Part 9

49 6 2
                                    

His pov >>>

Sejak kejadian gila oleh budak perempuan itu keluar dari hospital fikirannya bertambah kusut. Dimana budak perempuan itu tidak lagi mengekorinya kemana-mana saja seperti beberapa bulan yang lepas. Adakalanya Reid Rayden akui dia mula terasa tenang bila tidak terserempak ditempat kegemarannya lagi boleh lah dia bernafas seketika setelah lelah dengan ulah dunia yang satu itu. Dia rimas akan perangai perempuan itu yang suka menempel dengannya sejak pertemuan pertama kali diatas bas pelancongan. 

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan Reid Rayden terasa sesuatu yang hilang. Semenjak hari dimana dia terlanjur bicara memarahi budak perempuan itu sehingga hari ini mata birunya tidak lagi menangkap kelibat kecik molek budak perempuan itu. Tiada lagi yang mengekorinya di taman serta menempel dengan bising yapping budak perempuan itu. Kebiasaanya Reid Rayden hanya tidak mempedulikan budak perempuan itu sehingga budak perempuan itu kelelahan maka dia akan berputus asa untuk menganggunya. 

Aneh, sepatutnya Reid Rayden bergembira dengan ketiadaan budak perempuan yang sentiasa menganggu kententeramaannya tapi hati dia terasa pula tidak rasa tenteram. Mindanya kembali teringat akan kejadian di cafe baru-baru ini. Ipad itu diletakkan ditepi kemudian dia terjun didalam kolam renang yang luas itu. Dia berenang lama demi untuk menenangkan fikiranya yang kusut. Reid Rayden mengurut pelipisnya perlahan  namun fikirannya terus melayang. 

Tidak tahu pula Cafe L'Etoile Salon de Tea itu tempat budak perempuan itu bekerja sebagai pekerja sambilan seketika dia pegun seketika. Oh shit!  

Sebenarnya Reid Rayden mahu melarikan diri dari budak perempuan itu kerana dia tak sanggup melayan karenah gila perempuan itu ketika cuaca yang sejuk mencengkam hingga tulang hitam. Sempat lelaki kacukan itu perasan Rose Behzad juga pegun seketika kerana mungkin  menyangka lelaki ini akan datang untuk menikmati salah satu hidangan di Cafe tempat dia bekerja. Mungkin hanya satu kebetulan saja sebab kebiasaanya kedai-kedai seperti Café selalu sentiasa dibanjiri oleh pelanggan dengan cuaca redup ini dan Reid Rayden dia tiada pilihan lain selain cafe ini kerana kebiasaanya cafe-cafe lain jugak sudah dipenuhi oleh pelanggan-pelanggan pada cuaca sebegini. 

Nampak sangat lah apa yang diberitahu oleh budak perempuan itu langsung tidak dipedulikan olehnya. Demi Tuhan, hatinya terasa tercarik apabila senyuman manis lebar milik budak perempuan itu terhenti tersenyum padanya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke cafe itu. Wajahnya yang devilish handsome itu dikekalkan stoic. 

What is this childish attitude. Throwing tantrum? Sempat Reid Rayden mengomel seorang diri kerana dia agak terkesima dengan perangai baru budak perempuan itu. Rahangnya juga seakan mahu tanggal dari soket apabila Rose Behzad meninggalkannya sendirian dan membiarkan pelayan lain mengambil pesanannya?! Namun, dia turuti jugak pelayan wanita yang berumur 30an itu yang membawanya ke meja kosong berhadapan dengan budak perempuan itu sedang sibuk atau buat-buat sibuk.  Matanya tajam memerhati gerak-geri budak perempuan itu yang semakin menghilang disebalik kaunter depan. 

"What's wrong with your face?"  Ha.ha telingannya masih tidak pekak untuk mencuri mendengar perbualan mesra lelaki muda dengan budak perempuan itu disebalik kaunter tersebut. Sempat mata helangnya menangkap sekilas jari nakal milik lelaki itu mencuit mesra hidung mancung Rose yang kelihatan berkerut saja muka dari tadi. Namun, pertanyaan itu hanya disambut dengan gelak tawa Rose Behzad sambil mengatakan tiada apa yang berlaku. Ketawa itu  kedengaran terlalu manja di deria pendengaran Reid Rayden. 

Tak lama kemudian terdengar satu hentakkan kuat pada meja membuatkan semua orang terkejut dengan bunyi itu dan membuatkan semua orang turut berpaling pada meja yang berhadapan kaunter itu.

"Sorry my hand slipped," mudah saja lelaki itu, Reid Rayden menjawab bila semua mata pelanggan tertumpu padanya. Manakala, Juliette pelayan wanita yang berusia 30an yang dari tadi sedang mencuba memikat Reid Rayden juga terkejut dengan tingkah tidak terduga lelaki kacak itu.

Reid's: Her Eternal LoveWhere stories live. Discover now