BEBERAPA hari telah berlalu kecederaan yang dialami oleh Rose beransur pulih namun kedatangan individu yang doktor sebut tempoh hari tidak kunjung tiba. Rose melepaskan keluhan berat, dah namanya Reid Rayden memang tak lah lelaki kacukan itu mahu menjenguknya. Kata Doktor Mary Reid Rayden akan datang melawatnya tapi- tipulah kalau kata dia tak kecewa dengan sesiapa tiada cuba mencarinya lagi terkilan dengan ahli keluarganya. Mereka tak bimbang langsung ke? Tubir mata terasa hangat serta renungan dilemparkan di luar tingkap begitulah rutin hariannya sejak ditahan wad hospital itu.
Oh lupa dia kan halimunan. Mana orang tahu akan kewujudannya.
Susuk tubuh tinggi lampai doktor wanita muda itu selalu saja menghiasi ruang itu, namanya Doktor Mary. Dia selalu saja datang untuk memeriksa luka ditubuh kecil molek milik Rose. Walaupun luka-luka kecil itu tidak lah serius namun penjagaan rapi diberikan oleh doktor itu. Rose terasa lemas dengan dinding konkrit empat penjuru itu dengan kehadiran Reid Rayden yang tidak kunjung tiba. Dia memutuskan untuk berhenti menunggu dan pulang kerumah sewanya lagipun lukanya sudah sembuh, dirinya semakin sihat. Tak perlu terima rawatan lagi.
"Orang memang tak mahu buat apa nak terhegeh-hegeh," Omel Rose sambil menanggalkan pakaian hospital itu lalu menyarung kembali pakaian lamanya yang sedikit ada kesan koyakan insiden malam itu. Selesai merapikan rambut wavynya dia menuju ke pintu sebaik saja kaki kanannya melangkah dan berazam untuk melupakan semuanya tentang insiden buruk dan lelaki kacukan itu di hospital pelik ini.
"Ingat Rose, kau datang sini sebab study je jangan fikir benda lain." Berulang kali ayat itu diulang didalam hatinya untuk kekal rasional agar tak mudah hilang fokus lagi.
Mujur saja Rose Behzad arif tentang selok belok di Edinburgh jadi tidak menjadi satu masalah untuk dia berjalan kaki menuju ke rumah sewanya kerana buat masa sekarang tiada wang ditangannya. Berjalan kaki dilorong kedai-kedai kecil disekitar Edinburgh bagus juga sebab dia perlukan satu senaman setelah berkurung berhari-hari di wad pelik itu lagi pula dia perlu distraction atas apa yang berlaku.
Selang setengah kemudian, Rose Behzad terasa diperhatikan dari jauh tidak dia melajukan sedikit langkahnya. Dia fikir mungkin lelaki tua gatal yang memerhati dan tidak menoleh sedikitpun. Tapi dia semakin lajukan langkahnya semakin orang aneh itu melajukan juga langkahnya. Berjalan kaki dilorong-lorong kedai kecil adalah satu keputusan yang salah!
"Lelaki gatal mana mahu menyetan tengah hari rambang ni?" Sempat Rose bermonolog didalam hatinya. Rose mulai panik dan dengan pantas Rose berlari kearah orang ramai yang bersesak dibandar. Tercungap-cungap dia menarik nafas dalam lautan manusia Rose memberanikan diri untuk melihat si pelaku yang gatal itu. Dia cuma nampak sipi-sipi manusia berada dilorong salah satu kedai kecil itu kemudian menghilangkan diri bila Rose mula bercampur dengan orang ramai.
Baru saja Rose Behzad ingin menghirup nafas lega tiba-tiba lengannya terasa ditarik kuat, dek terlalu terkejut Rose Behzad menjerit kuat sehingga menimbulkan rasa curiga orang ramai disekitar itu.
"Lemme go!" Rose Behzad bergelut dengan entiti yang tidak dikenali tersebut namun rontaanya mereda apabila satu suara familiar menyapa deria pendengarannya.
"This me Noah, Rose. Oh Gosh, Where have you been?!" Suara Noah cukup kedengaran resah sebelum bertindak untuk merangkul tubuh kecil itu. Berapa banyaknya kerisauan akan gadis itu Tuhan saja tahu terasa lega apabila Rose Behzad kini berdiri dihadapannya. Rose agak terkaku dengan tindakan itu.
"Just now there's a man following me from behind. It's scary me, Noah." Ujar Rose sebaik saja Noah meleraikan pelukan.
"My bad young lady, I just worried you a lot. " Noah berdehem sedikit dan meminta maaf akan sikapnya yang terlepas laku sambil matanya melilau mencari lelaki yang dikatakan oleh Rose tadi namun tiada kelibat yang mencurigakan yang kelihatan.
YOU ARE READING
Reid's: Her Eternal Love
Storie d'amoreAku hanya dikenali sebagai Rose Behzad. Tiada yang istimewa tentang aku. Sering ibaratkan sebagai halimunan seumur hidup aku terutamanya di mata lelaki.Hanya melalui kehidupan biasa yang membosankan yang melukakan hati. Tetapi, muncul sinar harapan...