3.2 heavy rain

296 20 1
                                    

Hujan masih turun dengan lebatnya. Jam menunjukkan pukul 10 malam ketika Khaotung terbangun dari tidurnya.

Sunyi.

"First??" Dia cuba memanggil kekasihnya beberapa kali namun sayangnya tiada sahutan. Dia pun bangkit dan cuba mencari first di dapur, dan sekitar ruang tamu. Tidak ada.

Dia pun membereskan bekas bekas makanan mereka dan menutup television yang masih menyala dari petang tadi.

Setelah itu, Khaotung naik ke tingkat atas untuk mencari pacarnya. Namun hampa, tidak ada. Dia membuka pintu kamar First yang gelap menandakam tiada sesiapa di situ.

Dia sedih sekali ditinggalkan sendirian. Lagi lagi dia  sendiri. Sudah dari kecil khaotung kerap ditinggalkan sendiri oleh papa dan mamanya kerana mereka berdua sibuk berkerja. Khaotung sering dititipkan kepada ibu Dewi untuk mengurangkan kesunyiaannya.

Dia berfikir ketika dia sudah punya pacar, dia tidak akan sendiri lagi. Namun dia silap. Dia ingin sekali pulang ke rumahnya kerana hampa berada sendirian di rumah besar First ini.

"Apa dia sengaja meninggalkan ku sendirian?"
"Tegar sekali.. seem like i am not that important for him to just at least let me know where was him"

Tanpa menghubungi First, Khaotung pulang ke rumahnya dengan menaiki taxi. Hujan masih turun dengan lebat.

—————

Jam sudah menunjukkan pukul 11:30 malam ketika First pulang. Dia tidak menyangka akan selama ini di pejabat dan sialnya phonenya mati. Dia terus bergegas menuju ke ruang tamu untuk melihat baby kecilnya.

Kosong.

"Baby???! Kamu di mana?" Panggil First.

First sudah mulai cemas dan mulai mencari khaotung ke segenap rumahnya. Namun hampa, khaotung tidak ada.

Dia pun mencuba menghubungi khaotung menggunakan phonenya yang sudah tercas sedikit battery.

"He didn't even bother to answer my call. My baby... where are you..?" First yang sudah mulai menyesal kerana meninggalkan khaotung sendirian tanpa pesan.

Dia pun terus membuka aplikasi GPS tracking di phonenya untuk melihat kemana perginya pacar lucunya itu. Dia diam diam menginstall aplikasi tracker di dalam phonenya khaotung supaya dia tidak pernah kehilangan jejak khaotungnya.

Dan apabila dia melihat location tersebut, ternyata Khao sudah kembali ke rumahnya yang berjarak kurang 10 km dari rumahnya.

Dia pun bergegas ke rumah khaotung.

Tanpa membuang masa dia masuk ke pintu utama rumah itu dengan menggunakan kunci spare yang sempat diberikan mama khaotung suatu ketika dulu. Lagi pula rumah khaotung sudah menjadi seperti rumah keduanya kerana dia sering menginap di sana ketika Khaotung tidak bisa berjumpanya.

Ketika dia masuk ke rumah, dia terus naik ke tingkat 2 di mana letaknya bilik tidur khaotung. Dia perlahan lahan membuka pintu dan mengintip suasana di dalam bilik itu.

Dan ternampaklah sosok Khaotung yang sedang tidur meringkuk di bawah selimutnya. First berjalan perlahan lahan mendekati katil tersebut dan dengan berhati hati menyelak blanket yang menutupi muka kekasihnya.

Pilu hati First apabila melihat wajah kekasihnya yang sembap. "Pasti dia menangis kerana aku meninggalkan dia begitu saja"

Dengan berhati hati dia pun naik ke katil atas katil itu dan memeluk kekasihnya itu. Dia meletakkan kepala khaotung ke atas dada bidangnya dan menarik pinggang khaotung untuk merapat supaya tiada jarak sedikitpun antara mereka.

Khaotung tersedar dari tidurnya dan melihat sosok First yang sedang erat memeluknya. Dia pun cuba menyingkirkan dirinya dari dakapan pacarnya itu. Tapi gagal kerana First yang lebih besar dan kuat darinya. Dia pun membalikkan dirinya kerena enggang melihat mukanya first

"Baby... pandang aku" bisik First pada telinganya.

Hening.

"Baby..."

Masih hening. Duh First tidak bisa begini. Dia tidak bisa kalau khaotung sudah mulai diam dan tidak merespond.

"Maafkan aku baby, aku tahu aku silap kerana meninggalkan mu sendirian di rumah. Tadi tiba tiba ada emergency di pejabat yang mana mengharuskan aku untuk pergi, aku tidak tegar membangunkan mu dan menyangka hal ini akan sebentar namun sialnya lama. Phone ku juga kehabisan battery. Aku ingin cepat cepat pulang ke rumah dan mendakap mu seperti ini" ucap First dengan nada sedih. Namun masih tidak mendapat respond apapun dari khaotung.

Dia pun mencium belakang tengkuk khaotung beberapa kali sebelum menarik paksa khaotung untuk membalikkan badannya menghadap First.

Dia dapat melihat beberapa titis air mata pacarnya mulai turun ke pipi. Dia mencium mata yang tertutup itu  sambil menyapu air matanya.

"Baby... jika mahu marah, marah saja. Pukul aku. Jangan diam begini..."

Lagi lagi khaotung hanya diam tapi kali ini dia merapatkan dirinya kepada First dan memeluknya. Meletakkan kepalanya kembali kepada dada bidang itu dan tanpa dia sedari dia tertidur. Tertidur kerana detak jantung first yang sering menjadi lullaby untuknya.

First hanya tersenyum dan menarik kembali blanket untuk menutupi kedua tubuh mereka. Tidak lupa untuk mengucup bibir khao sekilas sebelum turut berlayar ke lautan mimpi.

Dia harap babynya itu akan memaafkannya pada hari esok dan tidak mendiaminya lagi seperti sekarang. Dia rela mendengar ocehan konyol khaotung sepanjang hari daripada diabaikan.

Oh dia sangat rindu suara pacar kecilnya ini!!

My dear Khaotung 🧸 (firstkhao)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang