4

201 15 0
                                    

Hari ni kuliah je satu hari suntuk. Gap pun sekejap je. Tak pasal-pasal terkejar-kejar. Mamat psycho tu macam biasa hobi dia kacau junior.

Tapi dia ada cara yang berbeza untuk kacau junior lelaki dan junior perempuan.

Junior lelaki. Dia akan suruh budak tu angkatkan barang-barang dia. Buatkan assignment dia. Suruh budak tu belikan air, makanan untuk dia. Dan mostly of them akan ikut je.

Junior perempuan. Dia akan goda budak tu. Bagi segala benda kat budak tu. Kononnya benda tu mahal but actually not. Dia akan bersama dengan mereka dalam tempoh waktu tertentu dan bila dia taknak dia akan dump je. Player kan?

The only thing I respect about him is, how sexy the girl would be. He would never touch them or did anything to the girl. Kalau minah tu yang melebih, dia akan tolak mentah-mentah je.

That is not the point. The point is...

"Kalisya Amira Binti Megat Kamil, sila hadir ke pejabat pengurusan sekarang. Terima kasih.", kedengaran bunyi pengumuman nama aku ke pejabat pengurusan.

Terkejut aku. Aku ada buat salah besar ke sampai nak panggil-panggil bagai. Atau...ada benda lain jadi? Aku melangkahkan sahaja kaki ke pejabat pengurusan secepat mungkin.

Sampai saja kat pintu pejabat, dari jauh aku dah nampak mamat psycho tu kat situ. Ikutkan hati nak je aku patah balik tapi memandangkan pejabat yang panggil aku jalan je masuk.

Aku terus ke kaunter dan bertanya.

"Err...Assalamualaikum, cik. Saya Kalisya, kenapa nama saya kena panggil tadi ya? Ada hal penting ke?"

"Oh ye. Encik Asyraf Amin nak berjumpa. Dia sedang tunggu di luar.", jawab gadis yang berada di belakang kaunter tersebut.

Dalam hati aku dah start menyumpah-nyumpah dah. Boleh pulak dia saja-saja panggil aku waktu kuliah.

Aku terus meluru keluar, aku lihat di tempat mamat psycho tadi bertenggek. Nak aje aku layang kaki kat muka dia tu. Tapi dia dah tak ada di situ. Mungkin sengaja nak tambah sakit hati aku.

Aku terus menuju ke dewan kuliah semula. Tapi semua orang dah keluar. Kelas dah habis. Ish... tambah geram aku dibuatnya.

Aku pergi ke arah Aween dan Az yang kelihatan baru keluar dari dewan dengan membawa barang-barang aku. Kami terus menuju ke kafe.

"Weh, kenapa kau kena panggil tadi? Ada prob ke?", kata Az yang tiba-tiba berkata-kata.

"Aah, Am. Kau okay ke? Dari tadi senyap je? Story la kat kami.", kata Aween pulak.

"Aku geram tau, geram!", bentak aku.

"Apa hal, kau geram dengan siapa?", tanya Az.

"Mamat psycho tu la! Tak habis-habis kacau aku. ", aku mula bercerita.

"Boleh pulak dia pergi panggil aku pergi pejabat pengurusan tapi taknak jumpa aku!  Sengaja buat aku sakit hati! Tapi...macam mana dia boleh buat macam tu ya?", aku meneguk air selepas penat bercakap.

"Ish, teruk gila mamat tu.", kata Az.

"Entah-entah dia syok kat kau kot weh!", Aween tiba-tiba cakap macam tu.

"Dah kenapa nak syok kat aku. Dia tu dah la player , buat apa nak syok kat aku? Awek keliling pinggang tu!", kata aku.

" Weh kau tau tak dia tu anak siapa?", Az tiba-tiba tanya.

"Kejadah pulak aku nak tau dia anak siapa? Lantaklah!", aku teguk air lagi.

"Dia anak Datuk Ismadi. Tu yang dia boleh panggil suka-suka hati tadi. Bapak dia penyumbang terbesar U ni!", kata-kata Aween buat aku tersedak.

"Weh kau ni dah kenapa?", tanya Az pelik.

"Aku okay cuma dia tu salahguna kuasa veto betul!", hakikatnya aku tersedak sebab aku kenal bapak dia!

Kawan atau Kekasih?Where stories live. Discover now