|A reason for existence.
And silence, like darkness, can be kind; it, too, is a language.
- Hanif Kureishi, IntimacyDia membuka matanya. Luas.
Keluhan berat dilepaskan. Dia mengangkat kepalanya untuk melihat jam digital yang menyala di hujung katil. Sekali lagi keluhan dilepaskan. Pukul 2.43 pagi, dia terbangun lagi entah buat kali keberapa. Dia kembali berbaring, menatap siling, memandang kipas yang berpusing ligat pada aras empat. Biliknya gelap gelita dan hanya jam digital sahaja yang bercahaya. Langsir disisi katil diselak. Dia berpaling menghadap tingkap untuk menatap langit yang kelam tanpa bintang itu. Kelihatan bulan bercahaya kelam disebalik lindungan awan-awan kelabu.
Keluhan dilepaskan lagi apabila matanya tidak dapat dilelapkan. Bukan dia tidak suka tidur, kalau boleh dia hendak tidur seumur hidup tidak bangun-bangun.
Tidak perlu menghadapi realiti, kehidupan dan yang paling penting, dia tidak perlu menghadap manusia. Dia tidak mengira kali keberapa dia melepaskan keluhan. Dia hanya membiarkan dirinya berbaring, memandang kosong ke langit kelam diluar tingkap. Memandang bulan yang bersembunyi.
Dia suka malam. Gelap dan sunyi. Sepi dan nyaman. Tiada gangguan. Dia boleh bersembunyi dan lari dari realiti hidup ketika waktu malam. Salah satu sebab dia suka tidur juga sebenarnya.
Apabila mata dipejam, hanya hitam yang kelihatan. Membuatkan dia lupa dengan kehidupan. Dia tidak pasti sejak bila perasaan suka akan kegelapan ini datang, tapi apa yang dia pasti, dia rasa tenang begini. Seorang, tanpa gangguan.
Namun, hakikat matahari itu sentiasa ada -siang dan malam, malah bulan pun sebenarnya memantulkan cahaya matahari, mungkin dunia sebenarnya tidak pernah pun ada malam.
Tapi, pada malam yang sepi beginilah, dia hilang perasaannya. Dia hilang sesuatu yang mengambil segalanya bersama-sama. Dia, pada hakikatnya, tidak mempunyai apa-apa.
Perlahan-lahan dia memejamkan mata. Mencari lena yang pergi. Kepala mula terasa berat apabila mengenangkan kembali memori itu. Dan dia sedaya upaya cuba lari, tidak mahu mengingati perkara itu. Bila memori itu cuba mencelah sebaik saja dia mula menggunakan otaknya untuk menarik perhatian supaya mudah tidur, memori itu pasti datang. Menghantuinya. Dan selama ini, benda yang selalu membantunya rasa tenang ialah sahabatnya. Satu-satunya sahabat yang dia sendiri tidak faham mengapa dan bagaimana manusia seperti itu boleh bertahan dengan orang sepertinya.
Dia pernah, dahulu ketika baru berkenalan, menolak sahabatnya itu agar tidak mendekatinya. Dia tidak mahu rapat dengan orang lain. Apa yang berlaku, sahabatnya itu tidak langsung berganjak pergi, malah sentiasa ada disisi, walau kemana pun dia pergi. Dia tidak rasa itu sesuatu perkara yang menjengkelkan walau pada mulanya adalah sedikit perasaan itu. Lama-kelamaan, kewujudan manusia itu seolah-olah menjemput dirinya sendiri untuk berada dalam kehidupannya. Tidak pernah cuba untuk pergi. Walaupun sekali. Dan akhirnya, dia membiarkan saja kerana dia rasa, hanya dengan adanya sahabatnya disisi, dia rasa dia wujud di dunia ini.
Dia kembali membuka mata apabila terasa sesuatu bergegar dibawah bantalnya. Nafas panjang dilepaskan lalu dia meraba bawah bantalnya untuk menarik keluar telefon bimbitnya. Panggilan itu dijawab, tetapi dia tidak bersuara.
"Nuh? Kau terbangun lagi?" suara serak-serak basah Is bertanya dihujung talian. Nuh tidak membalas. Dia hanya menarik nafas dalam.
"heh, lagi, ye? Macam nilah, kau selawat banyak-banyak, baca ayat kursi, tiga Qul tiup atas telapak tangan sapu kat muka. Allah bantu kautidur." Pesan Is.
Itulah yang selalu Is akan katakan apabila dia mendapat tahu Nuh terbangun dari tidur. Setiap kali sebelum pulang, itulah yang Is akan pesan. Nuh tidak kisah dan dia memang buat begitu setiap kali sebelum tidur walaupun kadangkala -selalunya- dia terlupa dan hanya membaca doa tidur sahaja -kalaupun dia teringat-.
"kau terbangun juga?" dia bertanya. Is jarang telefon pada waktu-waktu begini. Is selalunya masih tidur dengan lena seperti orang normal yang tidak bermasalah sepertinya.
Dia terdengar tawa perlahan Is. "kalau aku tengah lelap, tak ada aku telefon kau tengah malam buta. And unexpectedly you picked up this fast, I assume you can't sleep?" kata Is dengan nada yang lembut.
Nuh tidak membalas. Dia tidak tahu apa hendak cakap sebenarnya.
"get some sleep, Nuh. Kau perlukan tidur. Dekat sekolah kau selalu tidur, dan aku tak nak kau kena insomnia pula tiba-tiba. Tidurlah, ye?" pujuk Is lembut.
"Yeah, you too. Thanks." Katanya sepatah-sepatah. Boleh dia dengar tawa perlahan Is dari hujung talian sebelum talian diputuskan.
Dia buat apa yang dipesan oleh Is. Dan dia berterima kasih, kerana lena yang dicari tidak lari seperti tadi.
***
"boleh tidur tak malam tadi ?" tanya Is sebaik saja Nuh membuka pintu rumahnya.
Nuh tersenyum nipis dan mengangguk perlahan.
Pagi itu dingin, matahari sudah mula menunjukkan sinarnya untuk hari itu. Nuh berjalan disisi Is tanpa bersuara. Is pula tidak bercakap apa-apa seperti kebiasaannya.
Nuh mengerling sekilas kearah Is, air mukanya menyatakan dia sedang berfikir.
"Is ...," Nuh memanggil perlahan tanpa memandang wajah Is.
"hn...?"
Nuh menghentikan langkahnya. Dia mengangkat mukanya apabila dia pasti Is juga berhenti didepannya.
"Nuh? Kenapa ni?" soal Is, prihatin.
Dahi Nuh berkerut. Aku yang patut tanya kau soalan tu...
Is tiba-tiba tergelak kecil. "Kalau kau tanya aku okay atau tak, I am. Jangan risaulah." ujar Is.
"kau jarang terbangun malam macam tu." Nuh berkata perlahan, tidak dapat menerima kenyataan Is.
Is terdiam seketika. Dia mengedipkan matanya sekali lalu melepaskan nafas berat. Is menarik pergelangan tangan Nuh, mengajaknya untuk sambung berjalan. Nuh tidak membantah dan dia menunggu.
"mimpi tu datang lagi...," kata Is selepas lama membiarkan sepi mengisi ruang.
Nuh tidak mengangkat mukanya dari memandang pejalan kaki.
"aku nak tanya Umi, kalau aku pernah ada adik sebelum Naufal dan Natrah. Tapi aku tak tahu nak tanya macam mana. Aku takut susahkan diaorang, andaikata benda tu betul."
Is melepaskan nafas panjang. Tangannya masih tergenggam kemas di pergelangan tangan kanan Nuh.
"entahlah, Nuh. Aku rasa, bila cuti makin dekat, lagi tak sedap hati aku. Aku rasa macam akan ada benda terjadi. Tapi, aku sendiri tak tahu apa bendanya. Aku cuba husnu dzon, tapi kalau hati aku sendiri reject... Aku ... Aku takut sebenarnya..." sambung Is melepaskan genggamannya.
Nuh menoleh kesisinya, memandang wajah Is yang kelihatan gusar. Jangan risau... Kau fikir banyak sangat...
Tangan kiri Is dicapainya lalu digenggam kemas. It's gonna be alright. "It'll be fine...,"gumam Nuh perlahan.
Like you always said, in the end everything will be fine.
Is mengukirkan senyuman memandang wajah Nuh dari sisi. Dia turut membalas genggaman Nuh. "In syaa Allah...,"
Manusia sentiasa berharap , benda akan jadi lebih baik kalau orang lain sentiasa memahami. Tapi, manusia juga selalu lupa, dalam dunia ini tak ada makhluk yang sempurna. Setiap orang ada cacat celanya.
Kita sentiasa beharap agar satu hari kita akan berjumpa dengan orang yang mempunyai ciri-ciri yang kita inginkan. Tapi, kita selalu lupa untuk menjadi seperti apa yang kita sendiri harapkan. Orang seperti itu tidak akan wujud sehinggalah kita sendiri yang mewujudkan sifat itu dalam diri.
Namun, ada manusia-manusia bertuah, mereka ini telah berjumpa dengan orang yang menepati apa yang mereka inginkan. Sayangnya, mereka seringkali buta mata hati, kejar mencari yang lebih baik sedangkan yang sempurna, sepadan dengan diri sudah berada didepan mata.
YOU ARE READING
Raison de'tre (completed) [unedited]
Teen FictionA reason for existence. "We create to destroy," - Tariq Ahmad Hanafi