1

20 0 0
                                    

"Aduuu potong mood betul lah kau ni , kau je lah buat apahal aku pula yang kena ?" Qayra tidak puas hati apabila dirinya dipaksa untuk menukar shift dengan Amira . Musuh ketat nya sejak dahulu lagi .

"Alah you ni nak minta tolong sikit pun susah ke ?" Nada suara nya naik seoktaf tanda dia juga sedang marah .

"Tak , sekarang ni apahal aku pula ? Banyak lagi orang lain kan . Aku busy lah" kecil besar kecil besar je dia memandang perempuan di depan nya sekarang ni .

Geram !

"Ishh you ni , berkira eh ?" Dijeling Qayra sekilas . Menyampah !

"Eh kau jeling jeling aku pehal eh ! Ni nak kena ni ."

Qayra menyinsing lengan baju nya ke atas tanda dia sudah bersiap sedia mahu memecahkan muka perempuan di hadapannya itu . Sakit betul hati dia !

"Arghh !" jerit Amira kuat .

"Hey ! Apa korang berdua bising ni ?" Jerit Haritz yang tiba-tiba mencelah .

Qayra memandang sekilas ke arah Haritz yang tiba-tiba datang sebagai penyelamat keadaan . Kalau Haritz tidak datang mungkin sudah pecah muka si Amira dikerjakan Qayra .

"Tak de ar perempuan ni ha nak suruh aku ganti shift dia malam ni . Hishh rasa nak pukul je dia ni"  omel Qayra .

"Alah pasal tu pun nak gaduh ke ?" Soal Haritz cuba menenangkan Qayra .

"Dah dah relaks ok ! Sekarang ni Amira kenapa kau suruh Qay ganti shift kau ?" Dia cuba untuk berlaku adil dengan kedua-dua belah pihak .

"I tak boleh malam ni ada hal nak kena uruskan , so I harap Qayra boleh tolong I . Takpe Qayra I ganti you pagi ni . Malam u ganti I ok ?" Pujuk Amira . Walaupun dalam hatinya sudah geram melihat perangai Qayra yang berloyar buruk itu .

"So Qay kau okey je kan ?" Pujuk Haritz . Harap sajalah si Qayra termakan dengan pujuk rayunya .

Qayra menjeling Haritz di depannya dengan pandangan yang sukar ditafsir kan .

"Kau tolong je lah eh si Amira ni eh Qay?"

Haritz cuba memujuk Qayra si hati batu ini . Haritz juga sudah sedia maklum akan perangai Qayra yang sedikit keras kepala .

"Ok fine ! Urghhh" jerit Qayra .

"Thanks Qayra" . Dalam hatinya bersyukur sangat Qayra sanggup menolongnya .

Amira menarik nafas kelegaan , apabila Qayra musuhnya sanggup menolong dia .

"Qay bukan Qayra ! Berapa kali aku nak ulang". Dijeling Amira di hadapan nya .

Geram betul dirinya , apabila ada yang memanggil nya Qayra bukan Qay .

"Opss lupa sorry lah I rasa tak best lah nak guna nama Qay tu sebab nama tu  tomboy sangat" tutur Amira sambil memintal hujung rambutnya .

Gedik!

Qayra cuba menahan dirinya dari menumbuk muka perempuan di hadapannya ini . Kalau diikutkan hati mungkin sudah lunyai Amira dibuat nya . Tetapi melihatkan Haritz di sebelah nya dia membatalkan sahaja hasrat nya itu .

"Dah ar aku balik dulu kan petang kang aku datang balik ganti shift kau . Bye Haritz chauu lu !" jeling Qayra kepada Amira seblom dia berlalu pergi .

...

Sedang dia berjalan keluar dari Cafe sambil bersiul tiba-tiba telefon nya berdering minta diangkat .

Qayra melihat nama si pemanggil sebelum dia mengangkat telefon tersebut . Keningnya berkerut . Mengapakah ibunya menelefon nya waktu sebegini ? Ada hal penting ke ?

SisBro Pilihanku !Where stories live. Discover now