Hari yang dinanti oleh Jieun telah pun tiba. Para member Treasure telahpun menunggu di lobi apartmen Jieun dan Jiyeon.
"Weh cepatlah turun aku pijak kau kang baru tau kita dah lambat dah ni kau tau tak nanti jalan jammed lah apa lagi....blah blah blah" Hyunsuk member tertua Treasure mula kedengaran membebel di telefon akibat menunggu lama untuk para gadis turun.
"Ish sabarlah dasar takde iman" pantas Jieun menutup telefonnya takut-takut Hyunsuk makin marah.
"Jom turun dik semua barang dah ada kan?"
Jiyeon hanya tersenyum dan mengangguk.
Perjalanan dari Seoul ke Jeju mengambil masa lebih singkat apabila menaiki kapal terbang. Setibanya mereka diasana Jieun, Jaehyuk dan Hyunsuk menyewa kereta untuk perjalanan mereka ke resort yang dikatakan.
Sesampai sahaja di sana Jieun tidak membuang masa untuk berlari masuk ke resort itu kerana sudah terlalu lama menahan *hajat*nya yang hendak dilepaskan.
'Tolonglah bebaskan aku dari situasi memelukan ni' fikir Jiyeon yang hanya mampu ketawa melihat kakaknya yang berlari macam tak cukup tanah.
Para lelaki sudah selesai menurun kan bagasi mereka dan dibawa masuk kedalam tetapi Jiyeon masih lagi terkial-kial untuk mengangkat kedua begnya dan beg milik Jieun. Kerana acara marathon Jieun tadi dia tanpa sedar meninggalkan adiknya seorang diri di luar berperang.
Sementara Jiyeon berperang mengangkat beg, tiba-tiba seseorang datang membantunya mengangkat beg itu tangan kekar itu dengan pantas mengambil alih tugas Jiyeon.
Jiyeon menepuk perlahan bahu lelaki itu.
"Asahi.... terima kasih"katanya menggunakan bahasa isyarat lalu tersenyum.Asahi hanya mengangguk kecil tanda memahami.
Asahi. Hanya dia satu-satunya ahli kumpulan tersebut yang tidak pernah membiarkan Jiyeon duduk sendiri atau bercakap sendiri. Tangannya sentiasa membantu Jiyeon dimana dia memerlukan. Bahkan dia sanggup belajar bahasa isyarat ketika member lain tidak mahu berusaha untuk berkomunikasi dengan Jiyeon. Jihoon sendiri pun belajar darinya selepas mula bercinta dengan Jieun.
Jiyeon sentiasa perasan tiap gerak-gerinya itu dan tipulah kalau dikatakan dirinya tidak sedikit pun jatuh cinta dengan kelembutan seorang Asahi.
Hari pun telah menjelang ke petang dan semua orang mula melakukan aktiviti masing-masing.
Junkyu,Haruto,Jeongwoo, Junghwan sedang lena tidur di bilik mereka.Yoshi dan Hyunsuk sedang menyaksikan perlawanan bola di televisyen,Jieun dan Jihoon telah keluar menaiki basikal bersama-sama,dan Asahi,Jiyeon keluar membeli barang masakan untuk aktiviti memanggang daging untuk malam nanti dan Jaehyuk dan Doyoung duduk didapur menanti Asahi dan Jiyeon untuk kembali kerana nanti mereka bertiga yang ditugaskan untuk memasak.
Di supermarket.....
"Yeon-i rasa berapa banyak daging yang kita kena beli untuk diorang?"
"Dalam sepuluh paket kot. lepastu kita cari barang lain sekali" Jiyeon pun teruskan menolak troli yang makin berat akibat terlalu banyak daging yang diletakkan di dalam troli itu.
Maklumlah dalam kalangan member Treasure tu ada lembu🐮 yang suka makan banyak macam bela saka.
Melihat kesulitan Jiyeon menolak troli itu dengan pantas tangan Asahi membantunya. Melihat hal ini membuatkan ritma jantung Jiyeon semakin tak keruan.
Setelah selesai membeli semua barang keperluan serta timbunan ramyun mereka pulang ke resort
dan berjumpa dengan pasangan JiJi.Sedang mereka mengambil bahagian masing-masingbuntuk mengangkat barang tiba-tiba.....
PRAKKKK!....
Beg plastik yang terdapat ditangan Jiyeon kini habis robek akibat menampung beban yang terlampau.
"Lee jiyeon!,berapa kali kakak nak cakap! Hati-hati bila buat kerja tu.Haish budak ni!" Jieun menggelengkan kepalanya dan turut membantu mengangkat barang yang sudah bertaburan dilantai.
"Ala.. kakak jangan lah risau ek saya okay je"Jiyeon tertawa kecil.
Asahi pula lebih khuatir akan keadaan Jiyeon dan membantunya mengangkat semua barang sambil tersenyum manis kepada Jiyeon.
____________
Guysssssss sorry ada kesilapan so this part is supposed to be the second one lepas tu baru baca part 3
sorry sangat sebab tak perasan yang part ni tak publish lagi😭😭😭
YOU ARE READING
SILENT (TREASURE FF) [malay]
FanfictionDia bisu.... Dia tak mungkin dengar... Tapi layakkah dia dilayan sebegini rupa "Lee jiyeon,berapa kali kakak nak cakap! Hati-hati bila buat kerja tu.Haish budak ni!" Jieun. "Ala.. kakak jangan lah risau ek saya okay je"Jiyeon. Gadis ini bahas...