BAB 1

10 0 0
                                    

"Roulli sepatutnya sudah pupus. Takkan ada satu pun penduduk Rataka yang dibiarkan berkeliaran begitu." Matanya mengintai Rathena yang sedang berlari-lari bersama Evander di taman bunga. 

"Tapi Roulli yang ada dengan Rathena, aku tak rasa dia sekadar Roulli biasa. Roulli yang kebiasaan kita tahu takkan jadi sebaik itu.

"Aku tidak kisah kalian berdua mahu menjaga Roulli tu selama mana. Tapi tolong jagakan Rathena. Kau faham kan maksud aku?" Nuca dan Noel bertukar pandangan sebelum Nuca mengangguk lemah

"Aku izinkan bukan kerana aku kasihankan kalian berdua." Noel menjeling tajam sebelum matanya kembali tertancap pada Evander pula. 

 Bergolek-golek makhluk kecil itu di atas tanah. "Mereka semua bodoh kerana singkirkan sebuah empayar hebat seperti Rataka. Jadi tak mustahil ini peluang untuk kita kembalikan Raja Delara yang dulu."

Tersengih saja Rathena melihat Evander terkedek-kedek berjalan ke arah katil. Si kecil itu lantas meloncat ke atas lalu berbaring mengiring di sebelah Rathena. Bebola matanya bersinar galak meskipun hari sudah malam

"Tak mahu tidur lagi ke?" Soal Rathena.

Evander menggeleng. Mulutnya ternganga kecil, menayangkan taring kuatnya. Menunjukkan dia masih bertenaga untuk bermain bersama Rathena lagi.

"Awak nak dengar cerita tentang Endola?"

 Evander angguk laju.

SUMPAHAN MERONG ASWADWhere stories live. Discover now