15

117 11 0
                                    

P.O.V Asyraf

Tak sangka plan aku dan Kalisya berjaya. Sejak pertemuan haritu, makin rapat hubungan Aween dan Danish. Tak tau pulak yang Danish tu boleh tersangkut dengan kawan si Kalisya tu.

Setahu aku Danish tu bukan senang nak berkenan pada seorang perempuan. Nampaknya Aween la orang yang bertuah tu. Sejak kenal Aween, Danish memang berubah habis. Tak ada nak kacau-kacau junior dah. Tak ada nak mengorat perempuan lawa dah.

Mungkin Danish rasa dah sampai seru. Hurm...aku ni bila pulak. Aku memandang wajah Kalisya yang sedang tekun bermain telefonnya. Aku amati raut wajahnya. Lama...

Wajahnya persis ibunya, Aunty Mila. Bersih, putih gebu. Tiada jerawat pun yang gatal-gatal nak hinggap. Pipinya putih kemerah-merahan. Aku tahu dia tak pakai make up sebab muka dia tak berubah sejak dulu.

Tudungnya sentiasa kemas, mengikut syarak. Sentiasa dipin elok-elok supaya rambut tidak kelihatan. Bibirnya yang mungkin dioles pelembap bibir kelihatan merah jambu. Matanya redup, cantik dipandang serba serbi.

Akhlaknya juga terjaga. Dia bukan jenis yang bergaul dengan sebarangan lelaki. Tuturnya sentiasa elok dengan perempuan tetapi agak kasar dengan lelaki. Mungkin tidak selesa. Aku kenal dia lama dan aku tahu dia tak pernah layan semua lelaki-lelaki yang meminatinya.

Ah, satu lagi. Perwatakannya yang tak suka menunjuk-nunjuk. Bajunya tak pernah over. Hanya sekadar mengikut keselesaannnya dan tuntutan agama. Aku juga tertarik dengan sikapnya yang sangat penyabar dan pemurah. Dia suka tolong orang. Dia juga tak pernah beritahu pada rakannya yang dia sebenarnya anak Tan Sri.

Bagi aku, dia mungkin mahu dirinya dikenali dan didekati kerana hati budinya. Itulah yang buat aku-

"Weh, kau kenapa Asy? Pandang aku macam apa je. Takut aku. Kau okay ke?", dia mematikan lamunanku dengan kata-katanya.

"Arr...aku? Aku okay...tak ada apa-apa.", kata aku sejurus terus memusingkan badan aku ke arah lain. Aduh, kau ni Asy! Jangan obvious sangat boleh tak!

**********************
P.O.V Kalisya

Aku bermain-main telefonku. Aku mula terasa janggal bila berdua-duaan di taman dan tidak bercakap sepatah apa pun.

Aku bermain-main dengan aplikasi di dalam telefonku. Mulanya saja-saja tapi tiba-tiba ada mesej masuk.

"Weh, Am. Kitorang dah datang tapi bila dah nampak korang tengah dating. Malas nak kacau." - Aween.

Aku membalas mesej tersebut, "Hoi! Dating mende? Cepatlah datang. Lama tunggu ni."

Satu lagi mesej masuk, kali ini bukan Aween.

"Am, kitorang ada je kat belakang korang. Kitorang nak dating. Jangan risau, Asy takkan buat apa-apa kat kau." - Danish.

Aku hanya membalas mesej tersebut dengan emoji smiley. Satu lagi mesej masuk. Depe ni berpakat ke apa?!

"Am, dari tadi Asy tu dok usya kau. Sembanglah dengan dia."- Aween.

Aku tidak membalas mesej tersebut sebaliknya hanya mencuri pandang Asy. Memang betul dia masih memandang aku. Sebenarnya dari tadi aku perasan tapi malas nak tegur. Bila Aween dah tegur ni...

"Weh, kau kenapa Asy? Pandang aku macam apa je. Takut aku. Kau okey ke?", aku mula berkata-kata. Wajahnya tiba-tiba berubah cemas tapi masih tersenyum.

"Arr... aku okay...tak ada apa-apa.", jawab dia seraya memusingkan badannya. Aku lihat dia mengetuk-ngetuk bangku di sisi kanannya. Walaupun dia menyembunyikannya, aku masih nampak. Kemudian dia mengeluh dan menghadap aku semula.

"Arr...Danish dengan Aween mana?", kata dia. Mungkin cuba untuk tidak rasa awkward. Oh ya, aku pun mesej Aween supaya segera datang. Entah mengapa hati aku berdebar-debar waktu itu.

Aween dan Danish pun datang menghampiri kami. Aku mula rasa selesa. Fuhh!

Kawan atau Kekasih?Where stories live. Discover now