa yang boleh tolong Yeon-i...
Park Jihoon... AKU JIJIK DENGAN KAU!
~~
Air mata mula mengalir di pipi Jieun saat ini.
Setiap helaian dan muka surat diari tersebut menerangkan tentang kesengsaraan yang dialami Jiyeon sendiri.
Hampir satu jam Jieun duduk dihadapan buku tersebut membaca semua tentang hidup adiknya.
Muka surat terakhir dibuka...
29 March 2024
Malam ni Yeon-i akan bagitau semua benda dekat Asahi..
Yeon-i yakin dia je satu-satunya orang yang boleh Yeon-i percaya...
Yeon-i sayangkan Sahi dan kalau ada apa-apa mesti Sahi akan pertahankan Yeon-i...
Yeon-i kena bagitau dia sebelum terlambat...
~~'Kenapa aku tak pernah tahu pasal benda ni? Kenapa Jiyeon cuba sembunyikan semua ni dari aku? Kenapa aku terlalu pentingkan diri sampai terlampau takut nak tanya keadaan Jiyeon? Kejamnya aku...'
Jieun berbisik sendirian..
"AKU AKAN TUNTUT HAK ADIK AKU! KAU TUNGGU PARK JIHOON!"
Nafasnya sudah tidak teratur,dadanya naik turun kemarahan.
Dia benci sesiapa yang cuba menyentuh Lee Jiyeon bahkan sedikit pun termasuklah kekasihnya sendiri.
SEKARANG....
Jieun memasuki bilik dan bergegas mendapatkan telefon bimbitnya dan menelefon Asahi yang sedang bekerja.
"Sahi aku nak cakap dengan kau malam nanti boleh?" Jieun berbicara dengan nada hampir berbisik, takut-takut Jihoon terdengar kata-kata mereka.
"Untuk apa?" tangan Asahi ralit membelek fail-fail di atas meja.
"Pasal Jiyeon...kau tunggu je aku dekat cafe belakang campus dulu, nanti aku datang "
"Hmm ok"
Asahi sempat merasa goyah...
'Jieun dah tahu ke?'..
YOU ARE READING
SILENT (TREASURE FF) [malay]
FanfictionDia bisu.... Dia tak mungkin dengar... Tapi layakkah dia dilayan sebegini rupa "Lee jiyeon,berapa kali kakak nak cakap! Hati-hati bila buat kerja tu.Haish budak ni!" Jieun. "Ala.. kakak jangan lah risau ek saya okay je"Jiyeon. Gadis ini bahas...