Bab 11

48 7 9
                                    

Gelanggang bawah tanah milik Reid Rayden adalah tempat di mana dia melepaskan tekanan dan berlatih martial art MMA. Di sini, di tengah-tengah suasana yang penuh dengan adrenalin dan semangat juang, Reid melatih tubuh dan mindanya untuk menjadi lebih kuat. Namun, di sebalik kerasnya latihan, ada satu sudut lembut yang sekarang sudah pandai di hatinya sering memikirkan Rose Behzad.

Hari itu, Reid sedang melakukan latihan intensif. Setiap pukulan, tendangan, dan gerakan yang dia lakukan memerlukan fokus dan kekuatan. Namun, di tengah-tengah latihan, fikiran Reid mula melayang kepada Rose. Dia teringat bagaimana Rose selalu berjaya mencuit hatinya dengan tingkah lakunya yang lucu dan manis. Sebenarnya perempuan itu tidak la terlalu teruk apa yang dia selalu sangkakan hanya kerana Rose Behzad yang dahulunya mencuba mendekatinya dulu.

Seorang rakan latihan tidak lain tidak bukan Javier mendekati Reid, melihat senyumannya yang tiba-tiba muncul di wajah yang biasanya serius.

 "Hey, Reid. Apa yang membuatkan kau tersenyum begitu lebar?"

 "Oh, nothing at all just remembering something sweet." Reid menggelengkan kepala sambil tersenyum lebih lebar.

"Sesuatu yang manis tu budak perempuan tu ke?" serkap Javier bersama sengihan mengusik.

"Shut up, Javier." Reid masih lagi malu-malu dengan wajahnya sengaja dikekalkan stoic. 

"Kau tak cuba mainkan dia bukan?" Soalan bagaikan peluru menebus hati Reid Rayden membuatkan dia berhenti dari memukul punching bag itu.

"What's make you think like that about me?" soal Reid dingin sambil mengesat peluh dengan tuala kecil yang tersangkut di bahu kekarnya. 

Reid adalah seorang yang penuh dengan misteri, sukar dibaca, dan sentiasa menyimpan perasaannya sendiri. Javier telah lama mengenali sejak kecil Reid dan tahu bahawa dia pernah mengalami kehilangan besar apabila bekas kekasihnya hilang tanpa jejak beberapa tahun yang lalu. Kehilangan itu meninggalkan luka mendalam dalam hati Reid, dan Javier bimbang kawan baiknya itu belum sepenuhnya pulih.

Javier mula merasa ragu-ragu. Apakah Reid benar-benar telah melepaskan kenangan perempuan itu Atau mungkinkah dia hanya menggunakan Rose untuk mengalihkan perhatiannya daripada kesakitan masa lalu? Javier tidak mahu Rose terluka jika perasaannya hanya sementara, atau lebih buruk lagi, jika Reid sebenarnya sedang merancang sesuatu yang tidak baik tanpa pengetahuan mereka.

Reid tersenyum tipis. "Javier, aku faham kebimbangan kau. Aku sendiri pun tidak pasti pada mulanya. Tapi Rose... dia buat aku rasa hidup kembali. Rose bukan pengganti dia, tapi Rose membawa cahaya baru dalam hidup aku."

"Bagaimana dengan dia? Kau tak rasa bersalah ke kalau kau cuba mulakan sesuatu yang baru dengan Rose?" Javier menyoal dengan jujur.

Reid menarik nafas panjang sebelum menjawab. "Aku akan sentiasa ingat dia, tapi aku tak boleh terus hidup dalam bayangan masa lalu. Rose bukan sekadar pelarian dari kesakitan, Rose adalah harapan baru untuk masa depan."

Javier mengangguk perlahan, masih ada sedikit kegusaran di hatinya. "Aku cuma tak nak kau atau Rose terluka. Aku harap kau jujur dengan perasaan kau sendiri."

Reid meletakkan tangannya di bahu Javier, memberikan sokongan. "Terima kasih, Javier. Aku hargai keprihatinan kau. Aku akan pastikan semuanya baik-baik saja."

Namun, di suatu sudut hatinya, Javier tetap berjaga-jaga, sedia untuk melindungi mereka yang dia sayangi jika masa lalu Reid kembali menghantui. Apa pun yang berlaku, dia akan sentiasa berada di sana untuk Reid dan Rose, kerana persahabatan dan cinta sejati tidak pernah mengenal batasan waktu atau rintangan. Terutamanya Rose yang berkemungkinan tidak sesuai akan dunia mereka. 

Javier tidak perlu tahu kerana tentang maklumat terbaru dia perolehi walaupun maklumat itu yang menghancurkan seluruh hatinya. Reid Rayden menelan air liur kerana sedikit sebanyak kegusaran Javier itu separuh tepat. Namun, dia perlu bijak dalam mengatasi rancangannya. 

Reid Rayden adalah seorang lelaki yang selama ini dihantui oleh kenangan masa lalu bersama bekas kekasihnya. Perempuan itu pernah menjadi segala-galanya buat Reid, tetapi segalanya hancur apabila perempuan itu meninggalkannya untuk bersama lelaki lain. Reid terperangkap dalam kesedihan dan dendam, cuba melupakan perempuan itu tetapi sering gagal. 

Demi Tuhan, Reid tidak lagi mahu menyebut nama perempuan yang telah membuat onar terhadapnya. Benci yang terlalu benci. 

Suatu hari, Reid mendapat tahu tentang lokasi persembunyian perempuan itu. Melalui beberapa kenalan dan penyelidikan peribadi LYCAN, dia mendapati perempuan itu tinggal di sebuah bandar kecil yang tenang bersama teman lelakinya yang baru. Reid mengetap bibir melihat lelaki yang bersama dengan perempuan yang sudah menghancurkan hidupnya dahulu. Sedikit sebanyak Reid merasa tergugah untuk melihat sendiri bagaimana kehidupan perempuan itu kini.

Dengan hati yang berdebar, Reid memandu ke bandar tersebut. Dia menunggu di sebuah kafe yang terletak tidak jauh dari rumah perempuan itu. Beberapa jam kemudian, dia melihat perempuan itu berjalan berpegangan tangan dengan Daniel. Mereka kelihatan sangat bahagia, senyum dan tawa menghiasi wajah mereka. Hati Reid berasa sakit, tetapi dia sedar bahawa perempuan itu  telah menemui kebahagiaan yang tulen, sesuatu yang dia tidak dapat berikan kepadanya dahulu.

Kekecewaan yang dirasakan Reid membuatkan dia semakin terdesak untuk melupakan perempuan itu. Di tengah-tengah kekeliruan dan kekosongan hatinya, Reid teringat akan Rose Behzad, seorang wanita yang sering dia temui di kafe serta budak perempuan yang mencuba mendekatinya yang sama. Rose adalah wanita yang baik dan penuh dengan keceriaan, sesuatu yang amat kontra dengan kesedihan yang menyelubungi Reid. Walaupun pada awal perkenalannya Reid kasar dan dingin akan budak perempuan itu namun sebenarnya dia tidak menolak kehadiran budak perempuan itu sehinggalah ayat yang meluncur dari mulutnya yang agak keterlaluan batas melukakan hati budak perempuan membuatkan Rose berjauhan dengannya. 

Baginya memikat seorang wanita itu tidak susah dengan pakej wajah yang tampan serta ayat manis semestinya wanita akan mudah mencair. 

Reid mula mendekati Rose dengan niat yang tidak jujur. Dia melihat Rose sebagai alat untuk melupakan perempuan itu, seseorang yang boleh mengisi kekosongan hatinya walaupun hanya sementara. Mungkin Rose Behzad itu sebenarnya cuma alat untuk mengurangi rasa kekosongan hatinya dan rancangan yang dia rancang ini perlu dilakukan dengan berhati-hati. Perlahan dan tertib supaya tiada sesiapa yang boleh menghidu akan rancangannya itu. 






Jeng jeng jeng....

Sampai hati Reid kan sobs. 

Reid's: Her Eternal LoveWhere stories live. Discover now