8.2 permulaan

153 10 4
                                    

First sudah lama mengenali Khaotung. Mereka sempat berteman ketika mereka masih kecil. Tetapi, setelah umur Khaotung berginjak 6 tahun, dia terpaksa mengikut mamanya tinggal di Jepun. Mamanya yang ingin further her study, tapi tidak sanggup berpisah dengan anaknya yang imut itu.

Kerana jarak umurnya dan Khaotung terbilang jauh, mulai timbul perasaan seolah olah dia perlu melindungi Khaotung. Melindungi dan memanjakan Khaotung. Setiap kali First memandang wajah imut itu, dia selalu berasa begitu.

Setelah Khaotung pergi, First sudah berumur 15 tahun. Sudah pasti dia sedih dan rindu akan Khaotung.

Mereka telah berpisah selama 13 tahun, 13 tahun tanpa khabar berita.

Setelah pulang ke rumah, First terus save nombor itu. Pada awalnya dia ragu ragu untuk memulakan perbualan tapi hatinya sudah meronta untuk menghantarkan pesanan.

Pada akhirnya, dia pun mengalah, mengikut kata hatinya.

—————————————————————-

Khao (future baby)

Hi
Is this Khaotung Thanawat?

—————————————————————

Setelah setengah jam First menunggu, masih tidak mendapat balasan. Mungkin kerana faktor perbezaan waktu Jepun dan Thailand yang ketara. Dia cuba menjernihkan fikirannya.

First sedang berada di atas kasurnya. Dia membuka laci yang berada di tepi kasurnya dan mengambil satu bingkai foto. Foto dia dan Khaotung ketika mereka masih kecil.

"Bagaiman rupa mu sekarang ya? Apa pipi mu masih gembul? Apa tinggi mu masih terbantut? Aku jadi tidak sabar mahu ketemu"

First pun tidur sambil memeluk bingkai itu. Sudah lama, dia tidak merasa teruja.

Hari demi hari berlalu, Khaotung masih lagi tidak menjawab pesanan yang di hantar First. Dia agak merasa kecewa.

Tapi pada suatu hari Mr Thanawat menelefonnya.

"First apa kamu sibuk Sabtu ini?"

"Hmm bergantung paman, kenapa?"

"Khaotung dan isteriku akan pulang pada hari itu, kam—"

"AKU BISA PAMAN!!!"

"bocah ini... Hahahaha apa kamu mahu ikut ku menjemput mereka?"

"Bisa paman!" Jawab First dengan bersemangat. Dia sudah tidak sabar mahu ketemu bidadari kecilnya.

"Baiklah, nak. Aku berfikir ingin membuat pesta kecil kecilan untuk meraikan ketibaan mereka, kamu boleh jemput ibu dan ayah mu, isteriku pasti senang bertemu mereka dan kamu pasti senang dapat bertemu anak manis ku" kata Mr Thanawat dengan kekehan di hujung ayatnya.

"Baiklah paman, aku akan mengabari mereka nanti" dan panggilan pun tertutup.

Hari Sabtu pun tiba.

First POV

Aku dan paman Thana tiba lebih awal daripada waktu yang sepatutnya mereka tiba. Kami sedang berbual ringan sementara menunggu mereka.

My dear Khaotung 🧸 (firstkhao)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang