part 38

22 4 0
                                    


" Good morning Mr. Antonio " sapa Profesor Malik. Auliya hanya mengikuti sahaja Profesor Malik dari belakang.

" Oh yes, good morning. " ujar lelaki berbadan tegap yang tingginya agak tinggi juga. Lebih kurang 191 cm ? Auliya pun baru 172 cm.

" Lass uns die Konversation fortsetzen. " sambung lelaki itu lagi. Mukanya agak budiman dan agak, berkarisma? Boleh lah. (Mari kita teruskan perbincangan/perbualan. )

" Mari kita teruskan perbincangan. " bisik Auliya pada telinga Profesor Malik.

" Oh, baiklah. Jadi begini, pihak universiti kami ingin membuat lawatan ke negara tuan, boleh tuan bantu kami mengesyorkan tempat yang terbaik di negara tuan? " ujar Profesor Malik tenang. Tangan disatukan. Bibir tak lekang dengan senyuman.

Encik Antonio hanya tersenyum memandang Auliya. Auliya hanya mengangguk dan terjemahkan dalam bahasa Jerman. Encik Antonio terpesona sedikit melihat Auliya yang langsung tak kekok dengan bahasa Jerman. Lancar sahaja.

" Oh, wenn das so ist, werde ich euch alle in mein Land führen und dann gehen wir zuerst zu meinem Hotel. Ich werde dafür sorgen, dass alle Studenten meinen Ort lieben. " ujar Encik Antonio tersenyum manis ke arah Auliya. (Oh, jika begitu saya akan membawa anda semua ke negara saya dan kemudian kita pergi ke hotel saya terlebih dahulu. Saya akan pastikan semua pelajar suka tempat saya.)

Auliya hanya tayang muka tak kisah sahaja. Kejap pandang ke arah luar tingkap. Kejap main dengan kuku. Kejap pandang ke arah cermin. Macam-macam dia buat supaya lelaki itu tak mengecam dia.

Encik Antonio masih kusyuk memandang wajah polos Auliya.

" Dia kata dia akan bawa kita ke hotel dia. " bisik Auliya pada Profesor Malik.

" Oh, baiklah. Jika tidak keberatan, mari saya tunjukkan Universiti kami. Pasti Encik Antonio suka juga akan tempat ini. "

" We want to show you around this university area. Willst du kommen ? " ujar Auliya menghulurkan tangannya ke arah Encik Antonio. Wajah Auliya beku. (Mahu ikut? )

Encik Antonio tersenyum. Angguk sekali dan terus bangun dari sofa. Auliya melangkah ke belakang tiga kali, memberi ruang pada Profesor Malik dan Encik Antonio untuk lalu. Kepala tidak tunduk ke bawah seperti biasanya pelajar memberi hormat. Kenapa Auliya kena buat semua tu?

" Jom Auliya. " ujar Profesor Malik.

" You guys go first. "

Profesor Malik angguk. Pintu utama dibuka untuk Encik Antonio, tetamu terhormat. Auliya hanya ikut dari belakang. Tak mahu jalan di sebelah Profesor Malik. Nanti kena cop pelajar kesayangan pula. Padahal tak pun. Lagi benci adalah. Nak jalan dengan orang tua gatal ni buat apa. Baik jalan dengan orang kanan aku ke, mommy daddy ke..

" Daydream? " soal Encik Antonio ramah.

Auliya tak beri sebarang respon. Nafas ditarik sedalam yang mampu. Perjalanan mereka hanya penuh dengan gelak tawa dari Profesor Malik yang tua dan Encik Antonio yang berkarisma. Ingatkan tua, tapi tidak. Mungkin dalam lingkungan 30 tahun ke atas sahaja.

" Alle Studentinnen hier sehen so hübsch, charmant und klug aus. Diese Universität führt die Studenten so gut. " puji Encik Antonio sambil melihat pelajar di setiap dewan kuliah. Ada yang bergurau senda. Ada yang berbual tak ingat dunia. Ada juga yang belajar. (Semua pelajar kelihatan begitu cantik, menawan dan pintar. Universiti ini memimpin pelajar dengan baik.)

Auliya seperti biasa, terjemahkan dalam bahasa melayu.

Profesor Malik tersenyum.

" Mari saya tunjuk pentas utama universiti kami. " ujar Profesor Malik berjalan pantas ke pintu berwarna hitam biru di hadapan mereka.

Her Personal Assistant (In Editing) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang