6

1 0 0
                                    

Haritz yang sedari tadi melihat kelibat Qayra yang sedang termenung jauh dipandang dengan gelengan kecil . Bukannya nak buat kerja , curi tulang adalah ! Tidak tahu la apa yang difikirkan oleh Qayra tika ini . Kemudian perlahan lahan dia mendekati Qayra . Haritz berjalan perlahan dan berdiri di samping Qayra .

Qayra hanya melihat Haritz yang berada di sebelahnya . Dia tiada mood mahu melayan sesiapa pada masa ini .

Haritz menggosok lehernya sebelum bersuara kepada Qayra . Dia teringat akan lelaki semalam yang tiba-tiba datang dan mencari Qayra . Tanpa berfikir panjang terus dia menghentam Qayra dengan soalan yang boleh menghentikan lamunan Qayra .

"Qayra kau dah ada someone ke ?" Haritz cuba bertanya . Mana lah tahu apa yang difikirkan olehnya semalam betul lelaki itu ialah kekasih Qayra .

Qayra sedikit tersentak dengan soalan yang diajukan oleh Haritz itu . Qayra kemudiannya memandang Haritz dengan pandangan yang sangat mendalam . Dia berasa agak pelik .

"Kau dah kenapa tanya soalan bodoh macamtu ?!" .

"Bodoh apanya ? Soalan normal je kut !" Haritz mendengus geram . Ada ke patut Qayra berkata begitu kepadanya .

"Kau tengok muka aku macam ada masa ke nak bercinta ni ?" Dia mencerlung ke arah Haritz .

Haritz menggulingkan anak matanya ke atas sebelum bertanya soalan yang seterusnya .

"Haih kau tak minat lelaki ke ?" Mendatar saja suaranya . Sepanjang dia berkawan dengan Qayra tidak pernah lagi dia melihat Qayra tertarik dengan mana mana lelaki dalam hidup nya .

"Tak !"

Haritz sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan Qayra .

"Omg ! Jadi kau lesbian ke?!" Apalah nasib dia dapat kawan spesies seperti Qayra .

"Kepala bapak kau ?!" Qayra memukul perlahan kepala Haritz .

"Ye ke ni ? Aku tengok kau macam suka test perempuan je . Aku selalu nampak tau Qayra asal perempuan cantik je kau kenyit kenyit mata pandang diaorang" Haritz cuba mengenakan Qayra .

Jelas kini muka Qayra sedang merah menahan malu apabila Haritz berkata sebegitu . Sebenarnya benarlah apa yang dikatakan Haritz itu . Tapi dia tidak menyangka Haritz perasan akan perbuatan nya itu .

"Diam lah kau !" .

"Kenapa kau tanya pasal ni tiba-tiba ?" Qayra bertanya semula apabila dia merasa pertanyaan Haritz itu tadi terlalu drastik .

Haritz melepaskan satu keluhan kecil sebelum menceritakan kejadian yang berlaku semalam .

"Semalam kau cuti kan lepastu ada seorang mamat ni cari kau . Dah macam orang tak betul pun ada juga . Dia macam terdesak sangat" .

Qayra yang mendengar cerita itu hanya mengerutkan kening nya . Mamat mana pula yang mencari nya ini ? Dia ada buat salah ke ?

"Mamat mana pula ? Muka dia kau cam tak ?" .

"Entah lah tapi pakaian dia macam kerja dekat bahagian office je" dia cuba mengingati penampilan lelaki misteri tu .

Qayra yang tidak berpuas hati dengan jawapan Haritz itu terus mendesak lagi .

"Dia ada cakap apa apa ke?" .

"Tak ada lah pula , cuma dia ada cakap yang dia nak datang kedai harini nak jumpa dengan kau" Haritz menggaru kepalanya yang tidak gatal .

Qayra terdiam dan cuba berfikir siapa agaknya lelaki misteri itu . Tetapi firasatnya kuat berkata bahawa lelaki itu adalah Hazeeq Hayden . Kerana lelaki itu sahaja yang suka menganggu hidupnya .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SisBro Pilihanku !Where stories live. Discover now