|A reason for existence
"I believe we are still so innocent. The species are still so innocent that a person who is apt to be murdered believes that the murderer, just before he puts the final wrench on his throat, will have enough compassion to give him one sweet cup of water."
--Maya Angelou***
"HaChM-!"
"Sini..."
"'Tis fi- HachM-!"
"Kau tak keringkan badan kau betul-betul tadi."
Nuh berhenti berjalan, mencerun memandang Is dengan ekor mata sedang sahabatnya meletakkan cardigan diatas bahu Nuh.
"Pakai elok-elok." Is menyuruh, memerhatikan Nuh. Nuh tak membalas, akur dengan suruhan Is. Menyarung kedua belah tangannya dalam sarung lengan cardigan Is yang agak besar dari tubuh Nuh. Fabrik cardigan tersebut agak hangat memandangkan Is yang memakainya sebentar tadi. Nuh mengeluh kecil dan mula berjalan kembali.
Dia membuang pandang kelaut, memandang bayangan bulan yang melengkuk diatas permukaan air. Angin bertiup membawa bayu.
"Pak Teh ada dirumah tadi. Somehow... Tadi... Aku tak nak jumpa dia." Kata Is, memecah sepi yang baru hendak berlabuh. Nuh melirik ekor mata untuk melihat wajah Is meskipun dari sisi. Dari intonasi suara Is, Nuh tahu dia rasa bersalah.
"Seeing him unsettles me..." Is mengeluh lagi. "So, aku pun bagi alasan nak jumpa kau. Nak kata aku tipu, tak, aku rasa... sebab memang aku rasa tak sedap hati pada masa yang sama."
Nuh mengangguk, menggaru hidungnya. Is mahu sentuh tentang keadaan Nuh tadi. "Apa jadi sebenarnya Nuh? Kalau kau nak-"
"Tadi." Nuh berhenti, pantas memotong kata-kata Is. Kerana dia memang nak beritahu Is. Is menatap muka Nuh buat seketika dan mengangguk. Ada senyuman halus dibibirnya, tapi Nuh sengaja abaikan.
"Aku tak tahu apa jadi. Bila aku masuk dalam bilik tu, macam- ada beban humban bahu aku. Lepastu dia datang. Macam-" Nuh terhenti. Menarik cardigan yang dipakai dalam tubuh. Nuh menggeleng kecil lantas melepaskan nafas panjang.
"Apa dia cakap, Nuh?"
Nuh diam, membuang pandang kelaut. "Dia kata..." Nuh menghentikan langkah, memejamkan mata buat seketika. Dia dapat rasa tangan Is diatas bahunya.
"Let me win..." Sambung Nuh, membuka matanya kembali dan berpaling pada Is. Is menurunkan tangannya. Angguk.
Mereka senyap buat seketika, menatap laut yang terhampar depan mata. Tak lama, sebelum Is kembali memecahkan sepi antara mereka.
"Jom balik." Ujar Is lembut, menggamit pada Nuh. Dia seperti mahu mengatakan sesuatu, tetapi dia memilih untuk mendiamkan diri. Tapi Nuh tak lagi bersuara, sekadar mengikut langkah Is disisinya. Tak mengendahkan rasa sejuk yang mula menggigit kulit. Sedikit sebanyak cardigan yang diberikan Is menghangatkan tubuhnya, walaupun Nuh tak nak mengaku.
Benda jadi...
I wonder what more awaits then...
"HacHm-!"
Nuh dapat rasa pandangan Is padanya yang mana Nuh menjeling sekilas, melepaskan tawa kecil dari Is.
"Kita kena cepat, malam pun dah larut... We need to warm you up."
***
Bila sampai dihadapan rumah, Nuh dan Is berbalas pandang. Kemudian Nuh menolak buka pintu pagar tersebut dan menjejak masuk ke halaman rumah. "Dah gelap... Tidur dah kut..." Ujar Is, menyuarakan apa dalam minda Nuh. Nuh mengangguk. "Mungkin."
YOU ARE READING
Raison de'tre (completed) [unedited]
Teen FictionA reason for existence. "We create to destroy," - Tariq Ahmad Hanafi