Part 15

33 4 2
                                    

Keesokan paginya, Rose terbangun dari tidur apabila merasakan nafas hangat yang menghembus wajahnya. Dia membuka matanya perlahan, namun terkejut melihat Reid yang masih dalam alam mimpi, terbaring di sebelahnya dengan dengkuran halus yang kedengaran. Raut wajahnya merah terang, seperti tomato yang masak.

"Aduh, malunya! Dah la semalam suka hati je peluk dia," desis Rose sambil wajahnya terasa membahang panas. Dia bingkas bangkit dari pembaringan, cuba menjauhkan sedikit jarak antara dirinya dan tubuh sasa Reid. Walaupun lelaki itu tidak mengambil kesempatan terhadapnya, namun rasa segan tetap menghantui hatinya.

Rose melangkah ke bilik mandi yang terletak dalam bilik tetamu mewah itu. Setelah mencuci muka, dia terkejut dengan refleksinya di cermin. Wajahnya kelihatan tidak terurus, dengan mata sembam dan rambut bersepah. "Buat malu saja," keluhnya sambil menyentuh pipinya yang masih merah.

Dia berusaha untuk merapikan diri, mencuci wajahnya dengan air sejuk bagi menghilangkan sembab, dan menyikat rambutnya agar kelihatan lebih kemas. Dalam hati, Rose berdoa agar Reid tidak bangun sebelum dia bersedia. Kenangan semalam kembali bermain di fikirannya; pelukan yang tidak dijangka dan rasa selamat yang mengikutinya. Momen itu membuatkan jantungnya berdegup laju setiap kali dia teringatkan. Hati jangan cari pasal!

Setelah merasakan dirinya cukup bersedia, Rose menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah keluar dari bilik mandi. Dia ingin berhadapan dengan Reid dengan cara yang lebih tenang, tanpa rasa segan yang melampau. Namun, saat dia melangkah keluar, dia mendapati Reid sudah pun terjaga, memandangnya dengan senyuman yang membuatkan hatinya bergetar.

"Selamat pagi, Rose," sapa Reid dengan suara yang serak, namun lembut. Yang baru bangun tidur itu. 

"Selamat pagi," jawab Rose sambil mengukir senyuman, cuba menghilangkan rasa malu yang masih tersisa.

"Muka kau...," Reid meneliti wajahnya, seolah-olah ingin menambah sesuatu, tetapi Rose segera memotong.

"Jangan, jangan cakap. Saya tahu saya nampak teruk," ujarnya sambil memegang pipinya, merasa sedikit defensif.

Reid hanya ketawa kecil, menggelengkan kepala. "You still look beautiful, even with a little mess," ucapnya, dengan nada ikhlas.

Mendengar kata-kata itu, wajah Rose semakin membahang. Dia tidak tahu sama ada ingin berterima kasih atau mengubah topik perbualan. Namun, dia memilih untuk tidak memanjangkan perbincangan tentang penampilannya.

"Jadi, apa rancangan kita hari ini?" tanya Rose, berusaha mengalih perhatian dari perasaan malunya.

Reid tersenyum lebar, menunjukkan ketulusan yang jarang dipamerkan. "Well, I thought we could go out for breakfast. You need something to fill your energy after yesterday, right?"

Rose mengangguk, walau dia masih meragu dengan situasi ini, tetapi di dalam hati, dia tahu bahawa dia perlukan Reid dalam hidupnya, tidak kira apa pun yang berlaku.

"Rose," katanya sambil mereka berjalan keluar dari rumah, "saya tahu keadaan kamu semalam bukanlah yang terbaik. Jadi, hari ini saya ingin membawa kamu keluar untuk sarapan. Kita akan cuba kembali kepada diri kita yang lebih baik."

Rose menoleh ke arah Reid, terkejut dengan keprihatinannya. "Tapi... saya tidak pasti saya sudah bersedia untuk keluar," dia mengaku, suaranya perlahan. "Saya rasa... banyak yang perlu saya hadapi."

Reid tersenyum lembut, menepuk bahunya dengan mesra. "Saya faham. Tapi kadang-kadang, satu perubahan kecil seperti sarapan di luar dapat membantu memulihkan semangat. Mari kita cuba, hanya untuk sekejap. Jika kamu tidak suka, kita boleh pulang."

Reid's: Her Eternal LoveWhere stories live. Discover now