12

147 11 0
                                    

Asyraf menghantar aku pulang semula ke asrama. Oh ya, pasal keluar asrama. Dia kan anak penyumbang terbesar universiti ni, jadi suka hati mak bapak dia nak buat apa.

Sepanjang perjalanan aku mendiamkan diri. Tentang soalan tadi aku tak cakap apa-apa. Tak cakap ya, tak cakap tak.

Satu malam tu aku tak boleh tidur fikir pasal soalan tu. Aku bukan taknak berkawan semula dengan dia tapi untuk rapat macam dulu, memang susah sikit.

"Am, kau tak tidur ke semalam. Kau balik pukul berapa? Korang pergi mana? Mamat tu ada buat apa-apa ke kat kau?", bertubi-tubi soalan Aween tanya pada aku pagi tu. Siap goyang-goyang badan aku lagi.

"Ish, kau ni aku okay la. Tak pergi mana-mana pun. Sihat wal afiat lagi ni.", kata aku.

"Kenapa mata kau sembam?", tanya Aween lagi. Risau sangat dengan aku.

"Aku tak boleh tidur la semalam", terang aku jujur.

"Kenapa pulak? Kau ada masalah ke?", dia tanya lagi.

"Eh, dahlah kita dah lambat. Jom!", kata aku seraya menarik tangan Aween keluar dari bilik.

******************

P.O.V Asyraf

Aku masih menunggu mesej atau panggilan atau apa-apa saja yang berkaitan dengan Kalisya. Aku betul-betul berharap kami rapat semula.

Bagi aku, dia kawan baik aku yang tak ada siapa boleh ganti. Lagipun dengan dia je aku boleh jujur dan jadi diri aku. Sebab dia kenal aku.

Dia banyak berubah. Dia lebih pendiam. Dia lebih cenderung untuk duduk seorang diri sekarang.

Sebenarnya Kalisya ada seorang abang dulu. Tapi abang dia meninggal akibat accident kira-kira 10 tahun yang lepas.

Sejak itulah aku mula berkawan baik dengan dia. Arwah abang dia kawan baik aku sebelum dia meninggal dunia.

Aku dapat rasa kesedihan ditinggalkan orang yang rapat dengan kita. Mana tidaknya, sebelum ni elok je bersama ke hulu ke hilir dengan dia tapi bila dah tak ada doa saja mampu kita kirimkan.

Masa tu Kalisya nampak frust sangat. Aku cuba pujuk dia. Dia kata dia rasa sunyi bila abang dia tak ada. Jadi aku berkawanlah dengan dia.

Orang yang Kalisya selalu panggil kakak tu sebenarnya kakak angkat dia semasa di sekolah dia. Sejak aku pergi, dia hanya menumpang kasih pada Kak Fazura. Aku dapat tau ni pun dari Uncle Megat masa aku datang haritu.

Mungkin Kalisya terkilan sangat kerana satu-satunya kawan rapat dia pergi tanpa tinggalkan pesan. Jadi kerana itu aku nak tebus balik kesalahan aku.

"Hoi, kau kenapa Asy?!", Danish menepuk bahu aku sekaligus mematikan lamunan aku.

"Kau ni, terkejut aku. Bagilah salam dulu ke apa.", marah aku kepada Danish.

"Hai, nak kena bagi salam pulak. Sebelum ni tak ada pun. Kau ni pehal? Semacam je? Selalu aku tengok kau happy je. Asal ni?"

" Ish, sibuk ar. Tak ada kaitan dengan kau pon.", aku terus bermain dengan telefon. Danish pula malas nak layan aku memandangkan mood aku tak okay harini.

Tiba-tiba telefon aku vibrate menunjukkan ada mesej masuk. Aku slide skrin telefon pintar aku dan menampakkan mesej itu datangnya daripada Kalisya. Tuhan saja tahu betapa girangnya hati aku waktu itu.

Aku membaca mesej tersebut.

"Jumpa aku kat taman rekreasi pukul 5 petang ni, kalau kau tak sibuk la"

Kawan atau Kekasih?Where stories live. Discover now