Daun pintu dikuak dari luar, dia terus meluru masuk mendapatkan Tariq.
Harap tak terlambat.
Wajah pucat lesi, dari tadi menyumpah seranah mengutuk diri sendiri sebab bagaimana mungkin dia boleh tak perasan?
Tariq berpaling, wajah kosong dari menatap kapsul dimana Nuh ditempatkan. Tariq hampir membuka mulut, tangan diturunkan dari berpeluk tubuh. Tetapi pantas Calvin memintas, memaut lengan Tariq. Mata Tariq ditenung cemas.
"Get him out of there." Suara agak keras, terdesak sebenarnya. Jantung berdegup laju, berulang kali mengucap harapan agar tiada apa yang berlaku pada pesakitnya.
"What? Why? He is-" Tariq tak sempat mengeluarkan pendapatnya, Calvin terus mendapatkan butang kawalan yang ada dibahagian kepala kapsul. Dia menekan butang yang sepatutnya, tak sampai sesaat pintu kapsul perlahan-lahan terbuka.
Jantung berdegup pantas, Calvin terkedu.
"Cal, kenapa? Wh-" nampaknya Tariq juga turut sama terkelu apabila melihat keadaan Nuh setelah kapsul selesai terbuka.
Seluruh tubuh Nuh pucat lesi, seperti tiada aliran darah pada tubuhnya dan terdapat bintikan kecil berwarna merah berserakan diserata kulit Nuh. Bibir Nuh membiru, mata Nuh membengkak.
"Shit- we have to get him out!" Cavin secara refleks mendapatkan Nuh diikuti Tariq dibelakang. Tetapi cukup Calvin seorang untuk mengangkat Nuh dalam tangannya kerana ringannya Nuh, seperti mengangkat guni kapas gamaknya.
"Is he breathing?" Dia menoleh pada Tariq, dahi berkerut gusar. Tariq memerhatikan kadar denyut nadi Nuh sebentar tadi pada skrin.
"Barely." Gumam Tariq, wajah merona merah. Ada amarah menyala disebalik matanya tetapi Calvin tak tahu apa yang dimarahkan. Hanya mampu berharap Tariq bukan memarahinya.
Calvin mengangguk sekali lantas meluru keluar dari bilik Re:g yang menempatkan Nuh kejap tadi. Tariq mengikut dari belakang.
"Kita tak boleh guna dos anti- yang biasa." Tariq mengingatkan, bimbang menyaluti ruang hatinya. Calvin senyap, cuba mengawal postur supaya tenang dan mengawal minda supaya kekal rasional dalam membuat keputusan. "We have something for him. Daripada Prof Nik. He kept it in an unused lab yang currently I yang manage. Not everyone knows 'bout it, and I have everything we need there." Ujar Calvin langkah deras menuju ke arah makmal yang nampaknya jauh daripada wad Re:g dan Wad biasa.
Malah makmal tersebut terletak disebalik Jabatan Holistik, mereka melalui beberapa siri lorong yang mempunyai banyak simpang. Apabila mereka sampai, makmal tersebut sudah pun menyala, dengan lampu putih kebiruan dan bau antiseptik meruap keudara.
"Just get in, she knows who you are." Ujar Calvin setelah dia melalui satu ruang masuk yang semacam mempunyai laser halus yang takkan nampak dek mata kasar andai tidak ditenung lama. Tariq tidak memberi komen untuk itu, dia sekadar menurut.
Calvin terus masuk kedalam sebuah bilik khas, disitu terdapat kapsul lutsinar dengan cecair berwarna biru cerah dengan sedikit indigo yang berkilat dibawah cahaya bagai beralun seperti ombak kecil memenuhi separuh kapsul tersebut. Ada sebuah tempat pembaringan ditengah-tengah kapsul, dimana Nuh ditempatkan.
Satu topeng oksigen dipakaikan pada Nuh sebelum kapsul ditutup kembali. Sebaik kapsul tertutup, serte merta asap berwarna putih salji memenuhi ruang. Apabila ia menghilang, putih digantikan biru, cecair tadi telah pun memenuh ruang kapsul dan Nuh terapung didalamnya. Mata dikalihkan pada skrin yang terlekat didinding, mula monitor keadaan Nuh.
Degup jantung pantas, menantikan sesuatau yang diharap menjadi. Tariq telah pun berada dihadapan skrin, menghidupkan apa yang patut sementara Calvin menguruskan Nuh tadi. Dan sekarang mereka sedang menunggu.
YOU ARE READING
Raison de'tre (completed) [unedited]
Teen FictionA reason for existence. "We create to destroy," - Tariq Ahmad Hanafi