5💫

13 5 1
                                    

Flashback.....

"Eh,sayang! kenapa datang tak bagitahu"jerit Jieun keriangan.

"Saja datang nak jumpa yeon-i."

Jihoon memandang tepat ke dalam mata Jiyeon yang mengigil perlahan namun berusaha membuang perasaannya itu tatkala melihat kakaknya disamping lelaki itu.

Setiap kali Jiyeon terpandang mata Jihoon....jiwanya menjadi gerun dan ketakutan...jadi... dia sentiasa mencuba sedaya upaya untuk mengelak daripada berkontak mata dengan syaitan itu.

Sekarang....

"Ummm korang semua dah habis kemas kan!"jerit Hyunsuk.

"Dah!" semua.

"Dah jom gerak nanti karang lambat sampai airport!...ummm Yeon-a... gwenchana?" Hyunsuk tanpa sengaja perasan keadaan Jiyeon yang cuba untuk membaluti mukanya yang penuh dengan kesan luka dengan memakai mask.

Jieun menyampaikan apa yang dikatakan Hyunsuk kepada Jiyeon dan dia hanya menggeleng bagi menunjukkan yang dia tidak apa-apa.

Sekilas dia terpandang wajah Jihoon yang berada disebelah Jieun dan dia melihat bagaimana Jihoon sedang tersenyum sinis kepadanya atau lebih tepat dia cuba untuk mengejeknya.

5 hari kemudian....

"Tahniah kepada Lee Jiyeon kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan pameran seni peringkat antarabangsa! Oleh kerana beliau dapat menjual dan mempromosikan lukisan yang telah dinilai oleh para pensyarah, pelajar cemerlang kita ini dapat menyumbangkan dana untuk mengembangkan kebolehan fakulti kita sehingga ke luar negara! Tahniah diucapkan sekali lagi." Kata pengacara majlis.

Selepas bersusah payah mempromosikan semua lukisannya, Jiyeon akhirnya dapat membuktikan kemahirannya kepada ramai orang walaupun dengan kekurangannya.

Majlis yang dibuat bagi meraikan kejayaan Jiyeon turut dihadiri para member Treasure dan kakaknya.

"Jihoon o..oppa tak datang ke?"soal Jiyeon.
"Tak... dia ada kerja sampai malam"Jieun.

Jiyeon segera menghela nafas lega dan senyumnya telah kembali seperti sediakala. Kerana kerjanyalah punca Jiyeon tidak pernah sedar yang Jihoon merupakan salah seorang ahli Treasure.

"Macam mana dengan preparation  Yeon-i untuk drawing exhibition tu nanti? Mesti nanti Yeon-i akan jadi lebih busy tak macam sebelum ni susah lah nanti Asahi hyung nak jumpa yeon-i." Jeongwoo menulis dihadapan Jiyeon sambil menyiku lengan Asahi yang sudah memerah menahan malu.

"Bodolah Park Jeongwoo.. janganlah expose Sahi hyung " Haruto juga menyakat.

Dua makhluk ini memang sentiasa mengamalkan konsep 'kesiksaan orang lain kebahagiaan kami'.

Mahu sahaja Asahi memukul kepala mereka saat itu.

"Tapi betul jugak nanti Yeon-i dah takde masa nak jalan-jalan dengan kakak!......kalau kakak rindukan Yeon-i  macam mana? Huwaaa" Jiyeon merengek.

"Takpe kalau kakak rindu call jela, nanti Yeon-i akan balas punya tak pun kalau korang nak lepak ke apa bagi tahu je lah,  Yeon-i akan cuba tengok jadual free tak." Jiyeon  tersenyum mesra.

"Dah lah tu anak-anak semua jom amik gambar,aku nak tunjuk dekat mak aku ni aku ada adik baru pandai lukis baru lah adik betul aku dengki,jom jom!" Kata Hyunsuk.

Hubungannya dengan ahli Treasure kini semkin erat selepas para member teruk diceramah oleh Jieun dan Asahi tentang ketidakselesaan Jiyeon apabila dia berada dengan mereka semua.

Kecuali satu syaitan yang terdapat dalam kalangan mereka juga, memikirkan hal itu membuatkan Jiyeon sekali lagi merasa perit.

Kalaulah Asahi tahu...

Malam itu juga Jiyeon terpaksa membuat inisiatif untuk memberitahu Asahi tentang kesakitan yang terpaksa dia alami, supaya sekurang-kurangnya dia yakin akan selamat.

"Umm kenapa Yeon-i nak jumpa Sahi malam-malam ni?dahlah kedai kita pergi ni jauh dari rumah Yeon-i." Asahi keliru namun dia tetap menyambung pemanduannya.

Jiyeon hanya menunduk tidak menjawab dan berpaling membuang pandangannya ke luar tingkap kereta.

"Saya nak satu cappuccino dan strawberry mango frappe." Asahi.

"Semua sekali 5800₩ ye." Pelayan itu hanya melihat wajah gadis didepannya. 'Cantik sungguh' fikirnya.

"Sebenarnya kenapa Yeon-i nak jumpa Sahi? Sahi nampak Yeon-i macam takut sangat haritu ada apa-apa yang Sahi perlu tahu ke?" Asahi sedar akan tingkah laku Jiyeon yang nampak gementar bahkan sejak hari terakhir percutian mereka.

"Kalau Yeon-i cerita Sahi akan percaya tak? Sebab Yeon-i takut yang Sahi takkan percaya dan Yeon-i pun tak nak hubungan sesiapa renggang semata-mata sebab Yeon-i" Jiyeon teragak-agak.

"Kalau Yeon-i tak cerita macam mana Sahi nak tahu."

Air mata Jiyeon mula mengalir kuat tanpa sebab, kesakitan yang dialaminya mula membari reaksi kepada emosi Jiyeon saat ini.

Orang sekeliling mula memandang ke arah mereka,nasib baik meja yang mereka duduki agak terpencil dari orang ramai.

"Sebenarnya ada benda yang perlu juga Yeon-i bagi tahu,supaya...supaya kalau apa-apa jadi dekat Yeon-i...Sahi akan peka dan mungkin takkan bersedih." Jiyeon terhenti seketika dan hanya memandang wajah indah Asahi dengan air mata bergelinangan.

Jiyeon menarik keluar buku catatannya dan mula menulis sesuatu....

'Yeon-i sayang sangat Sahi....Kalau apa-apa terjadi....tolong jaga diri dan paling penting...tolong jaga KAKAK......'



SILENT (TREASURE FF) [malay]Where stories live. Discover now