Bab 2 : POV Nina

212 8 0
                                    

Lampu dorm dibuka membuatkan aku terbangun daripada tidur yang tak berapa nak nyenyak. Nasib baiklah harini kelas tambahan je. Aku keluar mencapai tuala dan bergegas ke bilik air. Selesai sahaja, terus aku mengenakan pakaian batch bersama seluar slack yang tak seberapa rupa ni. Jam di dinding menunjukkan beberapa minit sebelum kelas bermula. Memang terlepas sarapan lah jawabnya. Beg dicapai, sandal disarung dan tudung dibetulkan. Aku menuju ke bawah dalam keadaan tergesa-gesa. Sampai sahaja di laluan gajah menyusur, pandangan aku terus tertumpu ke arah surau yang masih dipenuhi dengan batchmate. ' Lah, semua tak gerak lagi. Bazir tenaga aku je. ' Langkah berat diambil menuju ke arah kawan-kawan aku yang tidak jauh dari balai Protune.

" Hai kawanku yang cantik . " aku memulakan kata.

" Ya, nak apa ye awek kapten ? " sindir Atiqah.

Kadang-kadang dia ni tak sedar diri sebelum menyindir orang. Dah kena reject dengan tokoh sekolah pun still claim dia punya. Pelik lah aku dengan si sorang ni. Otak dah pandai dah, kelas depan pula tu. Tapi tulah, bodoh sebab cinta.

" Atleast dia tak kena reject teruk. Tak macam si sorang tu. " sindir Fazeela - yang merupakan Ketua Sekolah.

Satu kumpulan tergelak mendengar lawaknya. Bagi aku Fazeela ni rapat tapi macam tak rapat. Maybe sebab satu kelas ? Dia ni susah nak jangka pergi mana. Ketua Sekolah kan? Makin banyak kerja, makin banyak pressure. Dengan tiba-tiba diriku rasa seperti ditindih sesuatu di bahu. Fazeela sedang merehatkan lengannya di bahuku. Lantas aku memalingkan muka ke arahnya dan mengerutkan dahi. Tindakan diluar jangkaan sebenarnya.

" Daripada kita kumpul sini tak buat apa-apa. Baik kita gerak DP. Mana tahu cikgu dah sampai ? " tegur Ketua Sekolah lelaki - Imran. Memang habit dia kacau perempuan. Miang.

Dengar sahaja teguran itu. Terus kami bergegas ke dewan sambil berborak. Langkah yang diambil tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Mataku tertumpu ke arah matahari yang baru sahaja nak terbit. Gabungan warna sunrise membuatkan aku terasa tenang buat seketika.

___________________________________________________

Sebaik sahaja kelas sesi pagi tamat, semua murid berpusu-pusu keluar daripada dewan. Pelajar putera bersama dengan pelajar puteri yang boleh solat akan segera ke surau dahulu untuk menunaikan solat fardu Zohor. Sementara pelajar puteri yang lain dibenarkan untuk makan dahulu. Lauk yang dihidangkan pada hari ini agak nampak tidak menyelerakan. Aku terus menuju ke kaunter makanan untuk mengambil makanan. Aku mengambil tempat duduk, punggungku dilabuhkan. Aku menyisip sedikit air kosong sebelum makan.

Aku termenung sambil memikirkan baki kertas elektif yang perlu dijawab.

" Sekolah tak ada tips ke nak jawab paper elektif ni ? " soalku.

Jauh aku termenung, tiba-tiba Izzah datang dengan sepinggan nasi yang penuh dengan lauk yang disediakan dan melabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan aku. ' Lapar sangat kawan aku ni. '

" Termenung apa tu ? Macam dah sampai Australia je. " sindir Izzah.

Tuan Izzah, nama dah sedap dah. Tapi tulah, perangai tak kena nama. Buruk macam mana sekalipun, dialah yang selalu ada dengan aku waktu susah. Yang aku tak fahamnya, waktu aku senang dia hilang. Bukannya nak mempersoalkan kewujudan Izzah tapi dah memang macam tu.

" Aku tanya ni jawab lah. Palau orang tak baik tau. Kang aku palau kau balik, taulah. " marahnya.

" Mana ada, aku dengar je lah. By the way semua dah habis solat... "

Niat aku untuk bertanya terus terbatal apabila mendengar suara berpusu-pusu masuk ke dewan makan. ' Dah habis solatlah ni. ' Aku memandang Izzah yang sedang menumpukan perhatian ketika makan. Makin ramai kelibat terlihat daripada pintu masuk, semuanya berborak sambil berjalan. Ada yang sempat bergurau lagi. Itulah dia, batch kami. Batch Exultant. Perangai bermacam-macam jenis. Apa yang penting, masing-masing jaga hal masing-masing.

" Weh budak yang duduk sini lima hari tu datang bila ? " tanya seorang pelajar yang mengambil tempat duduk bersebelahan meja kami.

Soalan itu membuatkan aku dan Izzah bertentang mata antara satu sama lain. Izzah sempat tersenyum senget sebelum menyambung makan.

" Cikgu kata waktu Asar nanti. " jawab kawannya.

Apabila aku memalingkan muka ke arah mereka, kelibat yang sangatku kenal mula terlihat - Ifah dan Mirah.

" Dia duduk dorm mana ? Katanya optionnya dorm aku dengan Siantan 1 je yang tinggal. " soal Mirah.

Ya, tu yang aku selalu dengar. Budak yang digemparkan tu cuma ada dua dorm je nak tinggal. Sama ada dorm aku - Siantan 1 - ataupun dorm Teratai 2. Seeloknya aku tak nak budak tu masuk dorm aku tapi pada masa yang sama aku taknak dia rasa terpinggir dalam dorm MPM. Kalaulah dia masuk dorm aku, harapnya dia tak buat masalahlah.

" Aku pun dengar macam tu. Cikgu kata nak letakkan dia dekat dorm korang. Sebab MPM, jadi cikgu percayakan korang boleh study and at the same time beramah mesra. " jelas Ifah, Ketua Asrama puteri.

Bak kata orang, Ifah ni hampir sempurna. Baik, cantik, pandai, semua dia ada. Kelemahan ? Salah pilih kawan.

" Eee...asal budak tu kena masuk dorm aku. Kitorang nak study lah. Tahu-tahu kena layan budak. Nanti bazir masa kitorang kena tunjuk budak tu mana tandas, mana bilik gosok, semualah senang cerita. " luah Mirah.

Tulah sebabnya kenapa aku tak suka kroni Nilam. Or should we call 'The DLPies'. Budak je, apa yang susahnya ?

" Jangan risau sangat. Sebab cikgu bagitau yang budak tu sebenarnya student sini." jelas Ifah.

Kalau macam tu, baik kasi aku je yang jaga budak tu.

" So, tak payah risau sangat. Dia dah biasa dengan asrama. Tu sebab cikgu nak dia duduk dorm korang, sebab dorm asal dia memang aras dua. "
sambung Ifah.

Aku ternampak Mirah mengerutkan dahinya sebelum meminum air di dalam botol airnya. Izzah sudah pun memberi petanda dah habis makan. Aku terus berdiri dan berganjak daripada situ. Diikuti oleh Izzah yang menghabiskan dahulu air di dalam cawannya baru la bangun dari tempat duduknya.

___________________________________________________

Kelas petang sudah berakhir, beg yang terasa ringan terus aku sandang. ' Ya Allah, beratnya kaki aku nak balik dorm. ' Tanpa melengahkan masa, terus aku melangkah pulang ke asrama bersama-sama pelajar puteri yang lain. Izzah kata dia nak stay kat dewan kejap. Aku mengiyakan je karenah budak tu.

Dalam perjalanan pulang, bas hitam yang berlogokan lambang Majlis Sukan Sekolah Malaysia berhenti di Dataran Gemilang yang terletak di hadapan dewan makan. Berdasarkan aura bas hitam itu, dah boleh teka siapa yang datang.

" Iman ! Kau tak nak phone kau ke ? " soal seorang budak yang memakai sweater putih.

Budak yang nampaknya sudah selesai mengangkat barangnya ke bawah memalingkan badannya dah berlari ke arah bas. ' So, she's the little kid that gonna stay here for five days. ' Langkahku mula dipercepatkan untuk melihat muka budak itu. Malangnya, dia memakai topeng muka bertekstur kain yang bercorak seperti orang hendak pergi memancing dan dilengkapi dengan kaca mata hitam. Dia main sukan apa pun aku tak tahu. Yang penting sekarang ni aku nak naik dorm dan tidur. Sebaik sahaja aku melepasi pagar asrama, muka budak itu sudah kelihatan apabila dia membuka topeng mukanya. Macam pernah nampak.

" Eh, budak tu kan... "

ASPURI : The Junior [ OG ]Where stories live. Discover now