Bab 9 : POV Nik

90 10 0
                                    

Sebaik sahaja tiba di padang, kami terus memanaskan badan sambil menunggu pasukan lawan. Kali ini kami buat secara individu - masing-masing malas, nak buat macam mana kan.

" Woi, asal opponent lama sangat nak sampai? " sergah Idlan. Soalan itu cuma dibiarkan tanpa jawapan sehinggalah Idlan bersuara.

" How's the progress? " soalnya.

" Tak bergerak, langsung. Rasa malas pulak. "

" Iman yang aku kenal tak pernah cakap malas. Ni apa kes? " sindirnya yang membuatkan aku memandang ke arahnya.

" What? " soalnya.

" How about, aku ugut. Kalau tak jalan, kita main anjing dengan dia." selorohku

" Kau jangan macam-macam, Man. Tok Ma tak ajar pun kita boleh main anjing sesuka hati."

" Shut up, Idlan." potongku. Pak! Satu tapak tangan mendarat tepat dibahagian belakang kepala ku. Lantas aku terus memandang ke arah Idlan sambil menggosok bahagian yang telah dipukul tadi.

" Main ganas kau eh. Siapa ajar? "

" Kaulah bodoh! Siapa lagi? " jeritnya. Belum sempat aku ingin menumbuk kembar angkat ku itu, jurulatih yang sudah berdiri di tengah-tengah padang itu memanggil aku untuk menyerahkan batting order kepada pengadil perlawanan.

Perlawanan berjalan seperti biasa. Cuma kali ini kami sedikit tertinggal di belakang dengan perbezaan 3 mata pada pusingan pertama. Masuk sahaja pusingan kedua, kami akhirnya memotong pasukan dari pantai timur dengan skor 15 berbalas 10. Perlawanan terpaksa ditamatkan awal kerana faktor cuaca yang semakin gelap. Kalau ikut keseluruhan, perlawanan ni sama sahaja seperti perlawanan yang lain, cuma terdapat lebam di tangan akibat terkena bola yang dipukul.

Sebaik sahaja habis dibebel oleh jurulatih, kami semua berkemas dan menuju ke dalam bas. Kali ini giliran Kisya untuk menjaga barang - dan itu membuatkan aku sangat lega.

" Tangan kau tu, okay tak? " soalan pertama yang diajukan oleh Kisya sebaik sahaja dia memasuki bas.

" Tulah kau, aku dah kata pakai pad kat tangan. Kau taknak. "

" Alah, biarlah. Benda nak jadi, jadi je lah. " ujarku.

" Ikut kau lah. " katanya sebelum mengambil tempat di sebelah ku. Sebaik sahaja bas bergerak, suasana bas terus menjadi sunyi. Masing-masing dah penat - tidurlah, apa lagi kan?

" Nik, aku nak tanya sikit. " suara Kisya memecahkan suasana sunyi di dalam bas.

" Pasal Nia. Kau tau ke yang dia sebenarnya..."

" Shhh. Tidur, Kisya. Kau dah buat yang terbaik. " aku meletakkan ibu jariku ke atas bibirnya yang membuatkan mukanya berubah menjadi merah.

" Mende kau ni. " katanya sebelum berpaling ke arah bertentangan. Aku tergelak kecil sebelum memakai penutup mata yang bercorak kosong.

' Please, aku tak nak dengar nama tu lagi, Kisy. '

_____________________________________

" Nik, dah sampai asrama. " Kisya mengejutku. Dalam keadaan yang mamai, aku menggosok kedua-dua belah mata ku sebelum menyandang beg galas.

Turun sahaja dari bas, aku terus menaiki tangga dan menuju ke domitri yang ditumpang. Beg diletak di sebelah meja kopi yang terletak di hujung domitri. Jam ditangan ku lihat seketika.

ASPURI : The Junior [ OG ]Where stories live. Discover now