7

153 12 0
                                    

"Kau buat apa kat sini?", aku tanya dia. Terkejut barangkali sampai aku tanya soalan bodoh kat mamat psycho tu. Jelas-jelas mama dah kata tu tetamu dia.

"Eh, kau tu yang buat apa kat sini?", dia tanya aku balik.

"Suka hati akulah. Aku duduk sini. Kau tu, stalk aku ke apa?", boleh pulak aku tanya lagi. Aku kan tahu dia anak Datuk Ismadi. Mestilah dia ada urusan dengan papa.

"Kau orang gaji kat sini ke? Panggil tuan kau. Tak nak bagi aku masuk ke?", dia marah aku.

"Eh, masuklah. Saya panggilkan Tuan Megat ye?", kata aku. Buat ala-ala macam bibik pulak.

Dia terus menuju ke ruang tamu selepas aku menjemput dia duduk. Aku pula panggil papa di atas dan turun semula ke dapur.

Sewaktu aku membawa talam ke depan kerana mama suruh walaupun Mak Nah ada, papa dah pun turun dan bersembang dengan Asyraf.

" Jemput minum", kata aku kepada mereka berdua. Si Asyraf tu pulak tersengih-sengih tengok aku.

"Ni Asyraf. Kamu ingat lagi tak Kalisya? Anak uncle.", kata papa. Damn! Papa ni pergi cakap pulak.

"Ingat, mana dia Uncle?", tanya dia. Aku pulak dah berdebar-debar jantung.

"Eh, kamu ni. Ni la Kalisya. Dah besar panjang pun.", kata papa sambil merujuk kepada aku. Papa ni... tak pasal-pasal dia dah tau rahsia aku.

"Oh ye ke? Tak sangka pulak ye. Cantik pulak orangnya.", bwekk...nak muntah aku dengar dia cakap macam tu.

"Eh, Isya. Kamu kenal kan Asyraf?", papa tanya aku.

"Hurm, ingat papa. Mana boleh lupa dia ni. Haha.", kata aku seraya terus bangun.

"Eh, duduklah sini sembang-sembang. Lama tak jumpa kan?", kata-kata papa tu buat riak muka aku berubah. Yang si mamat psycho tu pulak tersengih-sengih macam kerang busuk!

" Tak apa la pa, Isya tak nak kacau. Lagipun nak sembang hal kerja kan?", kata aku cuba berdolak dalih.

"Oh ya, betul jugak. Tak apa. Lain kali aje ye. Kamu pun kena selalu datang sinilah.", kata papa. Aku pula terus naik ke atas. Berehat sekejap. Penat pulak.

Kawan atau Kekasih?Where stories live. Discover now