SUASANA pagi itu terasa suram dan muram. Langit Edinburgh juga masih lagi tidak berhenti mencurahkan air dari langit menyebabkan rasa sejuk mencengkam ke tulang hitam. Nasib baik ditubuh kecilnya dibaluti oleh jaket tebal yang dibeli semasa jualan murah di Mall berlangsung, dapat lah merasa pakai baju mahal walaupun harga diskaun. Disebabkan rasa sejuk di luar semakin ramailah pelanggan yang tak henti berkunjung menikmati hidangan air coklat panas di Café. Oh heaven!
Sudah pasti para pekerja terutamanya Rose Behzad tidak menang tangan. Sekurangnya dia tidak perlu berlarutan dalam emosi tentang kejadian semalam. Walaupun, terasa penat tapi senyumannya masih terukir diwajahnya. Bunyi loceng pintu menandakan pelanggan yang entah bilangan yang berapa datang lagi untuk menikmati Hot Chocolate serta untuk memanaskan badan yang kian membeku setelah berada diluar.
Seperti biasa, sebagai seorang pekerja yang professional Rose Behzad menyambut kedatangan dengan senyuman manis " Selamat Datang ke Café-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya seperti biasa , bibirnya yang tersenyum manis itu serta-merta pudar saat melihat susuk tubuh yang berdiri tegak dengan rambutnya yang kelihatan sedikit basah.
Reid Rayden.
Rose Behzad juga pegun seketika kerana tidak menyangka lelaki ini akan datang untuk menikmati salah satu hidangan di Cafe tempat dia bekerja. Mungkin hanya satu kebetulan saja sebab kebiasaanya kedai-kedai seperti Café selalu sentiasa dibanjiri oleh pelanggan dengan cuaca redup ini. Segera Rose Behzad mendapatkan managernya Madamme Jasmine untuk melayani lelaki itu. Rose Behzad akui hatinya masih lagi sakit lantaran kata-kata bisa semalam.
"Madamme, Maafkan saya, disana ada pelanggan yang baru sampai saya tak menang tangan nak uruskan pelanggan itu. Boleh Madamme assignkan pekerja lain untuk melayani pelanggan itu?"
"Okay, there's no problem at all. I will send him, Juliette to serve him. Continue your jobs dear and if you're tired don't force yourself, okay?" pesan Madamme Jasmine. Rose hanya mengangguk saja. Juliette, seorang warga tempatan di Scotland dan juga merupakan senior di Café itu. Wanita yang berumur lebih 30an. Masih belum berkahwin dan selalu saja suka mencari masalah dengan mana-mana pekerja tapi perangainya sangat teruk terutamanya dengan Rose Behzad.Entah kenapa, tapi rasanya mungkin senior itu menaruh hati pada majikannya, Noah.
Apa-apa pun, Rose tidak mahu masuk campur urusan itu selalu mengelak dari masalah itu. Dari jauh sudah nampak jelas senyuman sampai telinga wanita Scotland itu. Sudah masak benar akan perangai senior itu yang suka menggeletis dengan pelanggan kacak dan terpaksa tadah telinganya selepas waktu kerja nanti memuji kekacakan para pelanggan bersama juniornya, Lesa. Sudah terbiasa. Lantaklah, dia pun ada hati yang masih perlu dijaga dan Rose Behzad terus ke kaunter Café untuk melakukan apa yang patut. Tapi, wajahnya lagi bertambah kelat bila melihat tangan Julliette tidak segan silu mendarat di lengan Reid Rayden.
Terbakar rasa hatinya!
Tak lama kemudian, Rose Behzad disapa oleh majikannya, Noah.
"What's wrong with your face?" sambil mencuit mesra hidung mancung Rose yang kelihatan berkerut saja muka dari tadi. Dari awal tadi bukannya dia tak nampak perubahan muka pekerja terbaik itu sejak pelanggan lelaki kacak itu datang. Lagilah dia pelik bila tiba-tiba saja Rose memberitahu manager tentang pelanggan baru itu, Rose yang dia kenal kalau boleh dia akan memberikan layanan yang terbaik pada setiap pelanggan sebab itu para pelanggan tetap atau baru sangat senang dengannya.
Something fishy.
Namun, pertanyaan itu hanya disambut dengan gelak tawa Rose sambil mengatakan tiada apa yang berlaku. Ah gadis itu terlalu berahsia! Noah juga tidak buta menilai apabila anak mata biru jernih lelaki itu memandangnya tajam. Wah, adakah dia mempunyai saingan? Tapi apa-apa pun kalau telahannya benar jangan haraplah dia akan mengalah. Noah tersenyum sinis.
YOU ARE READING
Reid's: Her Eternal Love
RomanceAku hanya dikenali sebagai Rose Behzad. Tiada yang istimewa tentang aku. Sering ibaratkan sebagai halimunan seumur hidup aku terutamanya di mata lelaki.Hanya melalui kehidupan biasa yang membosankan yang melukakan hati. Tetapi, muncul sinar harapan...