#19

54 0 0
                                    



"The caramel fudge orang nak datang tengah malam buta gini dengan hujannya macam taufan. Kepala dah tercabut fius ke apa..." Bebel Arwa menarik tudungnya yang disangkut belakang pintu.

Namun tudung sarungnya itu tersangkut dicangkuk membuatkan dia mendengus kuat lalu menyentap tudung hitam itu dari penyangkut kayu itu. Adalah satu keajaiban tudungnya tak terkoyak dan kayu itu tak pula patah. Tudungnya disarung kekepala sambil menutup pintu dibelakang dengan sebelah tangan.

Dia keluar dari biliknya, mata meliar memandang sekeliling dengan bantuan cahaya yang malap dikoridor. Dahinya berkerut apabila melihat pintu bilik Shuaib terkuak sedikit. Pelik. Sebab Shuaib jarang biarkan pintu biliknya macam tu. Dia bukannya orang short term memory. Nak kata lupa, mungkin dia lupa kut. Shuaib? Lupa? Pergh, sungguh tak padan dengan diri dia yang oh, aku lah yang paling genius dalam dunia ni and i love flowers and all its glory. Yep- macam tu.

Arwa tersengih sendiri. Seronok mengutuk Shuaib dalam hati dan terasa baik hati untuk menutup pintu bilik Shuaib. Tapi, bunyi loceng yang bergema dalam rumah tersebut sungguhlah menyakitkan hati.

"Mendape makhluk bertuah nak memalam buta ni?"Arwa segera mempercepatkan langkahnya menuruni anak tangga yang terasa macam turun dari pergunungan himalaya.

Langkahnya laju mendapatkan pintu utama. Tak hiraukan skrin disisi muka pintu yang menayang gerangan mana datang menyinggah pada pukul 2 pagi dengan ribut diluar sana dan hujan yang tersangat lebat membasahi bumi.

Sebaik pintu dibuka, mencerun matanya mencari siapa manusia yang menganggu tidurnya tengah malam begini. Kadang payah juga nak tengok orang dekat pagar yang macam seratus batu dari pintu rumah dan ditambah dengan kerabunan yang tinggi, memang dia nampak segala macam helang nampak ikan dalam air tawar. Mujur, sempat matanya menangkap kelibat seseorang yang berdiri tegak dengan pakaian hitam... Hitam? Malaikat maut apa pakai macam tu. Menyusahkan orang aje nak memandang tengah malam gini. Mau accident ke apa, kan malang tu tak berbau.

Arwa menggeleng kecil. Kalau dah mamai dengan grumpy gini, memang merapu kepala otaknya. Dan sesungguhnya dia tak berganjak dari tempatnya berdiri memandang terus kearah manusia itu. Tak tahu nak buat apa. Jarang untuk Arwa tak tahu menahu, tapi dia tak nak cari fasal dapat demam. Sekali dia demam, mau nak kebah kena tunggu setahun gamaknya. Tapi, manusia tu bawah hujan macam hujan batu ni, takkan nak biar gitu. Tak ke dia pengemis ke apa, tak dosa ke biarkan macam tu aje. Entah-entah dia susah ke, nak minta tolong anak kucing mati tak tahu buat apa, takkan nak biar kut.

Arwa, berhenti.

Dia mengingatkan dirinya.

Arwa memejamkan matanya, dahi berkerut dalam kemudian dia memicit batang hidungnya buat seketika. Entah macam mana dapat rasa panahan pandangan mata daripada gerangan bertuah tersebut walaupun jarak antara mereka jauhnya seribu batu nautika kot.

Dengan keluhan yang kuat, Arwa kembali masuk kedalam dan menarik sebatang payung lut sinar dengan corak daun berwarna hijau dari dalam pasu panjang belakang pintu kemudian menapak keluar. Lalu dia menyarung selipar flipper yang logonya gambar gajah comel aje ditali selipar itu. Payung tersebut ditolak buka.

Dia berjalan dengan pantas meredah hujan diluar, melalui jalan batu yang dibuat Shuaib sebab tak nak orang rosakkan rumput kesayangannya. Pagar yang dicat dengan warna logam kuprum itu dibuka sambil mata mencari manusia itu. Dia ada. Berdiri dengan bahunya jatuh. Kedua belah tangannya dalam poket kot waterproof transparent. Wajahnya dihadang dengan hood yang ada pada kot tersebut, tapi Arwa nampak matanya memandang Arwa.

"Assalamualaikum." Arwa menegur, menguatkan sedikit suaranya melawan bunyi guruh yang tiba-tiba berdentum kuat selepas kilat menyabung disebalik awanan hitam dilangit. Manusia itu tidak membalas.

Raison de'tre (completed) [unedited]Where stories live. Discover now