Bab 6 : POV Zahrin

147 7 0
                                    

24/5/2021 Sabtu
Padang Sri Semporna, Selangor

" Woi budak baru, nanti claim kasut kat aku! "

Aku mengangguk menandakan aku mendengar jeritan itu. Dia membalas senyuman yang baru sahaja aku berikan tadi. Idlan yang merupakan ayam tambatan pasukan kami meminjamkan kasutku hanya kerana tapak kasutnya sudah pecah. Alang-alang aku bawa lebih, jadi aku bagi dia meminjam kasut aku sementara menunggu dia membeli kasut baru.

" What's your name again? " soalnya.

" Zahrin. Just call me Rin. "

Dia mengangkat ibu jari kanannya dan tunjuk ke arahku. Aku membalas dengan senyuman dan terus bergerak ke surau.

Sebenarnya ini adalah pengalaman baru bagiku. Buat kali pertamanya, aku menyertai pasukan kebangsaan. Sebelum ini, hanya mampu bersaing di peringkat negeri sahaja atas kerana dasar pasukan. Nasib baik tahun ini, buat kali pertamanya Klang mendapat tempat ketiga dibawah kategori perempuan bawah 15 tahun. Jadi sebagai kapten pasukan Klang P15, aku terpilih menjadi wakil untuk mewakili pasukan negeri Selangor. Semakin tinggi peringkat, semakin susah jenis latihannya. Setiap petang, selalunya akan diadakan latihan ringan. Tetapi disebabkan hari ini ialah hari cuti - hujung minggu - jadi latihan pada waktu petang ditangguhkan. Sebaliknya kami akan membuat analisis permainan pihak lawan - tanpa jurulatih.

" So everyone dah ready? Should we start? " kata ketua pasukan - Nik Iman.

Selalunya sesi analisis akan dijalankan di Dewan Anggerik yang terletak di Pusat Sukan Daerah Sabak Bernam. Tapi harini kami terpaksa buat di dewan makan sekolah Nik sementara Dewan Anggerik diubah suai. Nik yang memakai baju hitam berlengan panjang tanpa corak itu menarik perhatianku.

Berdasarkan cerita yang aku dengar, Nik merupakan seorang pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) di Selangor. Akan tetapi, tempat dia menetap berada di Kelantan dan itu membuatkan aku memikir macam mana dia bertahan. Cikgu sekolah aku pernah bercerita pada aku, Nik sebenarnya pemain emas pilihan Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) sendiri. Bakatnya yang terlampau bagus membuatkan namanya semakin menaik dikalangan pemain softball.

Dia seorang yang agak pendiam tetapi ramah. Personalitinya lebih cenderung ke arah lelaki. Siapa sangka? Manusia yang hobinya suka menjeling orang ini menyimpan sifat ketampanan disebaliknya. Dan itu yang membuatkan aku semakin tertarik terhadap dirinya.

" So today, kita akan menganalisis Perak. Semua tahu Perak merupakan juara bertahan selama lima tahun berturut. Dan kita banyak mendapat tempat kedua hanya kerana diatasi oleh Perak. Berdasarkan Game-game yang sebelum ni, kita banyak kalah tipis dengan diorang. Which mean, kita still ada peluang nak menang. " terang Nik panjang lebar.

Aku pandang ke arah Nik tanpa faham satu benda pun yang cuba di sampaikan. Auranya yang lebih ke arah kelelakian itu membuatkan aku mengelamun memikirkan pasal masalah orientasi seksual yang aku hadapi sekarang ni. Walaupun sudah mendengar nasihat pakar, aku sendiri bingung - doktor kata aku lebih ke arah feminin tapi kalau tengok balik ciri-ciri orang yang aku suka, macam tidak. Contohnya seperti kelibat yang memakai hoodie berlengan panjang disebelahku - Idlan. Idlan merupakan tumpuan ramai sewaktu mula-mula kami berkumpul sebagai pemain negeri - aku jelah kot. Rambutnya yang dipotong style mullet membuatkan aku tertanya tentang identiti seksual aku sendiri. Aku ni bukan jenis yang betul-betul suka perempuan, or should i say lesbian. Tapi aku suka perempuan yang berperwatakan tomboy - macam Nik.

" Woi, Kisya tanya kau tu. " Idlan membuatkan khayalan ku terhenti. Aku memandang ke arah Kisya yang nampak seperti sudah lama memandangku.

" Aku tanya, kau suka main position apa? " soal Kisya.

ASPURI : The Junior [ OG ]Where stories live. Discover now