Dah hampir dua minggu, dan kesan lebam serta calar balar dibadan Nuh semakin jelas kelihatan. Mungkin sebab Nuh semakin pucat warna kulitnya dan setiap pagi dia takkan mampu untuk berjalan tanpa tergolek atas lantai. Badannya terlalu lemah dan suhu badannya masih belum kebah. Ada hari yang badan Nuh terdapat luka-luka kecil.
Zerith mengeluh perlahan. Seolah-olah sudah menjadi rutinnya untuk membantu Nuh setiap pagi. Bukan dia rasa berat hati, tapi rasa tak sedap hati yang mencengkam hatinya tak dapat diendahkan. Lagi-lagi betapa lambatnya demam Nuh hendak kebah walaupun sudah lebih dua minggu dia terlantar. Selalunya dengan ubat yang Dhuha berikan, proses penyembuhan telah pun dipercepatkan. Dan luka serta lebam yang terdapat di badan Nuh, mana pula datangnya?
"A... Adam." Suara Nuh halus walaupun serak-serak basah. Jarinya yang runcing menarik perlahan hujung lengan baju Zerith.
Tangan yang menarik selimut Nuh terhenti. Mata kelabu jernihnya memandang wajah lesu Nuh yang terpejam matanya. Perlahan-lahan mata Nuh dicelikkan beberapa kali.
"Zerith, kau... ingatkan aku pada Nabi Adam." Ujar Nuh perlahan antara dengar dengan tidak.
"Adam." Sebut Zerith perlahan.
Nuh memejamkan matanya kembali. Tak larat nak ditahan buka matanya. Sesekali dia terbatuk perlahan, peluh dingin menitik didahi. Zerith melepaskan nafas panjang, lalu mengelap dahi Nuh dan menolak rambut Nuh kebelakang.
"...ok? Nama tu..." Soal Nuh perlahan.
"Adam. Ok."
"Ok." Nuh melepaskan batuk lagi. Kali ini lebih kuat dari tadi. Dahinya berkerut dalam bila dia cuba menarik nafas panjang walaupun tersekat-sekat.
"Nuh..." Zerith segera menuang air kedalam gelas dan membantu Nuh minum. Nuh memegang lengannya erat seperti sedang memegang tali pergantungan nyawa.
Selepas reda batuk Nuh, dia bersandar dikepala katil, cuba menenangkan diri. Dia meleraikan cengkamannya dilengan Zerith seraya mendongak menghadap siling dengan mata tertutup.
"Maaf." Gumam Nuh rendah. Dia menurunkan tangannya keriba, tidak memandang Zerith.
Lama Zerith diam, menatap Nuh.
Selepas beberapa ketika, dia bersuara.
"Nuh."
Nuh tidak membalas.
"Ada apa-apa jadi pada Nuh, bila malam berlabuh?" Soalnya dengan berhati-hati.
Tubuh Nuh mengeras, tersentak dengan soalan Zerith. Namun, dia tidak menjawab.
"Nuh... Kalau ada apa-apa jadi, tolong beritahu pada kami. Pada- Adam." Lembut suara Zerith- Adam cuba memujuk Nuh.
"Tak." Nuh berbisik perlahan. Dahinya berkerut dalam.
"Nuh-"
"Tak ada apa." Nuh memotong, membuka mata setakat yang mampu. Ada emosi yang bermain disebalik mata hitamnya yang Zerith tak pasti apa.
"Just- tolong selamatkan Is." Pinta Nuh lemah. Lalu dia berbaring, walaupun masih menggigil, dia menarik selimut hingga menutupi separuh dari wajahnya. Lutut dibawa kedada dan dipeluk bersama selimut yang menyelubungi tubuhnya.
"Dia kelihatan tidak ubah seperti bayi. Nampak rapuh sampai rasa gerun andai disentuh. Takut nanti boleh hancur..."
"...yeah." Zerith mengangguk perlahan. Kepala Nuh diusap lembut, merasakan hangat tubuh Nuh yang masih belum surut.
Bila nafas Nuh sudah kembali sekata, menandakan dia sudah kembali lena.
Zerith berlalu keluar dari bilik. Aria tersenyum simpul memandang Zerith. "Kamu dapat nama."
YOU ARE READING
Raison de'tre (completed) [unedited]
Teen FictionA reason for existence. "We create to destroy," - Tariq Ahmad Hanafi