13

128 12 0
                                    

P.O.V Kalisya

Selepas tamat saja kelas pagi tadi aku terus menghantar mesej kepada Asyraf mengatakan aku ingin berjumpa dengannya. Hati aku betul-betul tak tenteram. Dalam kelas tadi pun satu benda pun tak masuk.

Aku bukannya taknak terima dia jadi kawan aku balik. Aku nak cuma aku terkilan. Kenapa baru sekarang dia nak cari aku balik. Kenapa dia tak bagi aku khabar berita pun selama 5 tahun. Aku sedih.

*********************
Petang tu aku tunggu kat taman. Dia kata dia tak sibuk. Aku tunggu dalam 15 minit macam tu baru dia sampai. Bukan salah dia. Aku yang datang awal.

"Lama ke tunggu?", sampai- sampai je itu soalan pertama dia.

"Tak, kejap je. Duduklah.", aku memandang wajahnya yang persis muka mat saleh. Yalah, mak dia kan Australian.

Dia duduk menghadap aku. Dia tengok aku, aku tengok dia. Senyap je. Tak ada sepatah pun yang keluar dari mulut kami.

"Arr, kau nak cakap apa tadi?", dia membuka bicara apabila janggal terlalu lama membisu.

"Pasal... soalan kau haritu?", aku angguk.

"Erm...kenapa baru sekarang?", aku tanya cuba mendapatkan kepastian.

"Maksud?", dia tanya aku balik.

"Cari aku, kenapa sekarang?", kata aku.

"Erm... Kalisya, aku betul-betul minta maaf. Aku bukan tak nak jumpa kau sebelum pergi ke Australia dulu. Aku-"

"Itu bukan soalan aku.", aku memotong kata-katanya. Suara aku sedikit mendatar.

"Aku cari kau sejak setahun lepas lagi waktu aku balik ke Malaysia.", terang dia. Aku biarkan dia memberi penjelasan.

"Aku, pergi rumah lama kau. Tapi kau dah pindah. Aku cuba cari no telefon kau, alamat kau, sekolah kau, tapi tak jumpa.", tambah dia lagi. Oh ya, aku tukar no fon sebab frust sangat. Tapi kenapa dia tak call mama dan papa je.

"Aku cuba tanya ayah aku , tapi aku tak berkesempatan nak tanya sebab ayah aku sibuk dan aku pula di universiti. Aku hilang semua nombor sebab saya beli no baru kat Australia. Lagipun telefon dan kad sim saya hilang kat sana. Tapi saya ingat no awak. Saya cuba call tapi tak dapat-dapat.", tiba-tiba kata ganti nama kami bertukar dari aku-kau kepada saya-awak.

"Saya bukan tak nak jumpa awak dulu sebelum pergi Australia tapi saya pergi pun last minute. Sebab mak saya dah tenat masa tu dan kami takut tak sempat bertemu dengan dia.", mak dia dah meninggal? 5 tahun dan aku baru tau. What?!

"Arrr...sorry. Saya tak tau pun mak awak meninggal.", aku berkata-kata bila dia berhenti bercakap. Rasa bersalah menyelubungi diri.

"Tak apa. Benda dah berlaku.", kata dia seolah-olah pasrah. Aku faham sangat rasa apabila kehilangan orang tersayang. Apatah lagi dia yang kehilangan ibu ketika berumur 14 tahun.

Umur dia dan abang sepatutnya sama sekarang kalau arwah masih hidup. Beza umur aku dan abang setahun saja dengan aku.

"Jadi, mana awak tau rumah saya haritu?", aku menyoal apabila teringat tentang perkara tersebut.

"Dari ayah saya. Dia suruh saya pergi ke rumah kawan dia. Saya tak tahu tu rumah awak sampailah saya jumpa uncle."

"Oh...", aku membisu semula. Tak tahu nak cakap apa lagi.

"So, are we bestfriends now?", dia bertanya.

" I think so.", aku senyum. Dia pun tersenyum apabila mengetahui aku sudah memaafkannya.

Kawan atau Kekasih?Where stories live. Discover now