Sebaik sahaja bas memasuki simpang, terus aku terbangun dari tidur. Aku menyelak langsir dan terus ternampak bangunan yang sangat aku kenal. Aspuri. Ingatkan waktu cuti ni dapat juga aku elak daripada melihat bangunan jingga ni. Bas berhenti di dataran. Aku berdiri dan menyandang beg hitam yang berada disebelah kanan ku. Lihat keadaan di luar, nampaknya form 5 tak balik lagi. Bolehlah aku bersenang-senang dahulu di dorm lama - Melur 2 - sebelum kena pindah masuk ke dorm senior. Beg sandang terus ku bawa ke bawah bumbung yang berdekatan. Lambaian diberikan kepada penghuni yang masih lagi berada di dalam bas berwarna hitam itu. Belum sempat aku berpusing, namaku dipanggil.
" Iman ! Kau tak nak phone kau ke ? " tanya Kisya, penolong pasukan.
Sebenarnya tak dijangka langsung yang bakal membimbing pasukan kami adalah aku sendiri. Nama sahaja Nik Iman, tapi aku paling malas nak buat semua benda. Kena tunggu ada mood barulah aku buat. Kalau tak, memang tak jalan. Phone ditangan Kisya terus ku ambil dan memberi isyarat kepada dia supaya kembali ke bas. Sebaik sahaja dia memasuki bas, pintu bas ditutup rapat sebelum mereka bergerak. Tak sedih sangat sebab esok akan jumpa lagi. Sebaik sahaja kelibat bas tidak kelihatan, terus aku memusing badan ke arah pagar aspuri.
Dalam perjalanan ke dorm Melur 2, topeng muka aku buka dan diletakkan di dalam beg sandang. Panas dia tak terkata. Macam manalah aku boleh tahan kena sidai di bawah cahaya matahari dahulu. Semasa perjalanan, aku terserempak dengan senior yang baru sahaja hendak menaiki tangga. Dia sedang memandang ke arah aku. ' Asal? First time tengok junior ke? "
" Hai ! " aku melambai ke arahnya.
Akak tu masih lagi kaku di hadapan tangga hujung aspuri. Aku sedekahkan senyuman sebelum menyambung semula langkah ke arah tangga di bahagian tengah. Semoga rancangan aku berjalan lancar selama lima hari ni. Harapnya lah...
____________________________________________________
Selepas berulang-alik dari aras bumi ke aras 2, terus aku merebahkan badan di atas katil yang berdekatan. Sakit di badan mula menghilang sedikit, aku mengumpul tenaga dan kembali ke posisi duduk bersila. Tangan kanan aku merasa getaran. ' It's already 6pm, maybe i need to get ready. ' Dengan tenaga yang dikumpul, aku bangun dari katil dan bergerak ke bahagian tengah dorm di mana beg baju ku di letak. Aku membuka baju jersi yang ku pakai lalu mencampaknya ke bahagian penjuru katil pertama sebelum menyarung jersi lagi satu yang sudah aku pilih. Tiba-tiba pintu dorm diketuk, lantas aku terus menuju ke pintu selepas mengemas sedikit di bahagian tengah dorm.
" Waalaikumussalam. " sindir aku.
Pantang sebenarnya dengan orang yang datang tak bagi salam, lagi-lagi sesama Islam. Bagi aku, itu agak biadap.
Pintu dikuak, kelibat seorang akak kelihatan di depan pintu. Aku kenal akak ni.
" Awak ni Iman kan ? " soal kak Ifah.
" Nik Iman. " betulku.
Aku tak tahu, kenapa ramai sangat suka panggil aku Iman. Aku rasa Nik lagi gempak.
" I'm sorry. So, cikgu Farill dah bagitau ke awak akan tumpang dorm mana ?" soalnya.
Aku mengangguk. Sebenarnya, aku tak nak pun tinggal dengan akak-akak ni. Tapi sebab aku berseorangan. Memang taklah aku nak tidur sorang-sorang dalam dorm yang muat sembilan belas orang ni. Mana tau benda lain yang meneman.
" Form 5 semua dah balik. Akak sarankan awak masuk dorm sekarang. Biar senang akak-akak tu nak kenal awak. " terangnya.
Actually, aku paling tak suka sesi ' ice breaking '. Sangat membazir masa, satu. Kenal nanti bukannya nak ingat, lagi-lagi bila dengan senior. Aku mengangguk buat kali terakhir sebelum kak Ifah meninggalkan aku. Belum sempat aku menutup pintu, tiba-tiba kak Ifah bersuara,
YOU ARE READING
ASPURI : The Junior [ OG ]
Novela JuvenilSepanjang lima tahun berada di Sekolah Berasrama Penuh, Nina tidak pernah lagi merasa dirinya begitu teruk. Sampailah suatu masa, dirinya diguna oleh ahli kelasnya sendiri yang menyebabkan dia sudah tidak percayakan lelaki kecuali teman lelakinya...