8💫

13 4 0
                                    

"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" Asahi meletakkan beg galasnya dia kerusi sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah.

Jieun menunduk kebawah dan perlahan air matanya berjurai.

Asahi mula panik dan segera menghulurkan tisu di sampingnya.

Melihat keadaan itu membuatkan dia pasti akan perkara yang bakal disampaikan oleh Jieun.

"Jadi... kau dah tahu?"
"Hmm...jadi betullah Jiyeon dah bagitahu kau pasal benda ni?"

Jieun mengangkat mukanya yang kini semakin kemerahan akibat terlalu banyak menangis.

Asahi mengangguk perlahan.

Jari jemarinya digenggam erat.

"Buat masa ni kau jangan risau, aku dah bagi Jiyeon tracker kalau-kalau ada benda tak sepatutnya terjadi pada dia, at least kita boleh tahu."

Dia cuba menenangkan Jieun.

Jieun mengela nafas lega,namun ada sesuatu yang bermain dimindanya.

"Kenapa dia nak buat macamtu dekat Jiyeon? tak boleh ke kita report je dekat polis? aku taknak apa-apa benda buruk berlaku dekat adik aku." Dia menangis lagi.

"Orang macam si Jihoon tu memang nak gunakan orang untuk kepuasan dia je. Sebenarnya dari awal lagi kami semua tak berapa suka dengan dia. Sebab... dia macam memaksa diri untuk masuk dalam group kitaorang." Asahi mencemuh perlahan.

"Lagipun sekarang ni, kalau kita nak report polis pun takde bukti yang kukuh untuk dakwa dia. Jiyeon pun takut sangat...kalau dibuatnya polis tu suruh bagi keterangan kau ingat Jiyeon nak bagi tahu?"

Jieun menghela nafas berat.

"Sekarang ni aku dah bagi tahu benda ni dekat Yoshi hyung sebab dia kan polis. So, kau tak payah risau sangat,apa-apa bukti yang kitaorang dapat cari nanti aku maklumkan dekat kau. Cuma..aku nak kau tolong satu benda je."

Asahi teragak-agak.

"Apa dia?"

Jieun keliru.

"Kalau boleh, halang Jiyeon dari duduk jauh daripada kau hari rabu depan."

"Tapi...rabu depan kan hari Jiyeon ada exhibition. Takkan dia tak boleh pergi mana-mana..and macam mana aku nak halang dia?"

Asahi mengeluarkan telefon dari kocek seluarnya.

"Semalam Yoshi hyung ada chat aku. Dia kata ada beberapa benda yang buatkan dia rasa MUNGKIN Jihoon akan buat something masa exhibition tu."

"Jadi aku cadangkan untuk ambil langkah berjaga-jaga...kau carilah cara untuk buatkan dia tak pergi exhibition tu nanti. Please, Jieun...ini je permintaan aku."

Asahi seakan-akan merayu.

"Ok kau jangan risau aku akan cuba convince dia." Jieun  tersenyum kosong.

"Mungkin sebab nilah Jiyeon sayang sangat dekat kau kan? aku percayakan kau Sahi,hanya kau boleh buat adik aku bahagia selain dari aku. Hanya kau yang layak untuk dia."

Kali ini senyumnya tulus menandakan keikhlasan dalam perkataannya.

"Tapi....kau betul cintakan Jiyeon?"

Asahi hampir tercekik air coke yang diminumnya apabila mendengar pertanyaan itu.

Dia menarik nafas dalam sebelum berkata..

"Kau nak tahu? ramai kawan aku termasuk ahli Treasure tak setuju bila aku kata aku suka Jiyeon dulu. Sebab diorang kata Jiyeon tu tak sempurna macam orang lain...and macam-macam lagilah alasan diorang bagi."

"Tapi...pada aku, tak kiralah sekurang apa pun Jiyeon, sesempurna mana pun dia, atau bila diorang bandingkan kau dengan Jiyeon, aku tetap akan pilih Jiyeon. Sebab macam mana pun orang yang aku cinta ialah Lee Jiyeon dan bukan Lee Jieun."

"Sekarang kau dah dapat jawapan kan? Jieun-a... orang yang aku cinta hanya dia sorang je dan aku takkan pernah pertikaikan apa pun kekurangan dia. Faham?"

Dia tersenyum nipis.

Jieun gembira mendengar kata-katanya. Dia yakin yang sekurang-kurangnya Jiyeon ada tempat bergantung selain dari dia.

~~~~~~~~

"Jiyeon-a minggu depan Yeon-i ada exhibition kan? boleh tak Yeon-i stay je dengan akak? kakak ingat nak pergi beli barang untuk anniversary wedding eomma dengan appa lah."

Jieun memeluk lengan adiknya yang sedang bersiap untuk ke studio lukisannya.

"Ishh...mana boleh, tu kan pameran pertama Yeon-i...lagipun semua lukisan dah diluluskan dan dah diabawa pun dekat galeri tu pagi tadi. Takkan Yeon-i nak tinggalkan tugas Yeon-i semata-mata nak teman kakak."

Jiyeon mengelengkan kepalanya. Apa buang tebiat kakakanya tengahari buta ni.

Jieun mula mengoyang-goyangkan lengan adiknya. Sesekali matanya terlihat parut-parut halus di lengan Jiyeon.

Hatinya hancur melihat semua itu.

"Please lah dik...kakak dah siap ajak Sahi sekali so that dia boleh ikut kita jalan-jalan. Takkan Yeon-i nak biarkan je akak jalan dengan Sahi awkward lah nanti. Dia tu dahlah tak rapat sangat dengan akak."

Jieun cuba mengumpan dengan menggunakan Asahi.

'Sorry lah bro kau sendiri yang suruh aku fikirkan cara'

Mendengar nama Asahi membuatkan Jiyeon berhenti melakukan aktivitinya seketika.

"Hmm.. kalau macam tu Yeon-i pergi sekejap lah dengan akak. Tapi... lepas Yeon-i dah confirmkan dengan partner projek Yeon-i untuk take over Yeon-i punya part nanti.Ok?"

"Elehhhhh cakap jela Yeon-i nak pergi sebab ada Sahi. Eiii gediklah budak ni rembat kang baru tau."

Jieun tertawa kecil.

Jiyeon cuba berlagak seolah-olah tidak peduli dengan kata-kata kakaknya dan berlalu pergi begitu sahaja.

'CEH!' fikir Jieun.

"Hello Sahi... aku dah convince dia so that dia tak pergi tempat lain selain dengan aku hari rabu nanti."

AKU AKAN PASTIKAN RANCANGAN KAU TAK BERJAYA PARK JIHOON!












SILENT (TREASURE FF) [malay]Where stories live. Discover now