5

170 14 0
                                    

Sedar tak sedar dah cuti semester pun. Aku balik ke rumah. Mulanya aku nak naik bas je tapi kakak dah tercegat dulu dengan kereta dia.

Dia tau aku tak suka orang lain tau pasal aku tu yang dia datang ambil. Kalau Pak Mat, driver aku yang ambil nanti diorang tanya macam-macam pulak.

Aku balik ke rumah papa dan mama. Aku dah mula homesick dah pun. Nasib baik dah cuti. Aku tau balik-balik je nanti mesti mama tanya macam-macam. Risau sangat!

Malam tu mama diam je. Mungkin sebab papa bagi warning supaya malam ni tak payah kacau aku sebab aku baru balik. Tunggulah esok mesti macam-macam keluar dari mulut mama tu.

Lepas makan malam aku masuk bilik. Bukan untuk tidur tapi untuk berbalas mesej dengan kawan lama aku. Lama betul tak jumpa. Nak ajak keluar hujung minggu. Kalau diorang free boleh aku jumpa.

Selepas itu aku mengecaj semula telefon aku yang dah nak habis bateri. Kemudian aku keluar ke ruang tamu. Menonton televisyen bersama keluarga.

Kakak masih belum pulang ke rumahnya sebab hari dah senja. Suami dia tak benarkan kakak bawak kereta sorang-sorang malam-malam. Bahaya.

Nasib baik kakak bawak anak-anak dia sekali. Bolehlah aku main sekejap dengan diorang ni. Aku ni dah la suka budak-budak. Tambah-tambah lagi baby. Tapi anak kakak bukan baby lagi dah. Besar dah pun.

Sekarang tengah tunggu yang dalam perut kakak keluar. Lepas tu bolehlah main. Tak sabar betul. Sekarang dah 7 bulan. Lagi 2 bulan je lagi.

Masuk pukul 11 malam, semua dah pakat menguap. Aku pun masuklah tidur. Aku lihat mesej di telefon bimbit. Kata mereka, mereka tak sibuk. Jadi ada aktivitilah aku hujung minggu ni.

Kawan atau Kekasih?Where stories live. Discover now