Hazeeq yang baru balik dari tempat kerja melangkah masuk dengan langkah yang longlai . Dia sudah keletihan , memandangkan jadual nya hari ini sangat padat . Ketika baru melangkah dia disapa dengan suara seseorang .
"Uncle Aden !" Budak kecil itu berjalan terkedek-kedek menuju ke arah Hazeeq .
Hazeeq terkejut dengan kehadiran anak buah kesayangannya Aryan Mikael . Aryan Mikael terus mendapatkan nya dan memeluk kaki panjangnya itu.
Tidak menunggu lama Hazeeq terus mengangkat tubuh kecil budak lelaki itu . Dia menggomol pipi Aryan sepuas puasnya . Siapa suruh comel sangat !
"Geli la Uncle Aden hihihi" Aryan tergelak kerana kegelian dengan perbuatan pakciknya itu .
"Bila Aryan sampai ? Uncle tak tahu pun Aryan nak datang . Papa Aryan pun tak bagitahu Uncle" jujur dia katakan dia terkejut dengan kehadiran anak buahnya di rumah itu .
Aryan yang baru ingin membuka mulut terbantut apabila kata-katanya dicantas oleh papanya .
"Baru je sampai tadi" Hareeq Zeedan menjawab tanpa sebarang riak di wajahnya .
Hareeq Zeedan merupakan abang sulung kepada Hazeeq Hayden . Abangnya itu sangat jarang pulang ke rumah ibu bapa mereka memandangkan dia sudah berkahwin dan sudah mempunyai seorang cahaya mata bernama Aryan Mikael yang berusia 4 tahun . Ditambah pula dengan dia yang sibuk mengurus syarikat miliknya . Lagi lah membuatkan dia jarang menjenguk ke rumah keluarganya itu .
"Awat tak bagitahu , kalau tak aku boleh beli macam-macam untuk Aryan" dia mencubit pipi Aryan . Aryan yang berada di dukungan Hazeeq hanya diam .
Zeedan hanya memerhatikan gelagat anaknya dan adiknya itu . Tiap kali pulang ke rumah ibu bapanya Aryan pasti mencari Hazeeq pakcik kesayangannya . Dia pun sudah keliru , siapa bapa kepada Aryan sebenarnya ?
Aryan yang mendengar ucapan Uncle kesayangannya terus cepat cepat dia bersuara . Dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada bila bersama dengan pakciknya itu . Dengan pakciknya sahaja dia dapat apa yang dia inginkan . Kalau dengan papa ? Jangan harap !
"Uncle betul ke nak belikan macam macam untuk Aryan?" Dia memegang kedua belah pipi Hazeeq dengan nada yang tidak percaya .
Hazeeq hanya menggangguk . Untuk Aryan dia sanggup buat apa sahaja .
Aryan menjerit kegirangan sebelum meminta Hazeeq menurunkannya dari dukungan . Kemudian dia terus berlari ke arah papanya ingin meminta persetujuan untuk dia keluar bersama Hazeeq .
Hazeeq Hayden hanya melihat pemergian anak buahnya yang jalan terkedek-kedek menuju ke arah papanya .
Setelah mendapat keizinan mereka berdua cepat-cepat keluar dari rumah dan menuju ke kereta Hazeeq .
...
Puan Milia yang sedari tadi sibuk berperang di dapur menyiapkan minum petang dibantu oleh menantu sulungnya Humaira , kini muncul bersama kuih apam dan pisang goreng di tangan .
Humaira menyiapkan hidangan minum petang di atas meja sementara Puan Milia pergi memanggil suami dan anaknya untuk minum petang bersama .
Puan Milia berjalan menghampiri suaminya Tuan Jefry yang sedang duduk di sofa sambil ralit membaca surat khabar .
"Abang" Puan Milia menyapa lembut suaminya itu .
Tuan Jefry yang mendengar sapaan dari isterinya terus melipat surat khabar yang dibaca dan diletakkan di atas meja kopi di hadapannya . Kemudian dia menjatuhkan cermin mata sebelum memandang raut wajah isterinya itu .
"Jom bang kita minum petang , hah mana anak abang berdua tu ? Dari tadi tak nampak pun batang hidung" dia tercari cari kelibat anak bujang nya itu .
"Zeedan ada kat atas mandi katanya . Yang seorang lagi tu tak padan dengan baru balik kerja terus aje bawa cucu saya tu keluar pergi mana pun saya tak tahu la" .
YOU ARE READING
SisBro Pilihanku !
Random[ONGOING] "They hate each other." ... "No , they don't . Not really." Hazeeq Hayden X Qayra Qiestiena Start : 5 May 2024 Finish : ©️All Right Reserved