Seperti biasa, cuaca akan panas pada waktu tengah hari - tetapi kali ini, sangat luar biasa. Dan itu membuatkan aku ingin mandi setiap 30 minit. Belum sempat aku ingin membuka buku, nama ku dipanggil.
" Nina, Nak pinjam baju!" suara Syafiqah memenuhi ruang domitri. Nasib je dia sama dorm, kalau tidak, memang kena halau dengan penghuni yang lain. Harap saja badan kecil, tetapi suara macam cakap dengan 60 orang.
" What baju?" soal ku. Bagi salam pun tak ada, tahu-tahu minta baju. Alahai.
" The purple one. Nak matching ni." balasnya sebaik sahaja duduk di hujung katil ku.
" Hmm, ambiklah. Dalam loker." kataku tanpa memandang wajahnya.
" Oh yelah." katanya sebelum memandang ke arah ku. Aku membalas pandangan itu dengan riak wajah 'kenapa?'
" Budak yang tumpang teratai tu handsome lah." selorohnya. Oh, pasal Nik ke. Or, should i call her, Qal. Rasa pelik pula panggil Nik dengan gelaran itu. Mungkin sebab dah biasa aku panggil dia Nik, atau...
" Woi! Dengar tak aku cakap apa tadi?" lamunan ku terhenti. Aku menjelingnya sebelum menghadiahkan senyuman basi kepadanya.
" Malas aku nak layan kau ni." ujarnya sebelum beredar dari loker ku. 'Lah, kita pulak dipersalahkan.' Tapi kan, cakap pasal Qal, tertanya pula apa yang dia sedang lakukan. Lantas aku mencapai telefon bimbit di bawah bantal sebelum menekan ikon WhatsApp.
Busy ke?
Nak jumpa.Xyah gatal.
Gi study.Dah study. Bosan.
Studylah lagi.
Taknak.
Ikut akaklah.
Alah.
PleaseSetelah beberapa minit menunggu, mesej ku masih dibiarkan tidak berbalas. Dry juga adik Haziq ni. Nasiblah abangnya tak se-dry ini. Cakap pasal Haziq, hubungan kami mula baik pada hari aku dan Nik tetidur di bilik study form 4. Haziq pula pergi hantar satu perenggan hanya untuk meminta maaf pasal kes haritu. Dengan rasa malas, aku hanya baca sekadar baca - tidak menghayati langsung. Jadi aku membuat keputusan untuk memberi Haziq peluang kedua - mungkin juga yang terakhir. Baik kan aku? Ting! Bunyi notifikasi membuatkan aku tersedar dari lamunan.
Fine
rn, tempat samarn tu apa?
Right Now.
Tanpa sedar, terdapat senyuman terukir dibibir ku. 'Comellah budak ni.'
_____________________________________
Sebaik sahaja pintu dikuak, kelibat Nik sudah kelihatan sedang duduk di atas sofa sambil menghadap telefon pintarnya. Aku menutup pintu dan dia masih dengan telefonnya. 'Aik dah pekak ke?' Aku berjalan ke arahnya secara perlahan dan melihat terdapat sesuatu di telinga nya. 'Lah, pakai airpod rupanya.' Baru sahaja ingin menerjahnya, dia terlebih dahulu memandang ku.
" Lambatlah." keluhnya dengan nada yang agak biadap. Pandai dah ya sekarang...
" Mana ada."
" Hmm, ikutlah. Nak apa suruh jumpa?"
"Akak nak kau."
YOU ARE READING
ASPURI : The Junior [ OG ]
Fiksi RemajaSepanjang lima tahun berada di Sekolah Berasrama Penuh, Nina tidak pernah lagi merasa dirinya begitu teruk. Sampailah suatu masa, dirinya diguna oleh ahli kelasnya sendiri yang menyebabkan dia sudah tidak percayakan lelaki kecuali teman lelakinya...