Bangun saja daripada tidur, terus aku berlari ke tandas. Punca tak pergi tandas sebelum tidur, ini lah akibatnya. Bila dah selesai, terus aku balik dorm. Sambil aku pandang ke bawah, penampakan kelibat yang sedang menuju ke pagar asrama membuatkan rasa ingin tahu aku membara. Terus aku masuk ke dalam dan cepat-cepat mencapai baju sejuk di ampaian dorm. Kasut dipakai sebaik sahaja baju berhoodie disarung, lantas aku menuju ke tangga dan turun tanpa menghiraukan laluan yang gelap gelita.
Sampai sahaja ke aras bumi, pernampakan kelibat tadi sudah terlihat. Ia berada di dalam dewan makan bersama seorang lelaki yang agak biasa dilihat. ' Aik, dia buat apa kat situ? ' Kelibat Ajiq semakin terang di mata. Aku memberanikan diri dan melangkah menuju ke arah mereka, dewan makan yang gelap terus menjadi terang-benderang sebaik sahaja aku membuka suis lampu. Kedua-duanya terkejut melihat aku.
"Woy, buat apa?" sergah ku.
Ajiq yang tadi menghadap ke arah perempuan di hadapannya kini membelakanginya.
"Iman, Iman buat apa kat sini?" soalan dibalas soalan.
"Aku tanya kau, kau tanya aku balik ?"
" Ziq, who's she? " soal perempuan itu.
" Calm down please. Bagi saya terang dulu. " jelas Haziq.
" 'Saya' ? Jijik gila guna istilah tu. " gumamku.
"Excuse me, what did you say ?" soal perempuan tu lagi.
"Nothing, deaf." sindirku.
Mukanya berkerut apabila mendengar jawapan ku. Boleh tahan juga perempuan ni, cantik dan agak menawan. Tingginya pula, bolehlah - lagi tinggi daripada Haziq. Nampak gaya macam dia lah perempuan yang Haziq suka cerita tu - Nina. Banyak jugalah dia bagitahu pasal Nina ni. Salah satunya ialah yang dia terima perempuan tu sebab nak memulihkan kisah silamnya yang berpunca dari sekolah ni.
"Ni bukan budak yang tumpang aspuri tu ke ?" soalnya sambil menunding jari ke arah ku.
"Ya saya, ada masalah ke ?" sindirku lagi.
"Rileks. Iman diam, awak listen." jelas Haziq sambil memandang ke arah Nina.
"Actually Iman, ni perempuan abang."
"Ye, aku tau." potongku.
Haziq kata dia taknak panggil Nina 'awek' sebab nampak macam yang Nina tu murah and bukan taraf budak SBP. That's why dia guna istilah 'perempuan' instead of 'awek'. Muka Haziq menunjukkan reaksi 'menyampah' sebelum menyambung katanya,
"So, kitorang kat sini just nak discuss something. Tak ade kene mengena dengan kau."
"Tiga pagi ?" soalku.
"Ye, tiga pagi. Kau pun tahu yang kitorang tak boleh dating demi mengekalkan reputasi sekolah. That's why abang ajak Nina ke sini, dia pun kata dia bosan."
Aku mengangkat kening kananku tanpa teragak-agak. Haziq perasan lalu menyambung semula,
"Abang tak bodo la. Abang ada otak lagi."
"Iman tak cakap pon yang Ajiq nak buat benda tu." jelasku.
"Benda apa ni ?" soal Nina.
"Nothing, just a minsuderstanding situation." Terang Haziq.
Selepas itu, Haziq pusing menghadap ke arah Nina. Aku yang dibelakangi hanya merenung wajah wanita yang memakai tudung sarung hitam. Satu perasaan aneh mula muncul tapi aku hiraukan sebab tak dapat nak kenal pasti jenis apa. Haziq mengambil nafas sebelum berkata,
YOU ARE READING
ASPURI : The Junior [ OG ]
Teen FictionSepanjang lima tahun berada di Sekolah Berasrama Penuh, Nina tidak pernah lagi merasa dirinya begitu teruk. Sampailah suatu masa, dirinya diguna oleh ahli kelasnya sendiri yang menyebabkan dia sudah tidak percayakan lelaki kecuali teman lelakinya...